Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: batu pahat

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label batu pahat. Papar semua catatan

Batu Pahat - Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkon...


Batu Pahat - Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Mohd Faizul Redzuan, 35, berkata, jantung berlubang yang dialaminya sewaktu kanak-kanak itu kembali menyerang kesihatannya apabila dimaklumkan doktor injap jantungnya mula terbuka menyebabkan dia kerap demam dan sukar membuat kerja berat.

Rabiatul Syakilyn, anak kedua daripada lima beradik itu pula disahkan bermasalah dengan jantung semenjak lahir dan perlu mendapatkan rawatan hampir setiap bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menurut isterinya, Azlin Ahmad, mereka bukan sahaja terpaksa 'mengikat perut' bagi menampung kos rawatan serta perbelanjaan malah ada kalanya terpaksa menebalkan muka meminta sumbangan rakan-rakan serta penduduk sekitar kediamannya di Kampung Parit Othman, Parit Sulong, dekat sini.

Akibat masalah kewangan dan juga kesihatan, rawatan untuk anaknya 'Rubi' kini tidak lagi dapat diteruskan, tambahan suaminya kini sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja berat.

"Semenjak tidak lagi melakukan rawatan di HSA hampir lima tahun, masalah jantung Rubi kini semakin serius. Selain bermasalah dengan jantung berlubang, injap jantungnya juga kini bermasalah dan memerlukan pembedahan.

"Kami diberitahu kos pembedahan berkenaan memakan belanja puluhan ribu ringgit dan dengan pendapatan suami yang tidak seberapa, sememangnya kami tidak mampu. 

Jika diikutkan suami sendiri perlu melakukan pembedahan dan kosnya sekitar RM25,000. Dia terpaksa menangguhkannya akibat masalah kewangan yang kami hadapi," kata Azlin ketika ditemui di kediamannya.

Pasangan itu sebelum ini berniaga menjual sarapan di tepi jalan bagaimanapun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, perniagaan itu dihentikan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Azlin Ahmad:

Progress:

RM110 raised

Goal: RM25000



blog counter views

Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai menceca...



Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai mencecah ratusan ribu ringgit,” ujar Zuridah Sadon, 40.

Anak perempuan Zuridah, Nur Maryam Sulaiman yang mesra disapa Maryam baharu berusia 10 bulan telah disahkan menghidap penyakit hati kronik atau Biliary atresia (BA).

Katanya, anak keenamnya itu perlu menjalani pembedahan hati dengana anggaran kos mencecah RM160,000 jika dilakukan di dalam negara dan RM250,000 jika di China.

“Sebelum ini, susulan kerap demam ditambah dengan ‘kuningnya’ yang tidak bertambah baik, Maryam telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Maryam seterusnya menjalani prosuder khas di HKL, namun gagal menyembuhkan hati anak yang kini dapat dilihat semakin membesar seakan membengkak di bahagian perut,” katanya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebagai operater pengeluaran kilang bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Maryam.

Tambah beliau lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa mencari penawar bagi menyembuhkan Maryam biarpun suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang elektronik di Pekan Rengit Batu Pahat.

“Saya selalu tonton televisyen, tengok ada bayi yang pulih selepas menjalani pembedahan hati. Itu memang impian saya dan suami. Maryam segalanya buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Rengit Jaya di sini, semalam.

Beliau berharap agar keluarganya dibantu memandangkan hanya suaminya yang bekerja bagi menampung kos perubatan Maryam dan empat lagi orang anak yang masih bersekolah.

“Anak sulung berumur 18 tahun bekerja di pasaraya sementara menunggu keputusan SPM. Yang lain berusia 17, 9,8 dan 4 tahun masih bersekolah,” katanya lagi.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zuridah binti Sa'don:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Batu Pahat - "Anak saya terlantar sakit dengan lehernya yang ditebuk untuk melancarkan pernafasan," kata Najra Zainal, 55, an...


Batu Pahat - "Anak saya terlantar sakit dengan lehernya yang ditebuk untuk melancarkan pernafasan," kata Najra Zainal, 55, anaknya, Muhd ​​Ariss Muhd ​​David, 16, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 16 Jun.

Ibu berumur 10 tahun itu berkata keluarganya, yang tinggal di Kampung Sri Pantai, Senggarang, di sini, menerima kebimbangan serius apabila anak kesembilannya terlantar selama lima bulan.

Beliau berkata anaknya cedera parah di kepala dan telah menerima rawatan di Hospital Batu Pahat selama hampir sebulan.

"Muhd Ariss sedang menunggang motosikal bertembung dengan motosikal lain dalam kemalangan di sebuah kampung berhampiran. Doktor mengatakan Muhd ​​Ariss mempunyai peluang untuk pulih tetapi ia akan mengambil masa.

"Buat masa ini keluarga kami menjaga dia secara berputar termasuk memberikan susu, membersihkannya dan menyediakan penjagaan asas seperti yang disarankan oleh doktor.

"Perbelanjaan Muhd ​​Ariss adalah sehingga RM2,000 sebulan termasuk kos membeli lampin pakai buang dan susu khas.

Difahamkan oleh doktor bahawa ahli keluarga termasuk suaminya, Muhd ​​Daud Mistan, 57, yang bekerja sebagai nelayan sentiasa mencari pendapatan tambahan, "katanya semalam.

Najra berkata mereka hanya menerima RM300 bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Setiap hari saya berdoa agar Muhd ​​Ariss akan pulih kerana dia adalah anak yang bertanggungjawab dan bersedia untuk berkorban untuk keluarganya.

"Dia hanya bersekolah hingga tingkatan 3 kerana dia mahu membantu meringankan beban keluarga dengan bekerja sebagai pembantu di gerai.

"Walaupun upah hariannya hanya RM30, dia memberikannya kepada keluarga," katanya. Orang ramai yang bermurah hati ingin membantu boleh berbuat demikian.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Batu Pahat - Nur Fatin Syazwani Ab Karim, 26, berkata, doktor mengesahkan bapanya, Ab Karim Atan, 57, menghidap kanser usus tahap empat, ...


Batu Pahat - Nur Fatin Syazwani Ab Karim, 26, berkata, doktor mengesahkan bapanya, Ab Karim Atan, 57, menghidap kanser usus tahap empat, Mac lalu selepas bapanya itu kerap mengadu sakit perut.

Belum hilang kesedihan dua beradik susulan kehilangan ibu mereka dua tahun lalu akibat kanser usus, kini mereka berhadapan ujian berat apabila bapa mereka pula disahkan menghidap penyakit sama.

Bekerja sebagai kerani, dia kini mengambil alih tugas ketua keluarga apabila bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak lagi mampu bekerja.

Adiknya, Nur Fatin Syazana, 24, yang kini dalam pengajian tahun akhir di Universiti Putra Malaysia  pula bekerja sambilan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Sejak ayah sakit, dia enam kali mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya di kediamannya di Kampung Rahmat, di sini, semalam.

Terdahulu, Nur Fatin Syazwani menerima sumbangan Aidilfitri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Jati Batu Pahat yang disampaikan Pengerusi Khas Biro Kebajikannya, Mohd Hamidi Mad Tap.

Menurut Nur Fatin Syazwani, bapanya perlu menjalani rawatan lanjut pada hari raya kedua di HSNI, menyebabkan mereka sekeluarga tidak bersemangat membuat persiapan Aidilfitri disebabkan kewangan yang agak terhad selain perlu menampung perbelanjaan perubatan ayahnya.

“Selain menggunakan wang gaji bulanan, saya juga sudah menggunakan wang simpanan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang untuk ayah.

“Satu tin susu harganya hampir RM90 dan ayah memerlukan tiga hingga empat tin seminggu, manakala ayah juga perlu memakai sehingga 10 lampin pakai buang setiap hari,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan boleh berhubung dengan beliau di talian berikut atau menerusi akaun bank berikut atas nama Nur Fatin Syazana:

012-7852635
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - Suami mohon bantuan, isteri hidap kanser sehingga lumpuh terpaksa hentikan rawatan. Sebelum ini, kisah Mohd Hafizi Mohd Yuso...


Batu Pahat - Suami mohon bantuan, isteri hidap kanser sehingga lumpuh terpaksa hentikan rawatan. Sebelum ini, kisah Mohd Hafizi Mohd Yusof pernah mendapat liputan media setelah dibuang kerja kerana sering mengambil cuti untuk menjaga isterinya, Roshaya Isnin yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Terbaru, dia memberitahu bahawa rawatan kemoterapi terpaksa diberhentikan kerana boleh membahayakan kepada nyawa isterinya yang berusia 41 tahun itu.

Menerusi laman Facebook, lelaki berusia 30 tahun itu memohon sumbangan orang ramai untuk rawatan EKS isterinya yang hanya boleh dilakukan di hospital swasta.

Menurut Mohd Hafizi, penyakit tersebut telah merebak masuk ke dalam otak isterinya sehingga mengakibatkan lumpuh malah sering diserang penyakit sawan.

“Kanser merebak ke otak, kaki lumpuh dan kerap sawan. Sekarang semua rawatan hospital temasuk kemoterapi dihentikan kerana jika diteruskan boleh membahayakan nyawa isteri saya.

“Saya sedang mengumpul dana untuk membuat imbasan EKS yang terdapat di hospital swasta dengan menelan belanja antara RM7,000 – RM10,000,” tulisnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Mohd Hafizi Mohd Yusof:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - Ketika dia sarat mengandung, suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung. Itu nasib menimpa Lizawati Hashim, ...


Batu Pahat - Ketika dia sarat mengandung, suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung. Itu nasib menimpa Lizawati Hashim, 36, yang tinggal dalam keadaan daif di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat.

Lizawati yang menunggu masa melahirkan anak keempat itu semakin tertekan kerana suaminya yang berusia 44 tahun yang terlantar di hospital sejak sebulan kini disahkan menghidap kanser peti suara menjadikan keluarganya hilang tempat bergantung.

Kehidupan wanita Orang Asli itu juga semakin sukar selepas suaminya koma dua hari pada minggu lalu dan dipindahkan ke Hospital Melaka menyebabkan dia tidak lagi mampu menjaga atau menjenguk suaminya itu.

Pondok hampir runtuh didiami keluarga Lizawati itu didirikan di tanah rizab JPS yang memberi ihsan buat mereka menumpang berteduh.

Lebih memilukan, keadaan pondok Lizawati bukan saja tidak sesuai didiami kerana senget dan hampir menyembah bumi malah ruangan dalam rumah juga digenangi air laut pasang sehingga peralatan terapung.

“Macam inilah keadaan rumah kami, bila air pasang, air laut masuk sampai ke paras lutut. Kebanyakan peralatan rumah termasuk tilam memang sentiasa basah digenangi air laut, namun kami empat beranak termasuk tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun sudah biasa hidup susah.

“Kami sekeluarga akan tidur di atas tong kosong yang disusun serta dialas kotak yang diikat pada dinding supaya bila air laut masuk rumah, kami tidak ditenggelami air laut.

“Persediaan tiga anak ke sekolah pun tiada, namun bersyukur ada NGO prihatin yang menyumbangkan baju serta kasut sekolah cuma saya masih tidak mampu membayar yuran serta membelikan buku tulis untuk anak-anak lagi,” katanya.

“JAKOA mencadangkan supaya saya sekeluarga menumpang di stor sekolah agama berhampiran atau surau buat sementara namun atas faktor keselamatan dan tidak mahu mengganggu murid sekolah dan jemaah surau, biarlah kami kekal di rumah sedia ada ini, ” katanya.

Ditanya bagaimana persediaan melahirkan anak keempat dalam suasana kediaman yang daif dan tidak sesuai untuk membesarkan bayi, Lizawati berkata, dia hanya mampu berserah kepada takdir.

“Anak kedua dan ketiga saya pun dibesarkan dalam pondok ini dalam keadaan seadanya. Cuma saya bimbang kerana bila-bila masa saja akan melahirkan anak kerana sudah cukup bulan.

“Saya beruntung kerana untuk makan dan minum, ibu serta adik banyak membantu walaupun mereka pun susah malah tiga anak turut menerima bantuan persekolahan RM100 setiap seorang daripada JKM dan ia membantu meringankan beban kami,” katanya.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

BATU PAHAT - Jemaah di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, di sini, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalka...


BATU PAHAT - Jemaah di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, di sini, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di surau berkenaan.

Bayi yang dibaluti kain pelikat dan tuala itu ditemui oleh bilal surau awal pagi tadi selepas mendengar suara seakan-akan tangisan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pengadu kemudiaannya membuat laporan polis pada jam kira-kira 5.30 pagi berkaitan penemuan itu.

"Siasatan awal mendapati, semasa pengadu tiba di surau, dia terdengar suara tangisan bayi. Pengadu kemudiannya terlihat sebuah bungkusan yang diletakkan di atas tangga surau itu sebelum memeriksa.

"Bagaimanapun, pengadu yang juga bilal di situ terkejut setelah mendapati seorang bayi perempuan berada dalam bungkusan itu. Pengadu kemudiannya menghubungi Balai Polis Senggarang untuk memaklumkan kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Susulan daripada itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian.

Azhan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini menghubungi pihak polis IPD Batu Pahat di talian 07- 4343999 bagi membantu siasatan.

*Al-Fatihah. Pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia di rumahnya di Rengi...


*Al-Fatihah. Pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia di rumahnya di Rengit, Batu Pahat, Johor dekat sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi 14 November 2018.

Berita sedih itu dikongsi oleh anak tirinya, Hafiz, dalam laman sosial Facebook (FB) yang mengesahkan Zaibo meninggal dunia akibat kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat yang dikesan sejak September lalu.

“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili pihak keluarga Zainal Ariffin bin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa ayah pergi dijemput Illahi pada jam 1.30 tengah hari ini.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih... Aminn,” katanya.

President Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave, turut mengesahkan hal berkenaan.

“Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo meninggal dunia dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.
Kenapa Tahap 4

 “SEBELUM ini saya hanya ada masalah darah tinggi dan kolesterol. Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus (Esophageal Cancer) dan perlu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB),” kata pelakon Zaibo mengulas keadaan kesihatannya.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sejak semalam. “Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan di HSB pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan,” katanya memberikan kerjasama yang baik apabila dihubungi.


Zaibo berkata, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan. “Sekarang saya masih melalui prosedur ditetapkan dalam rawatan. Walaupun pernah buat prosedur itu di Hospital Batu Pahat, ia perlu dibuat semula di HSB.

“Saya sekarang masih menanti temujanji untuk proses PET Scan yang lebih detail daripada CT Scan bagi mengenal pasti dimana kuman merebak,” katanya. Bagaimanapun Zaibo terpaksa menunggu terlebih dahulu kerana alat ini hanya terdapat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya.

“HSB sudah mengaturkan temujanji tapi malangnya giliran menunggu terlalu panjang. Terpaksalah saya tunggu tarikh dan masa sesuai. “Namun sekiranya saya nak buat proses cepat, saya boleh ke pusat perubatan swasta iaitu Prince Court atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

“Keputusan diperolehi memang cepat dan memudahkan rawatan dibuat tapi kos perlu dikeluarkan ialah RM4,000,” terangnya. Zaibo secara berterus terang mengakui agak sukar menyediakan kos ini dan berbesar hati sekiranya ada pihak mahu memberikan sumbangan kepadanya.

“Saya sangat-sangat menghargainya. Apatah lagi saya sendiri dah dua tahun tak berlakon dan tiada punca pendapatan lain. “Bersyukur sangat kalau ada yang dapat taja kos perubatan saya. Kalau boleh saya nak buat proses PET Scan secepat mungkin.

“Pihak HSB kata lebih kurang seminggu lagi baru akan dapat jawapan bila giliran saya. Untuk sementara waktu, saya kena keluar dulu daripada wad kerana bimbang berlaku jangkitan kuman,” katanya yang perlu menjaga sendiri kesihatan sebelum menjalani proses ini.

Apapun Zaibo meminta semua pihak terutama sahabat handai, rakan artis serta semua peminat agar sama-sama mendoakan agar kesihatannya stabil dan sihat seperti dulu dan urusannya dipermudahkan.

Terima kasih kerana prihatin 


“SAYA tidak keberatan untuk berlakon semula tetapi tidaklah serancak dahulu disebabkan keadaan (kesihatan) saya. Saya tidak nafikan yang saya tidak boleh cuci tangan 100 peratus,” kata pelakon dan pelawak, Zaibo.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62, yang kini sedang bertarung dengan kanser esofagus sejak September lalu berkata, perasaan rindu tetap ada pada industri hiburan dan rakan artis yang lain.

“Saya ingin baik (pulih). Puan Sri Tiara Jacquelina ada menelefon saya dan pihak penerbitan rancangan pun sama kerana kami semua rakan lama.

“Mereka beritahu ingin menerbitkan semula (sitcom) Spanar Jaya versi baharu tetapi saya tak tahu dengan keadaan kesihatan saya macam ini. Saya tidak keberatan untuk berlakon semula tetapi tidaklah serancak dahulu sebab keadaan saya.

“Saya tidak nafikan tidak boleh cuci tangan 100 peratus kerana rasa rindu tetap ada dengan industri (hiburan) dan kawan-kawan yang lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, hari ini.

Terdahulu, Zaibo dan isteri Siti Hawa Sawal menerima kunjungan daripada Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya Dennis Muhammad Abdullah.

Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Zaibo berkata, beliau bersyukur kerana tahap kesihatannya juga semakin baik berbanding sebelum ini.

“Minggu lalu, gambar saya dalam keadaan terlantar menjadi viral. Pada mulanya, saya bercadang sembunyikan kepada masyarakat mengenai keadaan kesihatan tetapi ada pihak yang menjadikannya viral tetapi saya tak salahkan dia. Saya beritahu dia, seminggu ke, sebulan ke selepas itu baharu disiarkan iaitu ketika saya bertambah baik.

“Pada masa itu keadaan saya masih teruk dan rasa tak selesa kerana menerima panggilan bertalu-talu dan ini amat menganggu kesihatan.

“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada orang yang menyiarkan kisah ini kerana saya menerima kunjungan daripada banyak pihak, dari ahli politik, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain dari seluruh Johor,” katanya.

Zaibo berkata, kemuncak kepada semua itu, beliau kemudian menerima kunjungan daripada Tunku Tun Aminah.

“Saya sangat berterima kasih dan menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Tun Aminah, suami dan seluruh keluarga Sultan Ibrahim. Berkat kunjungan baginda, saya mendapat perhatian daripada banyak pihak dari seluruh Johor. Sokongan moral ini amat bermakna kepada saya seisi keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan melalui:


Batu Pahat - “Saya akan buat apa saja demi ibu, sejak dia sakit awal tahun lalu saya perlu berbelanja sekitar RM1,600 sebulan untuk beli...


Batu Pahat - “Saya akan buat apa saja demi ibu, sejak dia sakit awal tahun lalu saya perlu berbelanja sekitar RM1,600 sebulan untuk beli susu, makanan tambahan, pampers dan ubat-ubatan,” kata Abd Rahman Abd Wahid, 53.

Dalam masa sama, Abd Rahman yang sudah bersara, kini perlu bekerja semula sebagai tukang rumah demi membeli keperluan untuk ibu tercinta, Zainab Ya’acobe, 88.

Menurut Abd Rahman, ibunya yang menghidap sakit tua itu tidak boleh berjalan dan memerlukan penjagaan sepenuh masa, termasuklah untuk urusan hariannya seperti makan, pakai dan membersihkan diri.

Katanya, isterinya juga, Siti Farina Sulaiman, 50, juga perlu bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung keperluan mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi anaknya kini masih belajar.

“Bagi beli susu dan makanan tambahan, saya memerlukan RM160 untuk tiga hari, dan hampir RM700 untuk sebulan. Itu belum lagi beli pampers dan ubat-ubat tertentu untuk ibu.

“Ada kalanya sekiranya pendapatan saya dan isteri tak mencukupi, kami terpaksa pinjam daripada kenalan serta ahli keluarga yang terdekat.

Jika saya dan isteri bekerja, kakak saya (Salmah, 56) pula akan menjaganya. “Malah lebih teruk lagi kini, ibu tak boleh makan dan hanya bergantung pada susu dan makanan tambahan yang diberikan melalui tiub khas,” katanya ditemui di kediamannya di Kampung Linau, Bukit Pasir, di sini.

Sesiapa yang ingin menghulur bantuan boleh hubungi Abd Rahman Abd Wahid:

012-7618886
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - “Doktor mengatakan anak saya akan membesar menjadi OKU kerana lemas ketika proses kelahiran,” kata Juliana Mohd Sapuan, 35...


Batu Pahat - “Doktor mengatakan anak saya akan membesar menjadi OKU kerana lemas ketika proses kelahiran,” kata Juliana Mohd Sapuan, 35, ibu kepada kanak-kanak berusia 17 bulan yang kini terlantar di rumahnya di Taman Industri Sri Sulong di sini.

Beliau berkata, Qaireen Aryana Armeen yang turut ditebuk pada bahagian leher dan perut mengalami kerosakan paru-paru kiri selain salah satu saluran pernafasannya tertutup menyebabkan dia tidak boleh melepaskan topeng oksigen dan perlu memakainya setiap masa.

“Paru-paru kirinya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan dia pun tidak seperti kanak-kanak sebayanya kerana tidak dapat berjalan selain terlantar setiap masa.

“Pembedahan pada usianya yang masih bayi tidak boleh dilakukan kerana risikonya tinggi dan sebab itu selagi belum mencapai tahap memuaskan, anak saya perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Qaireen Aryana Armeen boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Juliana Mohd Sapuan atau hubunginya:

012-7938485
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - Latib Samsudin, 52 tahun, dan isteri, Ponah Kadiri, 50, diuji apabila anak yang menjadi harapan keluarga, Nur Farah Afiqah, ...


Batu Pahat - Latib Samsudin, 52 tahun, dan isteri, Ponah Kadiri, 50, diuji apabila anak yang menjadi harapan keluarga, Nur Farah Afiqah, 19, terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dalam kes langgar lari. 

“Farah rindu dengan kawan-kawannya dan teringin ke kolej semula seperti biasa,” kata Latib, bapa kepada Nur Farah Afiqah, 19, yang terlantar selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan yang belum dikenal pasti pada 7 September lalu di Lebuhraya PLUS, Pagoh, Muar.

Akibat daripada tragedi ini, Farah kini terlantar di rumah akibat kecederaan parah dan memerlukan penjagaan khusus oleh kedua ibu bapanya. 

Ibunya terpaksa menolak Farah dengan menggunakan kerusi roda ke klinik kesihatan yang terletak kira-kira 1 kilometer dari rumahnya. 

Akibat kemalangan ini juga, Latib dan isteri perlu menanggung kos perubatan yang tinggi termasuk kos ikat gigi melebihi RM1000 dan kos sewa alat bantuan leher dan kepala sebanyak RM1800 untuk 2 bulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan kepada akaun bank berikut atas nama Poniah Kadiri:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2800

Batu Pahat - Seorang bayi berusia sembilan bulan di Kampung Baru Sri Gading, di sini, menderita akibat kerosakan paru-parunya, selain te...


Batu Pahat - Seorang bayi berusia sembilan bulan di Kampung Baru Sri Gading, di sini, menderita akibat kerosakan paru-parunya, selain terpaksa dikuarantin di rumahnya sehingga berusia empat tahun akibat asap rokok.

Nur Raisha Aufa Mohd Najib, yang disahkan pakar menghidap jangkitan kuman di paru-paru dan darah, juga diarahkan doktor untuk tidak berada di luar rumah mahupun di kawasan orang ramai berikutan paru-parunya yang lemah dan terdedah pada jangkitan.

Ibunya, Nur Farahani Hamdan, 25, berkata bayinya itu juga sudah dua kali dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat akibat sesak nafas.

Katanya, bayinya mula dikesan sukar bernafas seperti biasa pada Aidilfitri lalu selepas diserang demam panas dan selsema menyebabkan mereka sekeluarga membawanya ke HSNI. "Keadaan Asha ketika itu sangat kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU selama dua minggu kerana paru-parunya dikesan oleh doktor berada dalam keadaan sangat lemah. Alhamdullilah Asha pulih selepas dirawat di ICU.

"Namun Ogos lalu, keadaan Asha kembali buruk selepas demam dan selsema sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HSNI selama seminggu dan pelbagai ujian dilakukan bagi mengesan keadaan paru-parunya yang lemah akibat jangkitan, malah pakar turut mengesan jangkitan kuman pada darahnya.

"Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk analisis darahnya, pakar menyatakan punca paru-paru Asha lemah dan sering terkena jangkitan kuman sehingga tidak boleh bernafas adalah disebabkan asap rokok sehingga doktor mengeluarkan arahan supaya tidak lagi dibawa keluar rumah dan di tempat orang ramai sehingga usianya mencecah empat tahun.

"Pakar turut mengarahkan kami mengambil empat vaksin khas untuk paru-paru, batuk, demam dan selsema Asha di hospital swasta kerana tidak mempunyai bekalan vaksin berkenaan. Namun kami tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai Pekerja Am dan saya tidak bekerja," katanya.

Nur Farahani berkata, bulan hadapan bayinya juga perlu menjalani ujian darah semula bagi memastikan keadaan kesihatan bayinya stabil berikutan dibimbangi akan dijangkiti kuman lagi selepas ini. Katanya, jika bayinya dijangkiti kuman lagi selepas ini, doktor memutuskan untuk menebuk paru-paru Asha dan bayinya itu perlu bergantung kepada alat pernafasan khas bagi memastikan organ pernafasannya stabil.


Kongsi Portal Ini