Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: johor bahru

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label johor bahru. Papar semua catatan

Johor Bahru - 13 November 2019 Rabu (4.30pm) Akhirnya terungkai segala keputusan sakit dari bulan Julai 2019. Saya izlawati pesakit SLE ...


Johor Bahru - 13 November 2019 Rabu (4.30pm) Akhirnya terungkai segala keputusan sakit dari bulan Julai 2019. Saya izlawati pesakit SLE (Stage 4) yang berumur 18 tahun dan perlukan 2 tahun untuk rawatan.

Walaupun banyak risiko untuk pengambilan ubat yang akan diambil selama 2 tahun ni, ila kena jgk teruskan untuk terus sihat... sihat untuk diri sendiri, keluarga n orang sekeliling... risiko tu no2 punya cita kan? Asalkn boleh baik.. Insya allah.

ALLAH tu dah aturkan jalan cantik untuk ila kot, ALLAH tahu ila kuat sebb tu allah beri hadiah niey pada ila .. semoga ila kuat terima semua dugaan ni... Doakan ila supaya boleh sihat seperti sedia kala selepas ambil rawatan selama 2tahun ni.. dan semoga semua ni hanya sementara.. 

YA ALLAH, terima lah doa hamba mu ini YA ALLAH, berilah kekuatan dan kesihatan untuk aku dapat membantu keluarga aku ini YA ALLAH.. permudahkan lah segala urusan ku YA ALLAH, kau lindungi lah keluarga ku daripada segala bencana mu YA ALLAH.. 

YA ALLAH, semoga IBU AYAH ku terus kuat menghadapi ujian dari mu ini YA ALLAH, dan semoga IBU AYAH sihat selamanya ya ALLAH kau kabulkan lha doa ku dan doa dari org sekeliling ku YA ALLA aminn2 ya rabbalalamin.

Minta Jasa baik kamu semua memberi sedikit sumbangan ke atas diri saya dan keluarga yang sedang memerlukan bantuan dengan adek2 yang berulang alik ke hospital sultan aminah kerana mengalami masalah darah (talasemia) dan seorang lagi OKU dan saya sendiri berulang alik setiap bulan ke hospital sultanah aminah JB ... 

Semoga dengan bantuan semua orang, saya dan keluarga dapat membiayai kos rawatan hospital insya Allah. Bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Nor Izlawati binti Mohd Esa:

Izla
Progress:

RM100 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Johor Bahru - Seorang ibu tunggal merayu sumbangan orang ramai bagi mencukupkan kos pembedahan anaknya yang menghidap masalah Rheumatic F...


Johor Bahru - Seorang ibu tunggal merayu sumbangan orang ramai bagi mencukupkan kos pembedahan anaknya yang menghidap masalah Rheumatic Fever (kerosakan injap jantung).

Fauziah Abd Hamid, 49, berkata, anaknya Affendi Irfan Roslee, 14, disahkan mengalami masalah kesihatan itu pada 11 September lalu selepas menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Dia kini buntu memikirkan cara untuk mencukupkan kos pembedahan Affendi Irfan yang dianggarkan antara RM35,000 hingga RM50,000.

“Saya dimaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera, tetapi saya tidak berani untuk maklumkan satu tarikh yang tetap.

“Sekarang saya kena fikirkan cara untuk cukupkan kos pembedahan kemudian berjumpa semula dengan pihak hospital bagi urusan selanjutnya.

“Alhamdulillah, setakat ini ramai hubungi saya dan memaklumkan kesediaan untuk membantu, semua ini mengharukan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Nombor 73, Jalan Keembong, Kampung Melayu Dua, di sini, semalam.

Wanita ini berkata, ketika berusia 11 tahun Affendi Irfan mengalami deman berpanjangan dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang sebelum dirujuk ke HSA.

Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu kini kerap mengalami sakit sendi dan tulang, mengalami sesak nafas, degupan jantung menjadi laju dan kelihatan lemah.

“Lebih membimbangkan, kerosakan injap jantung ini boleh menyebabkan organ penting itu bengkak dan membahayakan kesihatan anak,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Fauziah Abdul Hamid seperti berikut:

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM500 raised

Goal: RM50000

Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember...


Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember lalu sementara bapa mereka telah terpisah sebelum ibunya meninggal dunia lagi.

Sejak itu, Noorazlina Abdullah, 17, sebagai anak sulung dan adik lelakinya Muhd Denny Hakimie Emran,16, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk bekerja demi menyara adik-adiknya yang masih kecil.

Sejak kisah mereka tular di media sosial, Noorazlina akui menerima kunjungan dan bantuan daripada pelbagai pihak malah ada juga cadangan dikemukakan untuk menempatkan mereka di rumah anak yatim.

Namun kata Noorazlina, biarpun kehidupan mereka sukar, arwah ibunya telah mengamanahkan kepadanya dan adiknya, Muhd Denny untuk sentiasa bersama menjaga empat lagi adiknya.

"Mak pesan jangan pisah adik beradik. Itu amanah mak pada kami. Saya sayang semua adik-adik saya, saya tak nak dipisah-pisahkan. "Memang ada yang minta nak ambil anak angkat atau hantar rumah anak yatim, tapi saya tak nak berpisah dengan mereka," katanya.

Menurut Noorazlina, ibunya sering sakit pada Mei tahun lalu sebelum mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail pada bulan September.

"Sebelum ini kami tak tahu pun mak sakit. Bulan Mei itu mak dah mula sakit teruk di rumah, bulan September baru mak masuk hospital.

"Bulan Disember mak tinggalkan kami dan sejak itu kami dibantu makcik menyewa di Kampung Tenang sebelum dikenalkan dengan bos (pemilik kedai runcit Z Mart milik Mohd Zamri Maulud, 52) dan tinggal di sini," katanya.

Mohd Zamri mempelawa keenam-enam beradik ini tinggal di rumah kedai miliknya secara percuma sejak dua bulan lalu malah Azlina dan Hakimie dibenarkan bekerja secara sambilan di Z Mart dengan menerima upah kira-kira RM1,000 sebulan.

Noorazlina berkata, lima adiknya adalah Mohamad Denny Hakimie, 16, Puteri Dennish Ismilralldha, 14; Puteri Nur Isfarrizah Zehra, 5; Puteri Nur Isma Balqis, 4, dan Muhd Fateh Ikhwan, 2.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kehidupan serba kekurangan mereka mendapat perhatian ramai yang sering mengunjungi keluarga dan menghulurkan sumbangan. Katanya, individu terbabit juga bertanggungjawab mencarikan bilik sewa demi meringankan bebanannya menanggung sewa yang tinggi.

“Saya bersyukur kerana seorang daripada mereka dikenali sebagai Haji Mohd Zamri Maulud sanggup menanggung sewa bilik ini yang terletak di bangunan rumah kedai di Jalan Cempedak, Ulu Tiram bersebelahan dengan stesen bas.

“Sambutan Ramadan atau persiapan Aidilfitri memang benar jauh daripada suasana yang kami tempuhi ini. “Memang sebagai kakak, saya mahu membelikan baju raya untuk adik tetapi di luar kemampuan, malah ketika bersahur atau berbuka, kami hanya makan makanan dibeli dan dikongsi bersama.

“Kami merindui masakan ibu termasuk rendang ayam dan ketupat pada pagi raya, namun kami sedar tidak berpeluang lagi menikmati makanan sedap seperti itu kerana ibu sudah tiada,” katanya.

Noorazlina berkata, dia juga mempunyai impian bagi menyekolahkan semula adiknya yang berusia 14 dan 16 tahun yang terpaksa berhenti mulai awal tahun ini.

“Saya sebelum ini berhenti sekolah ketika di tingkatan dua kerana mahu menjaga ibu yang sakit, namun Allah lebih menyayanginya dan pergi meninggalkan kami semua. Saya berharap adik-adik saya dapat kembali bersekolah dan memiliki masa depan lebih cerah,” katanya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noorazlina Abdullah:

Progress:

RM40 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - Lapan rumah setinggan di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Seramai 16 pen...


Johor Bahru - Lapan rumah setinggan di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Seramai 16 penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin yang juga Komander Operasi, Suhaimi Jamal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, sebanyak lapan jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membabitkan 41 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

“Operasi membabitkan tiga balai iaitu BBP Larkin, Tebrau dan Skudai selain terdapat agensi bantuan lain yang hadir iaitu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Sejurus tiba ke lokasi, pihak bomba mendapati terdapat lapan rumah yang terbabit, empat musnah sepenuhnya, manakala empat lagi hanya terjejas di bahagian dapur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaimi berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa yang terbabit ditempatkan di Balai Raya Usaha Jaya, Skudai Kiri di sini.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba, operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 4.47 pagi tadi,” katanya.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru -  Remaja penghidap Sindrom Edwards yang dilahirkan hanya sebesar botol kicap 16 tahun lalu, kini semakin uzur dengan pelbag...


Johor Bahru -  Remaja penghidap Sindrom Edwards yang dilahirkan hanya sebesar botol kicap 16 tahun lalu, kini semakin uzur dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik.

Muhamad Iezad Mohamed Rosli atau dipanggil Ijad juga semakin kehilangan berat badan yang susut kepada sembilan kilogram berbanding 14.5 kg sebelum ini.

Ibunya, Norlanda Sahran, 40, bekas guru sekolah agama, berkata kesihatan anak sulungnya itu terus merosot sejak setahun lalu.

Dia yang menetap di Kampung Parit Shukur, Mukim 7, Parit Raja, Batu Pahat, dekat sini, berkata usus anaknya mengalami kebocoran menyebabkan najis tidak dapat disalurkan ke dalam beg najis di perutnya dengan sempurna.

“Dia sering diserang asma dan nanah kerap terhasil dalam telinga sehingga perlu disedut keluar. Ijad juga semakin kerap sawan dan muntah darah, malah tidak dapat tidur malam.

“Selain itu, Ijad juga kadang-kadang tidak mahu minum air menyebabkan kami memaksanya minum. Tubuhnya semakin cengkung dan mengecut.

“Walaupun semakin uzur, saya dan keluarga tetap tawakal dan berusaha sebaik mungkin untuk merawat Ijad termasuk membawanya ke klinik dan hospital jika komplikasi penyakitnya bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi.

Kisah Ijad yang dilahirkan dengan saiz badan sebesar botol kicap dan dijangka hanya mampu hidup selama seminggu selepas dilahirkan, dilaporkan pada 2015.

Dia dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kaki bengkok, berjari empat, tidak mempunyai dubur, tidak mampu bercakap selain sawan, pembesaran terhenti, asma kronik, telinga bernanah dan kerosakan saraf mata.

Sementara itu, Norlanda berkata, beliau sekeluarga juga akan terus memastikan Ijad mendapat rawatan sewajarnya bagi membolehkan dia terus sihat.

“Walaupun kami bukan keluarga senang dan mempunyai tanggungan lain, Ijad adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya seperti adik-beradiknya yang lain, ” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Ijad serta meredakan bebanan ditanggung mereka boleh menyumbang melalui akaun bank berikut atas nama Norlanda Sahran:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Johor Bahru - “Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima setakat ini iaitu RM5,900, Damia sudah boleh memulakan pemeriksaan dan rawata...


Johor Bahru - “Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima setakat ini iaitu RM5,900, Damia sudah boleh memulakan pemeriksaan dan rawatan peringkat awal,” kata suri rumah, Siti Nor Hidayah Zulkepli.

Siti Nor Hidayah, 34, berkata, dia dan suaminya tidak membuang masa atau menangguh rawatan yang sepatutnya diterima Nur Qalesya Damia atau Damia, 8, sebaliknya terus membawanya berjumpa doktor di hospital swasta di Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, keluarganya akan membincangkan berkaitan pembedahan yang disyorkan doktor termasuk prosedur ditetapkan dan Damia diminta untuk bertemu kembali doktor pada Ahad ini bagi rawatan lanjut.

“Doktor memberikan sejenis ubat bagi mengurangkan bengkak lidah Damia dan saya berharap ada perubahan.

“Saya berterima kasih kepada media dan begitu juga kepada semua penderma yang prihatin dengan keadaan Damia. “Hanya tuhan mampu membalas jasa semua penderma yang berhati mulia,” katanya.

Siti Nor Hidayah berkata, pihaknya pasti akan berkongsi perkembangan Damia bersama orang ramai termasuk menerusi media sosial.

“Penderma juga umpama sebahagian daripada ahli keluarga kami kerana mereka prihatin dan ambil berat berkaitan Damia, pasti kami akan berkongsi perkembangannya.

“Kami juga berharap orang ramai akan mendoakan kesembuhan Damia kerana tiada yang lebih istimewa berbanding doa kepada Allah SWT,” katanya.

Media semalam mendedahkan kisah Damia yang hidup menderita apabila lidahnya tersembul keluar kira-kira lima hingga enam sentimeter.

Damia menghadapi kesulitan untuk makan dan bertutur dan terpaksa menggunakan jarinya untuk menolak makanan ke dalam mulut dan tidak mampu mengunyah sebaliknya hanya menelan.

Sebelum ini, Damia pernah menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di hospital swasta di Larkin serta dinasihatkan menjalani pembedahan, namun ia terpaksa ditangguh kerana keluarganya tidak mampu menyediakan dana berjumlah RM30,000.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan bagi menampung rawatan Damia menerusi akaun bank berikut milik ibunya atau menghubungi:

019-7943850
Progress:

RM0 raised

Goal: RM30000

Johor Bahru - Seorang lelaki menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ke...


Johor Bahru - Seorang lelaki menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan kepada jemaah surau di Kampung Sri Purnama, Johor Bahru, 13 Januari lalu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kejadian berlaku sebelum solat Maghrib kira-kira jam 7 malam.

Menurutnya, seorang jemaah berusia 57 tahun mendakwa didatangi seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap bersama seorang wanita tidak pasti bangsa dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, lelaki berkenaan bertindak menyerahkan bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat selain dibedung kepada jemaah surau. Katanya, difahamkan lelaki berkenaan mendakwa menjumpai bayi itu di sebuah warung berhampiran.

“Lelaki itu yang gagal mendedahkan identitinya meninggalkan surau berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak menyerahkan sebarang dokumen berkaitan bayi itu. “Ia mengakibatkan jemaah surau tidak sempat bertanya maklumat lanjut berkaitan bayi itu,” katanya.

Normawarni berkata, JKM menerima maklumat berkaitan pengabaian bayi itu menerusi Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 15 Januari lalu.

Menurutnya, sepanjang bayi berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital, tiada sebarang tuntutan atau lawatan daripada waris.

Katanya, perintah jagaan sementara dikeluarkan mengikut Subseksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh mahkamah pada 27 Januari lalu supaya bayi berkenaan ditempatkan di institusi JKM untuk sementara waktu.

“Kami berusaha mengesan waris kanak-kanak berkenaan untuk penyediaan laporan pelindung sebelum dikemukakan kepada mahkamah.

“Buat sementara waktu, bayi berkenaan dinamakan sebagai Nelydia dan kami berharap waris bayi yang kini berusia 23 hari atau lebih tiga minggu menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606,” katanya.

“Kanser saya kini sudah berada pada tahap empat dan apa saja risiko boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata pesakit tulang, otot dan tis...


“Kanser saya kini sudah berada pada tahap empat dan apa saja risiko boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata pesakit tulang, otot dan tisu atau Maxillary Osteosarcoma tahap empat, Abdul Halim Haron, 43, semalam.

Abdul Halim berkata, dia sentiasa berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus bertahan hingga menemui ubat sesuai bagi rawatan kemoterapi.

Beliau berkata, nasibnya agak malang berbanding pesakit kanser lain memandangkan ubat digunakan ketika rawatan kemoterapi sebanyak 10 kali di sebuah hospital awam di Johor Bahru tidak mampu membantu mematikan sel kansernya, sebaliknya sel itu semakin aktif.

Menurutnya, kanser berkenaan hanya berlaku dua dalam 1,000 individu dan pesakit kebiasaannya akan mengalami kesan pada bahagian kaki dan tangan.

“Sebaliknya saya mengalami pada bahagian wajah terutama mata kanan yang terjejas akibat kanser itu.

“Pada awalnya, saya hanya mengalami masalah kebas pada pipi kanan dan pada Oktober 2017 dan menjalani pembedahan untuk resdung pada Januari 2018.

“Ketika pembedahan itu, doktor menemui ketumbuhan di pipi kanan dan mengambil sampelnya untuk diuji.

“Pada Februari 2018, saya disahkan menghidapi kanser dan menjalani rawatan kemoterapi sejak itu hingga awal Januari tahun ini,” katanya.

Abdul Halim berkata, doktor bagaimanapun menyatakan ubat kemoterapi berkenaan tidak sesuai baginya kerana ia mengaktifkan sel kanser.

Menurutnya, malah ketumbuhan dialaminya semakin membesar hingga ia menutup bola mata, selain mengakibatkan matanya tersembul keluar serta penglihatannya terjejas.

Katanya, doktor memberi pilihan untuk menghantar sampel ketumbuhannya ke Amerika Syarikat untuk diuji supaya dapat menentukan ubat kemoterapi yang paling sesuai digunakan bagi rawatan.

“Saya difahamkan proses ujian di makmal memakan masa sebulan,” katanya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, keluarganya diminta untuk menyediakan dana berjumlah RM18,000 bagi membiayai kos penghantaran sampel ketumbuhan dan ujian di makmal di negara berkenaan.

“Buat masa ini, kami memang tidak dapat menyediakan wang memandangkan kami sekeluarga bergantung kepada pendapatan isteri, Norizan Abdul Nasir, 41, kira-kira RM2,000 hasil menjual kuih-muih dan biskut.

“Malah, semua anak saya termasuk tiga lelaki dan tiga perempuan berusia antara lima hingga 17 tahun bersekolah,” katanya.

Abdul Halim berkata, dia yang juga bekas perunding takaful sebuah syarikat insuran juga berharap mampu menyediakan dana RM18,000 dalam tempoh masa terdekat.

“Saya masih banyak tanggungjawab terutama sebagai ketua keluarga dan saya sentiasa berdoa mampu bertahan bagi menjalani kemoterapi menggunakan ubat sesuai,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank isterinya, Norizan Abdul Nasir:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - “Dia sanggup tidak berehat dan tidak mengenal penat dalam soal membantu komuniti, tetapi kini dia sendiri perlu berehat sep...


Johor Bahru - “Dia sanggup tidak berehat dan tidak mengenal penat dalam soal membantu komuniti, tetapi kini dia sendiri perlu berehat sepanjang hayat apabila doktor menyatakannya mungkin terlantar seumur hidup akibat strok otak,” kata Zahizan Hasrin, 42.

Zahizan berkata, dia tidak sangka suaminya, Shamsul Kamal Jamaludin, 45, yang bekerja sendiri dan aktif sebagai sukarelawan dengan beberapa NGO lebih lima tahun lalu kini terlantar.

Dia yang juga guru Sekolah Menengah Medini dekat sini berkata, suaminya gemar membantu pelbagai lapisan masyarakat dan bersedia membantu tanpa mengira waktu dan sanggup menolak tepi urusan perniagaan dalam soal berkenaan.

Menurutnya yang tinggal di Taman Pulai Indah, suaminya juga pernah memperjuangkan beberapa isu dihadapi komuniti setempat dan sentiasa bersikap peramah.

Katanya, antara golongan yang dibantu suaminya termasuk pesakit kronik, golongan OKU, daif dan warga emas.

“Pada masa sama dia juga tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa serta sentiasa mengambil berat berkaitan kami,” katanya.

Zahizan berkata, suaminya memiliki empat cahaya mata termasuk seorang zuriat hasil perkongsian hidup bersamanya selain tiga anak hasil perkahwinan terdahulu di Pulau Pinang.

“Suami mula mengalami strok otak sejak 9 Oktober lalu.

“Kini dia masih di Wad Dahlia, Hospital Sultanah Aminah walaupun doktor membenarkan penjagaan di rumah kerana sudah tamat rawatan, tetapi kami tidak dapat menyediakan kemudahan diperlukan.

“Dia perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, mesin penyedut kahak dan tabung oksigen dengan anggaran kos bagi kemudahan berkenaan adalah RM58,950,” katanya.

Zahizan berkata, keluarganya tidak memiliki dana yang mencukupi bagi membeli kemudahan berkenaan.

“Saya berharap dapat memberi penjagaan kepadanya di rumah keluarga, tetapi buntu memikirkan kos pembelian kemudahan berkenaan,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan bagi membantu keluarga Shamsul menampung kos pembelian kemudahan diperlukan menerusi akaun bank berikut atas nama Zahizan Hasrin:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang memerlukan sumbangan daripada orang r...


Johor Bahru - Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang memerlukan sumbangan daripada orang ramai berikutan anak sulungnya disyaki menderita penyakit saraf manakala bayinya mengalami ‘hypotonia’.

Empat bulan lepas, Nurul Ain Zakaria, 33, perlu menerima hakikat anak ketiganya, Nur Aurora Darmaya Amirul Amri, lima bulan, mengalami hypotonia ataupun masalah otot lemah selain pelbagai komplikasi sejak dilahirkan termasuk kegagalan pernafasan dan kekejangan otot.

Terbaru, awal bulan ini pula, anak sulungnya, Nur Adriana Aqilah Muhammad Fairus,10, pula mengalami masalah saraf, kadang kala hilang ingatan dan sawan ketika tidur.

“Apabila ramai orang, Nur Adriana Aqilah macam tidak selesa dan emosinya tidak boleh dikawal. Memandangkan dia sudah besar dan dia tahu dia sakit, mungkin dia tidak boleh terima keadaan ini.

Saya bimbang kadang kala dia (Nur Adriana Aqilah) terlupa dia berada di mana, ingatan dia lemah dan pernah keluar rumah seorang diri,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Pasir Gudang, di rumahnya di Taman Air Biru, dekat Pasir Gudang, hari ini, yang disampaikan ADUN Permas Datuk Che’ Zakaria Mohd Salleh.

Nurul Ain berkata Nur Aurora Darmaya hanya bergantung kepada ubat dan sering mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, manakala Nur Adriana Aqilah di Hospital Pakar Puteri, di sini, dengan kedua-dua anaknya itu perlu dibawa ke hospital dengan menggunakan perkhidmatan Grab kerana dia tidak memiliki kenderaan.

Nurul Ain yang bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan dua suami berkata dia terpaksa berhenti kerja di sebuah kilang sejak Februari lepas akibat masalah kesihatan anak-anaknya itu dan hanya bergantung kepada bantuan daripada JKM sebanyak RM1,000 sebulan.

“Tetapi, bantuan ini tidak mencukupi kerana saya juga memerlukan wang sebanyak RM5,600 untuk ujian genetik kedua-dua anak bagi mencari punca penyakit mereka selain menampung kos perubatan serta persekolahan Nur Adriana Aqilah dan anak kedua, Muhamad Izz Darwisy, yang berumur lapan tahun,” katanya.

Sementara itu, Che’ Zakaria berkata pihaknya akan berusaha membantu Nurul Ain dari segi perubatan dan persekolahan anak-anaknya.

Mereka yang mahu menyalurkan bantuan pula boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun bank berikut atas penama Nurul Ain Zakaria atau berhubung dengannya di talian:

017-4868046
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5600

Johor Bahru - “Angah nak sihat dan bantu keluarga.” Itu antara ungkapan Muhamad Fadizrul Azraain Billah Zulkifly sejak disahkan menghidap...


Johor Bahru - “Angah nak sihat dan bantu keluarga.” Itu antara ungkapan Muhamad Fadizrul Azraain Billah Zulkifly sejak disahkan menghidap empat kanser iaitu kanser hidung, hati, paru-paru dan selaput otak.

Keceriaan wajah anak kedua berusia 23 tahun dari enam beradik itu berubah sepenuhnya apabila terpaksa menanggung kesakitan selepas disahkan menghidap empat penyakit berkenaan pada Mac tahun lalu.

Sejak dikesan menghidap penyakit, dia yang lebih dikenali sebagai angah menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi dan badannya kini semakin lesu selain kehilangan lebih separuh berat badannya dari 70 kg kepada hanya 30 kg.

Bapanya, Zulkifly Mohamed, 55, berkata, penyakit dialami anaknya itu mula dikesan selepas dia mengalami gejala pendarahan hidung.

“Mulanya saya berubat cara kampung dengan meletakkan sirih tetapi saya tidak sedap hati dan membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail.

“Selepas menjalani x-ray, doktor mengesan terdapat kuman kanser pada bahagian pangkal hidung angah,” katanya ditemui di rumahnya di Blok G, Jalan Tasik 64, Flat Seri Alam di Pasir Gudang.

Menurutnya, ketumbuhan pada bahagian hidung yang disangka sudah berakhir selepas menjalani kemoterapi dan radioterapi selepas disahkan kanser tahap dua tahun lalu hanya bertahan sehingga Julai lalu.

“Dalam tempoh itu, anak sering mengadu mengalami sakit kepala dan terpaksa dihantar ke bahagian kecemasan HSI sekali lagi untuk rawatan lanjut.

“Selang seminggu kemudian, doktor mengesahkan kuman kanser sudah merebak ke selaput otak, paru-paru dan hati,” katanya yang tidak bekerja kerana mengalami penyakit jantung.

Katanya, anaknya disahkan mempunyai tiga kanser tahap empat iaitu paru-paru, selaput otak dan hati selain kanser pangkal hidung tahap dua.

“Jika darah dan dirinya baik, kemoterapi itu akan diteruskan dengan dos rendah. Dia juga bergantung kepada susu khas, nestum, sardin dan roti selain mengalami muntah-muntah lebih 10 kali sehari,” katanya.

Zulkifly mengakui keluarganya sebelum ini hanya bergantung kepada pendapatan angah, selain anak sulung, Muhamad Fadzizrul Azraain Billah Zulkifly, 24, yang juga ahli kumpulan Nota Band.

“Angah kini terlantar di rumah dan perlu menjalani rawatan susulan membabitkan kemoterapi dan pemeriksaan darah selain bergantung kepada pelbagai ubat,” katanya.

Katanya, dia dan isteri, Zaitun Salleh, 50, yang kurang sihat akibat masalah sakit lutut juga tiada pendapatan lain bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Terdahulu keluarga itu dikunjungi Pengurus Pembangunan Kanan Perbadanan Islam Johor, Azizi Redza Zainal yang menyampaikan sumbangan Tabung Wakaf Johor bernilai RM5,000.

Keluarganya juga meminta individu yang mengutip derma melalui akaun persendirian tidak lagi berbuat demikian sebaliknya boleh menyalurkan bantuan itu terus melalui akaun bank berikut miliknya atas nama Zulkifly Mohamed:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - Mohon doa dari semua yang melihat post ini, doakan kesembuhan untuk anak saudara saya Rafiqah Bte Riduan berumur 11 tahun...


Johor Bahru - Mohon doa dari semua yang melihat post ini, doakan kesembuhan untuk anak saudara saya Rafiqah Bte Riduan berumur 11 tahun, yang sedang dirawat di Hospital Pakar Puteri JB.

Rafiqah seperti kanak-kanak normal yang lain, tanpa diduga ujian untuk diri dan keluarganya, Rafiqah pada mulanya dianggap mengalami demam panas yang biasa sahaja, namun apabila dirujuk di unit kecemasan, doktor mengesahkan ada pendarahan di bahagian otaknya perlu dibedah segera.

Setelah 2 kali pembedahan Rafiqah tidak lagi boleh menjalani aktiviti normal seperti kanak-kanak biasa. Kini Rafiqah terlantar sahaja di katil hospital. Walau matanya terbuka tapi pandangannya kosong dan kakinya kekejangan.

Jika ada yang berhajat ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi ibu Rafiqah di talian:

016-3317018
Raha Ismail
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - Remaja lelaki OKU berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, sejak Ahad lalu. ...



Johor Bahru - Remaja lelaki OKU berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, sejak Ahad lalu.

Muhammad Adib Abd Aziz, dikatakan keluar dari rumahnya pada 11.30 pagi dan pada mulanya ibunya menyangka dia keluar berjumpa rakannya di kawasan perumahan berkenaan.

Bagaimanapun selepas remaja itu tidak pulang ke rumah sehingga petang, ibunya, Kamariah Senin, 43, yang juga OKU lembam bersama keluarganya cuba mengesannya, tetapi gagal sebelum membuat laporan polis pada 6 petang keesokannya.

Ibu saudaranya, Azlina Mahmood, 46, berkata mereka sekeluarga cuba mengesan Muhammad Adib di lokasi berhampiran rumah termasuk Taman Desa Mutiara, Bandar Baru Uda, Kampung Pasir dan Kempas, tetapi gagal.

“Sudah lima hari kami mencarinya di merata tempat, tetapi sehingga kini tiada sebarang berita mengenai kehilangannya. Kami bimbang dengan keselamatannya, mana dia makan dan minum.

“Lagipun dia keluar rumah sehelai sepinggang, tidak membawa dompet, pengenalan diri dan wang.

“Biasanya Muhamad Adib jarang keluar rumah dan dia tidak boleh bercakap dengan jelas, jadi kehilangannya menyebabkan kami sangat bimbang,” katanya ketika membuat aduan.

Azlina berkata, Muhammad Adib keluar rumah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans hitam.

Katanya, berdasarkan maklumat orang ramai, remaja itu dilihat berjalan di hadapan Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin, dekat Kampung Pasir Putih, dua hari lalu.

“Selepas itu, kami mencari Muhammad Adib di sekitar Kampung Pasir Putih, tetapi sehingga kini gagal dikesan dan sudah menyebarkan berita kehilangan remaja itu menerusi media sosial.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Muhammad Adib diminta menghubungi saya atau balai polis berhampiran,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat sila hubungi Azlina Mahmood: 013-21924019

Kongsi Portal Ini