Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kedah

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Kubang Pasu - Sudah jatuh ditimpa tangga, demikian takdir seorang ibu tunggal yang bukan sahaja menderita sakit buah pinggang tetapi kini t...




Kubang Pasu - Sudah jatuh ditimpa tangga, demikian takdir seorang ibu tunggal yang bukan sahaja menderita sakit buah pinggang tetapi kini terpaksa membesarkan empatnya anak sendirian.

Lebih mengharukan dalam kehidupan Naimah Abd. Razak, 39, apabila dua anaknya, Haziq dan Hazim yang juga merupakan kembar berusia 15 tahun turut menghidap autism.

Menurut wanita berstatus ibu tunggal itu, mereka lima beranak kini hidup dalam serba kekurangan, apatah lagi dia terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu kerana penyakit yang dihidapinya sejak setahun yang lalu.

“Sejak bercerai pada Disember lepas saya menanggung sendiri kos rawatan dialisis iaitu RM150 setiap rawatan dan ke­rana nak berjimat saya terpaksa buat dua kali sahaja rawatan. Saya cuba minta kepada hospital kerajaan tetapi tak dapat lagi, kena tunggu giliran pula.

“Alhamdulillah, ada bantuan zakat untuk anak-anak sebanyak RM1,000 sebulan yang boleh menampung persekolahan mereka dan belanja kami seharian,” katanya di Taman Perumahan Awam Tanah Merah, Jitra di sini semalam.

Menurut Naimah, dua anak lelakinya itu belajar di sekolah pendidikan khas berdekatan rumah tersebut sementara adik perempuan mereka, Aisyah, 11, di sebuah sekolah kebangsaan di Jitra.

“Saya tidak mempunyai kenderaan jadi terpaksa upah van sekolah dengan tambang RM350 setiap bulan. Buka sekolah nanti kena tambah lagi tambang sebab anak bongsu, Alia, 7, pula akan masuk sekolah. 

Di sebalik kesempitan ini, kami terpaksa juga sesuaikan diri dengan suasana baharu hidup sekarang. Kami pindah ke sini pun sehelai sepinggang sebab banyak perabot terpaksa dijual untuk guna belanja pindah,” katanya.

Naimah yang turut mengalami masalah penglihatan kerana penyakitnya berkata, dia bernasib baik apabila keluarga mengambil berat tentang kehidupan mereka termasuk sewa rumah RM400 yang dibiayai abangnya selain makan minum yang dihantar jiran.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan yang semakin menyusut dia melahirkan kebimbangan tentang masa depan anak-anaknya.

“Walaupun hidup saya sukar tetapi saya kena kuat demi anak-anak. Saya harap dapat jalani rawatan dialisis ini seperti biasa namun tak mampu. 

Saya ada mohon zakat tetapi kata mereka, kalau saya terima bantuan dialisis, bantuan kewangan akan dipotong. Jadi macam mana pula nak hidup kalau begitu,” katanya. 

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghulur sumbangan kepada Naimah di akaun Bank Islam miliknya seperti berikut:



Progress:

RM150 raised

Goal: RM4000



Sungai Petani - Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Selain terpaksa berpisah dengan suami, tekanan yang dihadapi selep...




Sungai Petani - Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Selain terpaksa berpisah dengan suami, tekanan yang dihadapi selepas itu turut menjadi punca gangguan emosi.

Situasi akan menjadi bertambah runcing apabila si ibu terpaksa membesarkan anak-anak tanpa bantuan suami. Lagi-lagi jika mempunyai anak yang berpenyakit kronik di mana memerlukan lebih penjagaan dan perhatian.

Demikianlah cabaran hidup yang dialami oleh wanita bernama Shahani, 44 yang kini membesarkan tiga orang anak bersendirian.

Selepas diuji dengan kegagalan rumah tangga, dia dikhabarkan menghidap kanser ovari selepas dua bulan bercerai. Sejurus mendapat perkhabaran duka tersebut, dia terus terbayangkan nasib tiga orang anak yang masih di bawah jagaannya.

Menurut aktivis kebajikan dan masyarakat, Natipah Abu, ovari Shahani terpaksa dibuang melalui pembedahan, seterusnya menjalankan sesi kimoterapi sebanyak enam pusingan.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Shahani sekali lagi menerima berita sedih apabila anak keduanya Muhammad Danish Hakim, 17, ditimpa kemalangan jalan raya enam bulan lalu.

“Anak saya yang menunggang motosikal telah dirempuh oleh sebuah lori ais ketika melintas jalan ketika hendak ke padang bola.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, tempurung kepala kanannya terpaksa dibuang dan terdapat beberapa sarafnya yang tidak lagi normal.

“Sehingga sekarang anak saya masih terlantar. Hanya minum susu khas melalui tiub yang ditebuk di bahagian perut. Lehernya juga ditebuk untuk membantu pernafasan.

“Sejak itu saya kembali bangkit melawan semua perasaan. Saya harus kuat dan tabah demi anak-anak. Saya lupa terus tentang penderitaan jiwa dan raga yang saya tanggung akibat penceraian dan kanser,” luah Shahani di mana perkongsiannya ini dikongsikan semula di Facebook oleh Natipah.

Dalam pada itu, Shahani juga perlu berulang alik ke hospital menjaga anak keduanya yang terlantar berusia 16 tahun akibat penyakit jantung berlubang sejak lahir.

“Setiap tahun, kami akan menjalani pemeriksaan dan scan jantung untuk perkembangan terkini. Terbaru hospital beri tarikh untuk anak saya menjalani satu lagi pembedahan pada 23 Jun ini,” katanya.

Shahani yang menetap di Sungai Petani, Kedah berkata, kekangan yang dialami membuatkan dia tidak dapat keluar bekerja untuk menjana pendapatan.

“Alhamdulillah saya ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat kerana saya tiada pendapatan yang lain.

“Buat masa ini, keperluan saya yang utama ialah lampin pakai buang anak saya dan susu khasnya yang terlalu mahal. Sedangkan pada masa sama, saya masih perlu menanggung dua anak yang masih belajar,” katanya sambil menambah anak sulungnya yang kini berusia 19 tahun sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Bagi meringankan beban Shahani, inisiatif Sedekah Jumaat digerakkan mensasarkan RM5,000 dengan niat membeli lampin pakai buang dan susu khas Muhammad Danish Hakim. Semoga dengan sumbangan kita ini akan meringankan bebanan Puan Shanani dalam menempuh ujian yang mendatanginya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Pertubuhan Jariah Qaseh:


Progress:

RM50 raised

Goal: RM5000



Kulim - Ada ketika dia sendiri tidak dapat menahan rasa sebak apabila anaknya bertanya kenapa dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain....




Kulim - Ada ketika dia sendiri tidak dapat menahan rasa sebak apabila anaknya bertanya kenapa dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain.

Namun sebagai ibu, Rasida Ahmad, 49, tetap perlu memberikan jawapan dan menerangkan lebih lanjut kepada anaknya, Nurul Adlina Mohd Amin, 14, yang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda berikutan dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain.

Menurut Rasida, anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan menghidap 'Caudal regression syndrome', penyakit kecacatan tulang punggung sejak lahir yang menyebabkan lututnya tidak boleh membengkok seperti orang lain dan tapak kaki pula membengkok ke dalam.

"Keadaan itu juga menyebabkan buah pinggang anak rosak dan doktor juga mengesan jangkitan kuman dalam air kencingnya.

"Berikutan itu, anak terpaksa dipasang tiub pada saluran kencing selain dia turut menggunakan lampin pakai buang seumur hidup," katanya yang tinggal di Kampung Kemumbung, Sidam Kiri, dekat sini.

Menurutnya, anaknya itu yang mesra disapa Adlina dalam keluarga terpaksa merangkak sejak kecil menggunakan kedua-dua tangan serta kaki sehingga membuatkan pergerakannya terbatas tidak seperti insan normal lain.

"Hanya selepas usia anak mencecah tujuh tahun barulah dia menggunakan kerusi roda sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sudah diubah suai untuknya.

"Kerusi roda terbabit digunakan untuk memudahkan pergerakan anak ketika dia berada di sekolah dan sehingga kini dia dilihat selesa menggunakannya," katanya.

Rasida berkata, ada ketika hati ibunya tersentuh apabila mendengar pertanyaan anaknya itu kenapa dia tidak dilahirkan seperti orang lain.

"Adlina selalunya bertanyakan soalan itu kepada sepupunya yang kemudian memberitahu saya dan sebagai ibu saya menjelaskan kepadanya yang dia sebenarnya adalah istimewa.

"Saya menerangkan kepada anak yang Allah SWT memilihnya dilahirkan sedemikian rupa kerana dia insan terpilih dan mempunyai keistimewaan berbanding orang lain," katanya.

Di tanya mengenai kos rawatan untuk Adlina, dia bersyukur kerana anak sulung yang bekerja di sebuah ladang turut membantu meringankan beban mereka sekeluarga dengan menghulurkan wang untuk menampung kos rawatan adiknya.

"Selain bantuan JKM berjumlah RM150, abang Adlina turut membantu kerana tahu pendapatan diperoleh bapanya sebagai pekerja di ladang ayam tidak menentu dan mencukupi.

"Saya pula tidak bekerja kerana menghidap kencing manis selain mahu menguruskan Adlina di rumah," katanya yang memberitahu anaknya itu perlu melakukan dialisis tiga hari seminggu di Hospital Lama Sungai Petani.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Rasida di talian berikut:


0111-4905618
Progress:

RM50 raised

Goal: RM5000



Kulim - Saya terpaksa letak anak di atas lantai berlapik tilam memandangkan kami tidak mampu belikan katil yang mempunyai penghadang untuk ...




Kulim - Saya terpaksa letak anak di atas lantai berlapik tilam memandangkan kami tidak mampu belikan katil yang mempunyai penghadang untuk dirinya. 

Itu luahan hiba seorang suri rumah yang menetap di Taman Mutiara Fasa 6, Karangan di sini hari ini. 

Menurut Jamilah Said, 45, anak sulungnya, Nor Hawani Jefri, 22, mula dikesan menghidap sakit tulang belakang membengkok ketika dia di bangku sekolah rendah lagi.

Jelasnya, dia dan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendapatkan rawatan buat anak sulung daripada tiga beradik itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan di Cheras namun akibat kekangan kewangan mereka menghentikan rawatan.

“Ketika itu dia (Nor Hawani) masih boleh berjalan dan bercakap selain mendapatkan pelajaran di sekolah pendidikan khas namum ketika dia berusia 19 tahun dia tidak mampu berdiri dan mudah terjatuh sendiri.

“Keadaan kesihatannya semakin merosot dan pada Februari lalu dia terus terlantar dan tidak mampu menguruskan dirinya dengan sendiri,” katanya.

Tambah Jamilah, selepas terlantar sakit dia dan suami meletakkan Nor Hawani di atas katil bagi memudahkannya menguruskan pemakaian lampin pakai buang serta makan minum gadis itu.

Bagaimanapun, Nor Hawani dilaporkan terjatuh dari katil akibat tiada penghadang ketika ibunya sibuk membuat persiapan untuk memasak.

“Sejak dari itu kami tidak berani letak dia atas katil membuat dia kini terlantar atas lantai berlapikkan tilam.

“Sedih lihat dia terlantar atas lantai begitu tetapi saya dan suami tidak mampu belikan katil kepadanya memandangkan kami sekeluarga hanya mengharapkan pendapatan suaminya sebanyak RM1,500 sebulan untuk menguruskan keluarga termasuk dua lagi anaknya yang masih belajar di universiti serta sekolah menengah.

“Memang kami dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 namun itu cukup untuk membeli susu khas serta lampu pakai buang buat Nor Hawani,” kata Jamilah.

Sehubungan itu, Jamilah memohon bantuan orang ramai termasuk agensi kerajaan untuk mendapatkan katil khas buat anaknya.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, pihaknya sudah membuat permohonan kepada Pusat Zakat Kedah berhubung keperluan keluarga berkenaan pada pertengahan Oktober lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas.

“Mereka (pusat zakat) memberitahu mereka memerlukan masa kira-kira dua bulan setengah untuk menentukan sama ada pemohon layak atau tidak.

“Saya tidak faham kenapa mereka perlu mengambil masa yang lama untuk semak permohonan sedang semua dokumen perbuatan yang disahkan doktor kerajaan termasuk gambar membuktikan keadaan gadis itu sudah disertakan.

“Kita faham keadaan Covid-19 membuat banyak permohonan perlu diuruskan sebab itu kita tolong permudahkan urusan mereka dengan memberi semua dokumen sokongan tetapi saya kecewa apabila mereka memberitahu ia akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan bantuan kepada pesakit tersebut,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibunya Jamilah di talian seperti tertera di bawah atau menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Nor Hawani Jefri:

011-24278331
Progress:

RM20 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Yan - Kehidupan seorang wa­nita tidak seceria dahulu apabila suami yang diharapkan untuk menyara keluarga hanya mampu duduk di rumah selepa...




Yan - Kehidupan seorang wa­nita tidak seceria dahulu apabila suami yang diharapkan untuk menyara keluarga hanya mampu duduk di rumah selepas disahkan menghidap kanser usus sejak lima bulan lalu.

Zauyah Khalid, 50, berkata, dia terpaksa menggalas tugas mencari nafkah sebagai pembantu kedai makan selepas suami­nya, Muhammad Zohir Ahmad, 62, tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja kampung.

Katanya, suaminya terpaksa menggunakan beg stoma untuk membuang najis sejak menjalani pembedahan pada Jun lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Kanser suami berada pada tahap dua. Sejak dibedah, dia sering mengadu sakit dan tidak lagi boleh bekerja menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan.

“Kini saya buntu memikirkan kos perubatan suami yang memerlukan RM400 sebulan untuk berulang alik ke HSAH dan membeli segala keperluan.

Keperluan seperti beg stoma, makanan khas yang lembut bagi mengelakkan suami bertambah sakit kerana ususnya rosak,” kata­nya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Titi Teras di sini semalam.

Tambahnya, segala wang simpanan telah habis digunakan untuk menanggung kos pembedahan dan rawatan selama suaminya ditempatkan di HSAH.

Dakwa Zauyah, dia tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi, ma­nakala dua anak lelakinya ber­usia 20 dan 25 tahun bekerja sebagai buruh, namun pendapatan mereka masih tidak mencukupi.

Katanya, dia juga resah apabila dimaklumkan perlu menyediakan sejumlah wang untuk membiayai kos pembedahan memasukkan semula usus suaminya oleh pihak HSAH dalam masa terdekat.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demi­kian melalui akaun bank berikut atas nama Zauyah Khalid atau menghubunginya di talian:


011-15495279
Progress:

RM50 raised

Goal: RM4000



blog counter views

Baling - Seorang bapa risau apabila kaki anak sulungnya yang kini mengidap kanser tulang semakin membengkak dan perlu dipotong. Mohd Nazri ...




Baling - Seorang bapa risau apabila kaki anak sulungnya yang kini mengidap kanser tulang semakin membengkak dan perlu dipotong.

Mohd Nazri Yaacob, 43, berkata anaknya, Mohamad Hafaz Ali Mohd Nazri, 13, kini terlantar tidak boleh berjalan berikutan kaki kirinya semakin membengkak.

“Dari paras paha hingga ke lutut, keadaanya semakin membengkak dan doktor mengesahkan dia mengidap kanser tulang dan perlu di potong segera untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius.”

“Saya tidak mampu menyediakan RM9,500 untuk kos rawatan dan pengurusan anak memandangkan saya hanya bekerja sebagai guru pondok di Pondok Nurul Hidayah Kampung Tembak, Kuala Ketil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembak B, baru-baru ini.

Menurutnya, kesakitan anaknya itu bermula pada bulan Mac ketika dia terjatuh di Asrama Sekolah Madrasah Darul Ulum Al-Mubarakah, Kampung Batu Besar, Sik.

Sangkaannya hanya sakit biasa dan mendapatkan rawatan mengurut secara tradisional tetapi kaki anak sulung daripada tiga beradik itu semakin bengkak.

“Selama dua minggu saya buat rawatan secara tradisional dan bagi makan ubat urat sehinggalah selepas Hari Raya Aidilfitri baru ni, dia tidak boleh tidur dan saya membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Doktor Hajah Halimah.”

“Mereka mencadangkan membawa anak ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan doktor mengesahkan ada ketumbuhan di lutut kirinya kemudian pindahkannya ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” kata Mohd Nazri.

Katanya lagi, selepas menjalani kimoterapi sebanyak dua kali, keadaannya masih tidak berubah dan doktor meminta kebenaran untuk memotong kaki anaknya itu untuk mengelakkan jangkitan.

Namun begitu, Mohd Nazri meminta agar doktor menangguhkan dahulu cadangan memotong kaki anaknya itu dan membawanya pulang ke rumah Jumaat lalu.

Bagi mereka yang ingin membantunya boleh menghubungi Mohd Nazri melalui talian berikut:

019-4104793
Progress:

RM00 raised

Goal: RM9500



blog counter views

Baling - "Saya kini hanya mampu berdoa, ikhtiar dan mengharapkan keajaiban supaya anak sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain,&q...




Baling - "Saya kini hanya mampu berdoa, ikhtiar dan mengharapkan keajaiban supaya anak sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain," kata Siti Fathihah Zainol ibu kepada kanak-kanak penghidap 'Tetralogy of Fallot' (TOF) iaitu penyakit jantung konginetal sianotik, Fatih Zulkarnain Mohd Zuhairi.

Siti Fathihah, 25 dari Kampung Teluk Pendiat di sini berkata, selain TOF, Fatih yang berusia setahun tujuh bulan turut menghidap masalah injap sempit dan Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) iaitu masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah manusia.

Menurutnya, semua penyakit itu dikesan sejak Fatih dilahirkan kerana dia tidak mengalami masalah sepanjang tempoh kehamilan.

Doktor mengesyorkan Fatih dibedah segera namun Siti Fatihah dan suami, Mohd Zuhairi Zamri, 30, buntu mencari wang sebanyak RM70,000 bagi menampung kos dua pembedahan menutup jantung TOF dan membuka injap sempit yang perlu dilakukan segera.

"Saya bekerja sambilan sebagai ejen pesan hantar produk kosmetik manakala suami mengambil upah memotong pokok. Kewangan kami memang tidak stabil hingga ada kalanya terpaksa minta bantuan daripada keluarga untuk ke hospital kerana tiada wang.

"Doktor belum beri tarikh tetapi menasihatkan kami bersiap sedia dan mengesyorkan Fatih dibedah ketika usianya sekarang, cuma masalahnya adalah wang kerana sehingga hari ini hanya mengumpul lebih RM2,000 hasil sumbangan rakan yang bersiaran langsung di TikTok," katanya.

Menurut Siti Fathihah, dia pada awalnya tidak jelas penyakit dialami Fatih sehingga diberi penerangan terperinci oleh doktor.

"Ketika dalam pantang selepas melahirkan Fatih, doktor beritahu saya dan suami mengenai penyakit dialami anak. Mulanya saya tidak faham tetapi doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit itu dan risikonya.

"Jujurnya, saya dan suami sedih ketika itu kerana memikirkan penderitaan anak yang masih kecil namun cuba bersabar serta reda dengan ujian dari Allah," katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Nur Syasya Qistina, 7.

Berkongsi perkembangan terkini, Siti Fathihah berkata, Fatih boleh makan dan minum seperti biasa, bagaimanapun anak bongsunya itu tidak boleh diberi makan sembarangan kerana mudah semput sekali gus pernafasan serta pergerakannya.

"Fatih masih berselera makan cuma saya tidak beri makanan tertentu contohnya pisang bagi mengelaknya semput kerana sudah dua tiga kali dia masuk hospital kerana paras oksigennya menurun.

"Disebabkan itu, saya dan suami risau. Pada 21 September nanti, saya dan suami perlu membawa Fatih ke hospital untuk menghadiri janji temu dengan doktor bagi memeriksa keadaan jantungnya tetapi takut juga dengan keadaan Covid-19 yang belum reda," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Siti Fathihah di talian berikut atau terus menyumbang ke akaun bank di bawah atas namanya:

019-7632658
Progress:

RM10 raised

Goal: RM50000



blog counter views

Kuala Nerang - Seorang penoreh getah di Kampung Perik di sini mengharapkan bantuan bagi meringankan kos rawatan dan keperluan anak bongsuny...



Kuala Nerang - Seorang penoreh getah di Kampung Perik di sini mengharapkan bantuan bagi meringankan kos rawatan dan keperluan anak bongsunya yang menghidap penyakit 'extracorporeal liver' atau hati berada di luar.

Sanudin Ibrahim, 46, berkata, Muhammad Ammar yang berusia tiga bulan merupakan anak kelimanya, dilahirkan secara pembedahan kerana tidak cukup bulan, malah menghidap penyakit jantung berlubang dan tidak mempunyai cuping telinga kanan.

Menurutnya, pendapatannya yang tidak menentu sekitar RM600 sebulan sedikit sebanyak memberi tekanan dalam menyediakan kos untuk bertemu pakar perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada setiap sebulan.

"Saya juga ambil upah kerja kampung seperti memesin rumput dan jadi buruh bina rumah untuk tampung pendapatan. Apabila musim hujan, memang pendapatan saya makin berkurang.

"Pada Isnin ini, anak saya perlu dirujuk ke pakar HSB bagi melihat keadaannya. Namun, pembedahan untuk memasukkan hati ke dalam badan masih belum dimaklumkan oleh doktor," katanya.

Sementara itu, isteri Sanudin, Norliza Mohd Saad, 35, berkata, anaknya itu dibenarkan pulang daripada hospital pada 29 September lalu dan perlu diberikan perhatian rapi termasuk membersihkan hati sebanyak dua kali sehari.

Menurutnya, suhu rumahnya yang panas menyebabkan anaknya itu tidak selesa terutama menjelang tengah hari dan petang.

"Selepas dilahirkan, dia terus tinggal di hospital tetapi di sana dilengkapi hawa dingin. Bila balik ke rumah, suhu rumah jauh berbeza. Itu membuatkan dia tidak selesa dan menangis. Nak pasang pendingin hawa, kami tidak mampu," katanya.

Norliza yang merupakan suri rumah berkata, dia turut menghidap penyakit kencing manis sejak tujuh tahun lalu dan perlu disuntik insulin setiap hari yang dilakukan sendiri.

"Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan mendapat gaji sebanyak RM20 sehari. Tapi sekarang perlu berada di rumah untuk memberi tumpuan kepada Ammar," katanya.

Selain itu, katanya, anak ketiga mereka, Amni Qaisara, 3, turut menghidap penyakit jantung berlubang dan merupakan penerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM200.

Katanya, Amni Qaisara juga perlu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang setiap tahun dan HSB setiap enam bulan.

"Kami juga mempunyai tiga anak lagi yang bersekolah. Bagaimanapun, syukur ada yang membantu anak sulung kami untuk belajar di sekolah agama.

"Wang yang ada memang tidak cukup dan kami cuba berjimat. Agak lega sedikit apabila adik-beradik ada juga yang bantu walaupun mereka juga mempunyai komitmen dengan keluarga masing-masing," katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi keluarga tersebut di talian berikut atau menyalurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Norliza Mohd Saad.

014-9421670
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views




Baling - Tiada daya dan upaya seorang hamba melainkan memohon pertolongan dari Allah SWT. Itulah rintihan seorang ibu dari Kampung Weng...



Baling - Tiada daya dan upaya seorang hamba melainkan memohon pertolongan dari Allah SWT. Itulah rintihan seorang ibu dari Kampung Weng Dalam di sini yang risau akan nasib anaknya yang telah didiagnosis dengan pelbagai penyakit sejak dilahirkan. Harapan ibu hanya satu, supaya kembali sihat seperti bayi yang normal.

Muhammad Wabil Nuh Mohd. Luthfi, yang berumur 10 bulan, menderita masalah pertumbuhan, obesiti, rabun dan masalah kulit (ekzema).

Ibunya, Rosniza Yusop, 32, berkata pertumbuhan fizikal anak bongsunya dari tiga beradik itu terbantut selain menderita masalah kegemukan yang tidak sesuai dengan usianya.

"Muhammad Wabil Nuh masih tidak dapat duduk atau berjalan. Dia hanya berbaring dan merangkak.

"Keadaan mata anak juga tidak tertumpu ketika melihat sesuatu dan mungkin mengalami rabun," katanya di rumahnya di sini baru-baru ini.

Menurut Rosniza, dia dan suaminya, Mohd. Luthfi Md. Khotib, 35, perlu membawa Muhammad Wabil Nuh ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dekat sini untuk pemeriksaan dan Hospital Besar Pulau Pinang jika perlu berjumpa doktor pakar.

"Doktor juga telah mengambil sampel darahnya untuk dikirim ke Jepun untuk diperiksa dan meneliti jenis penyakit yang dialami oleh Muhammad Wabil Nuh," katanya.

Dia mengatakan bahawa dia dan suaminya menghadapi masalah kewangan untuk menampung keperluan anak mereka seperti susu khas dan lampin pakai buang serta kos perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Suami saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sekitar RM350 sebulan sementara kos perjalanan ke hospital melebihi RM300 sebulan.

"Kosnya akan meningkat sekiranya anak itu harus ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Dia menambah bahawa dia mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan tetapi masih belum mencukupi untuk menampung keperluan Muhammad Wabil Nuh.

"Anak saya memerlukan tempat tidur khas selain kerusi roda bayi untuk melatih dan menguatkan otot kakinya," katanya.

Orang ramai yang ingin menolong Rosniza boleh menderma ke akaun bank berikut atas nama Mohd. Luthfi Md. Khotib atau menghubunginya:

013-7331132
Progress:

RM340 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kongsi Portal Ini