- Perlis 018-9409255
- Kedah 011-58914020
- Pulau Pinang 018-9714508
- Perak 011-39590439
- Selangor 017-2847611
- Kuala Lumpur 017-2035767
- Negeri Sembilan 018-6495106
- Melaka 017-8847470
- Johor 013-6052467
- Pahang 010-2266558
- Terengganu 013-9391347
- Kelantan 016-3521277
- Sabah 013-8928228
- Sarawak 013-5253052
- Bukit Aman 011-12277478
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap ke atas pemaju perum...
Talian Hotline Whatsapp Polis untuk lapor jenayah
Bantuan orang ramai diperlukan untuk Tabung Adik Khadijah yang menhidap Scoliosis (tulang belakang bengkok), tengkorak kepala turun / k...
Memohon bantuan untuk Tabung Adik Khadijah
Bantuan orang ramai diperlukan untuk Tabung Adik Khadijah yang menhidap Scoliosis (tulang belakang bengkok), tengkorak kepala turun / kedudukan tidak normal dan cecair tersekat dari otak ke saraf tunjang.
Ceriakan hidup anda dengan membantu Adik Khadijah. Jazkumullahu Khairan Katheera.
Sumabangan boleh disalaurkan ke akaun bank berikut atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat atau hubungi Dr. 'Uyun:
019-3577502 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM20000 |
Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pil...
Penghuni rumah usang hampir roboh mohon bantuan
Lebih malang, Siti Hawa Kancil, 42, berkata, bila-bila masa sahaja mereka akan kehilangan tempat tinggal kerana tapak rumah itu berada di atas tanah milik jiran yang prihatin dan berhati mulia menumpangkan mereka sekeluarga.
“Rumah ini dulu saya bayar sewa RM60 dengan tuan terdahulu, tapi sejak tahun lepas saya tidak mampu bayar dan kemudian dijual kepada pemilik sekarang. “Sekarang saya tumpang tanah ini tanpa apa-apa bayaran dikenakan oleh jiran saya ini, tetapi bila-bila masa sahaja saya kena keluar dari sini kalau mereka mahu gunakan tanah ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Kedai Buloh, Pantai Cahaya Bulan, di sini.
Menurutnya, rumah satu bilik yang didiami itu juga senget dan menunggu masa untuk roboh kerana kayu dinding dan lantai yang sudah reput. “Anak-anak saya semua sudah biasa dan tahu mana kawasan lantai yang tidak boleh dipijak dan sudah mahir selok belok lubang di dalam rumah ini. Cuma, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kami dan kami terjerlus dalam rumah sendiri.
“Acap kali juga anak tanya sampai bila hendak tinggal di sini, tapi saya tidak ada pilihan kerana tak cukup duit untuk baiki rumah ini atau menyewa di tempat lain,” katanya sebak.
Hidap sakit kulit, suami pula kencing manis. Siti Hawa bekerja mengambil upah mewarnakan batik dengan pendapatan RM130 seminggu, manakala suaminya, Mohd Ghani Deraman, 51, pula berpendapatan tidak menentu hasil mengambil upah mengutip kelapa.
Katanya, dia menghidap penyakit kulit, sementara Mohd Ghani pula sudah dua tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan keadaan bertambah serius selepas dia terkena ekzos motosikal sejak seminggu lalu.
Mohd Ghani menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebulan. “Suami saya kini berada di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani rawatan dan akan membuang isi di bahagian betis kanan yang sudah mati akibat kejadian itu.
“Sekarang, dia dijaga oleh anak sulung, Mohd Khairul Sham, 21, yang bekerja kontrak kabel di Johor dan anak ketiga Nur Farisya Sabrina, 19, yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di Pahang. Mereka pulang ke kampung untuk menjaga ayah mereka kerana tidak dapat berjalan dan perlu diusung jika ke tandas,” katanya.
Selain mereka, pasangan itu juga mempunyai empat lagi anak yang perlu disara iaitu Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah, Nur Farisya Linda Ilyana, 11, bersekolah di Sekolah Kedai Buloh 1 dan Nur Farisya Adila, 5, pula tadika.
“Anak-anak saya semua biasa makan budu dan menu harian kami ala kadar sahaja, hanya bila saya ada duit lebih, saya akan beli ayam untuk dimasak kepada anak-anak tapi jarang sangat boleh makan ayam.
“Saya bekerja biasa sahaja dan kadang kala ikat perut untuk beri makan anak-anak. Saya juga gagal sediakan rumah yang selesa kepada anak-anak saya. Tandas di rumah ini juga rosak dan tidak mampu dibaiki. Kalau hendak buang air besar, kami akan ke tepi sungai atau menumpang jiran,” katanya.
Kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Ghani Deraman atau hubunginya:
014-8112995 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
1) Semak Nombor Akaun Bank / Telefon Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia . Laman web - http://ccid.rmp.gov.my/sema...
Info: Semak & Lapor Penipuan Online di sini
1) Semak Nombor Akaun Bank / Telefon Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia.
Laman web - http://ccid.rmp.gov.my/semakmule
2) eAduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem eAduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.
Laman web - https://eaduan.kpdnkk.gov.my Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my
3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.
Whatsapp : 016-220 6262 Email : aduanskmm@cmc.gov.my
4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my Tel : 03-8882 5822
5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web: http://www.nccc.org.my Tel: 03-7803 6000
6) Sistem Pengurusan Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Satu platform untuk orang ramai membuat aduan online berhubung kes rasuah. Ianya dibangunkan khusus untuk diguna pakai oleh SPRM bagi menapis dan mengelaskan setiap aduan mengikut kumpulan status sebelum dihantar ke sistem CRIS bagi tujuan penyiasatan, risikan atau pendakwaan.
Laman web: http://portaladuan.sprm.gov.my
~ Sila komen di ruangan komen di bawah berkenaan penipuan online yang anda alami.
Johor Bahru - “Kami hampir kehilangan tempat berteduh selepas gagal membayar tunggakan sewa rumah dan saya terpaksa menggunakan semua...
Ibu tunggal kehilangan suami mohon bantuan sara anak-anak
Johor Bahru - “Kami hampir kehilangan tempat berteduh selepas gagal membayar tunggakan sewa rumah dan saya terpaksa menggunakan semua wang disumbang jiran dan rakan untuk majlis tahlil arwah suami untuk melangsaikan hutang itu kerana tidak mahu anak hidup merempat,” luah ibu tunggal, Rosnani Abu Hanifah, 38.
Rosnani tinggal di Blok F Seri Seroja, PPR Kempas, di sini, bersama tiga anak kandung dan tiga anak tirinya yang berumur antara setahun sembilan bulan hingga 15 tahun sejak suami, Selamat Samsudin, 53 meninggal dunia akibat barah prostat pada 24 Oktober lalu.
Dia mahu bekerja untuk menyara keluarga, namun tidak dapat berbuat demikian kerana usia anak yang masih kecil dan kini hanya mengambil upah sebagai guru mengaji al-Quran di rumah.
“Arwah suami terlantar di rumah selama empat bulan sebelum meninggal dunia dan bagi membantunya, saya mengambil upah mengopek ikan bilis, tetapi pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan ketika itu.
“Akhirnya, rumah kami hampir disita kerana tidak melangsaikan bayaran sewa tertunggak dan peristiwa itu masih terkesan sehingga kini kerana berlaku empat hari selepas suami meninggal dunia.
“Mujur jiran, rakan dan saudara-mara datang melawat menghulurkan sumbangan dan wang itu digunakan bagi melangsaikan tunggakan sewa rumah walaupun bercadang menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan,” katanya.
Rosnani berkata, kepayahan hidup memaksa dirinya dan anak berjimat kerana mereka langsung tidak mempunyai simpanan kewangan peribadi.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mempunyai jiran prihatin dan tidak lokek menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan makanan walaupun kadang kala terpaksa mengikat perut.
“Selepas pemergian suami, ada juga jiran dan orang perseorangan tampil menghulurkan sumbangan makanan dan barangan keperluan
“Tidak kurang juga menyumbang permaidani, peti ais, televisyen dan terbaru kelengkapan perabot kerana simpati dengan nasib saya sekeluarga yang tidur beralaskan tilam toto.
“Saya tidak tahu sampai bila terpaksa bergantung dengan orang sekeliling dan sedih kerana gagal memenuhi keinginan anak untuk menikmati makanan enak.
Namun saya tiada pilihan kecuali menyediakan nasi goreng dan bubur sebagai hidangan harian mereka,” katanya yang masih menunggu kelulusan bantuan dari JKM dan Baitulmal.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan melalui jiran Rosnani iaitu Amsah Che Daud menerusi akaun bank berikut:
Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu long...
Adik kecil bengkak saraf kepala dan jangkitan kuman pada paru-paru
Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu longlai di katil hospital berperang dengan nyawanya.
Itu yang diharungi Nur Ar’yana Arissa, 2, selepas tragedi terjatuh dari pelukan ibu, Nur Amizah Muhammad, 29, di rumah mereka di Balok, Kuantan, Pahang, setahun lalu.
Menceritakan kembali detik itu, dua beranak terbabit berada di dalam bilik dan secara tiba-tiba pelampung besar yang disimpan di atas almari dalam bilik berkenaan menggelongsor jatuh.
Katanya, dia yang mendukung anak tunggalnya itu sempat menepis pelampung berkenaan bagi mengelak dari menghempap Nur Ar’yana, malangnya dirinya gagal mengimbangi badan menyebabkan anaknya terlepas dari pangkuan.
“Nur Ar’yana jatuh dalam keadaan terduduk dan kepalanya pula pada terhantuk pada dinding almari. “Keadaan bertambah cemas apabila wajah Nur Ar’yana bertukar kebiruan dan menangis sekuat hati tanpa henti,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan panik itu, dia membawa anaknya ke hospital dan menghubungi suami, Mohd Nur Azimi Mahussin, 33, bagi memaklumkan kejadian.
Nur Amizah berkata, anaknya itu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, menyebabkan dia juga berpindah ke rumah mentua di Kutan Pasir Pekan, Tumpat, di sini, bagi memudahkan urusan menjaga anaknya itu.
“Pada malam raya lalu, keadaannya bertambah teruk menyebabkan dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan rapi sehingga sekarang. “Kepalanya membengkak akibat sakit pada saraf selain paru-parunya dijangkiti kuman serta hanya bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas,” katanya.
Beliau berkata, hospital itu kini umpama rumah kedua bagi mereka tiga beranak dan suamninya juga terpaksa bercuti tanpa gaji sejak November tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga anak mereka sambil dibantu keluarga yang lain.
“Dalam sebulan kami memerlukan lebih RM600 untuk beli keperluan dan kelengkapan Nur Ar’yana seperti lampin, susu dan tiub saluran pernafasan berharga RM381 setiap satu yang kerap perlu ditukar.
“Keadaan kewangan kami bertambah sukar kerana wang simpanan makin susut. Kami tidak makan pun tak apa, asalkan keperluannya cukup. Saya tidak putus berdoa dan minta semua berdoa agar anak saya pulih kerana saya sangat merindui keletahnya,” katanya.
Orang ramai boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nur Amizah Muhammad atau hubunginya:
018-9143923 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
"A man in debt is so far a slave. - Ralph W. Emerson" Dalam dunia kapitalism dan konsumerism ini, amat sukar bagi se...
Bagaimana mengelak diri dari dijerat hutang dan bank
"A man in debt is so far a slave. - Ralph W. Emerson" |
Artikel ini bukanlah untuk membenci bank atau mengelak bank kerana bank satu keperluan tetapi orang awam perlu sedar bahawa kebanyakan bank tidak peduli kepada pelanggan mereka, hendak mencari bank yang ‘baik’ agak mustahil. Bank dan kebajikan pengguna bukanlah sesuatu yang sinonim. Lihat saja statistik orang yang bankrap di Malaysia dengan pelbagai kes teraniaya, faktor kemanusiaan tiada dalam kamus bank.
YA bank akan menjaga anda dengan baik dan urusan dengan mereka amat mudah jika anda seorang yang kaya dan berkedudukan. Katakan apa sahaja, pasti mereka tunaikan dengan cepat tanpa apa masalah. “Encik ingin berapa? Kami boleh proses sekarang juga” Pinjaman mudah dengan bunga rendah, masalahnya adakah pelanggan kaya masih perlukan pinjaman bank? Ya dan tidak. Bagi bank, ‘high income person’ adalah pelanggan anggun kerana ia amat baik untuk repot hutang prestasi tinggi mereka untuk dibentang kepada pelabur.
Bank akan menekan golongan bekerja rendah hingga pertengahan yang terdesak untuk meminjam dengan repot kredit kurang memberangsangkan. Segala akta, klausa dan peraturan yang dilindungi undang-undang akan digunakan kerana apabila tak mampu bayar, senang bagi bank, tarik semuanya. Orang kebanyakan tiada peruntukan lantik peguam untuk lawan mereka dan akhirnya terpaksa akur dengan segala tindakan bank. Pendek cerita untuk selamat dari dijerat hutang bank, patuhi 10 langkah mudah dan efektif ini:
1. Elakkan berhutang secara am, melainkan untuk perkara yang amat mustahak dan sangat mahal seperti rumah.
2. Jangan berhutang untuk memulakan perniagaan. Seperti kata usahawan terkenal Mark Cuban, hanya orang gila yang meminjam bank untuk memulakan bisnes. Untuk berniaga bermula kecil, ‘bootstrap’ iaitu kumpul duit sendiri sedikit demi sedikit atau crowdfunding melalui keluarga dan rakan. Jangan apply loan SME Bank, PUNB, Tekun dan seangkatannya, ia akan menjerut anda di kemudian hari.
3. Jangan sesekali memiliki kad kredit. Majoriti belia di Malaysia bankrap kerana kad kredit.
4. Jangan jadi penjamin untuk sesiapa atas keadaan apa sekali pun. Menjadi penjamin adalah punca utama anda terjerat dengan CTOS dan CCRIS.
5. Jangan serahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Maklumat peribadi ini dijadikan komoditi jual-beli dalam pasaran antara bank, syarikat insurans, syarikat-syarikat telco, dan third party yang lain. Mereka akan mengganggu hidup anda melalui telefon dan surat tawaran kad kredit.
6. Jangan subscribe insuran melalui introducer atau agen bank. Untuk beli insuran, pastikan anda faham dan betul-betul perlukan polisi tersebut.
7. Baca dan teliti sepenuhnya apa-apa agreement dari bank sebelum tandatangan.
8. Cuba elak berhutang untuk beli kenderaan. Jangan beli kenderaan diluar kemampuan anda. Yang terbaik ialah kereta terpakai dengan harga pasaran bawah RM20K dan kurang dari 5 tahun pembayaran. Biar kereta tidak gah asal tidak terbeban hutang. Ingat, kenderaan ialah liabiliti bukan aset.
9. Jangan guna MEPS untuk withdraw duit. Setiap transaksi 1.06 sen x setahun. Anda kira berapa kali anda guna dan sedekah kepada bank.
10. Cuba elak meminjam dengan PTPTN, Mara dan mana-mana agensi untuk melanjutkan pelajaran samada untuk anda atau anak-anak anda. Pendidikan merupakan bisnes bagi mereka, habis belajar kerja dapat atau tidak bukan masalah mereka, hutang sila bayar. Buktinya ada beratus ribu graduan menganggur terbeban hutang di Malaysia. Jangan jadi salah seorang dari beratus ribu itu.
Selamat beramal. Anda pasti tenang dunia akhirat.
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis. Portal ini tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang ditanggung oleh pembaca.
Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11 tahun, akan melaungkan azan di sisi bapanya yang terlantar koma akibat kemalangan jalan raya tiga t...
Anak soleh laung azan di sisi ayah koma
Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11 tahun, akan melaungkan azan di sisi bapanya yang terlantar koma akibat kemalangan jalan raya tiga tahun lalu. |
Ampang - Kepada sesiapa ada kelapangan rezeki serta bermurah hati, bolehlah menyalurkan bantuan kepada keluarga adik Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya yang tinggal bersebelahan masjid di Jalan Jati, Kampung Melayu Ampang.
Adik Nabil selalu azan disisi ayahnya dengan jutaan harapan supaya ayahandanya sedar dari koma akibat kemalangan langgar lari lebih kurang 3 tahun yang lalu. Sekurang mampu doakan ayah Nabil pulih sediakala supaya dapat menjalani kehidupan normal.
Zakariya adalah salah seorang jemaah masjid yang istiqomah di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang.
War-warkanlah kepada mereka yang berkemampuan. Kes mahkamah masih berjalan. Sekarang ini tiada bantuan dari mana-mana pihak yang dimaklumkan oleh isteri Zakariya.
Nabil berumur 11 tahun, pemenang ke-3 kategori azan kanak-kanak remaja anjuran masjid pada 31 Disember 2017.
Bantuan boleh disalurkan kepada akaun bank berikut atas nama Nur Aidah binti Salih (Ibu) atau hubunginya:
011-21916258 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Pemohon: Ruziana Yusof Lokasi: Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan Tujuan: M emohon bantuan pihak yang sudi membantu memba...
Ibu tunggal tujuh anak mohon bantu baiki rumah pusaka
Pemohon: Ruziana Yusof
Lokasi: Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan
Tujuan: Memohon bantuan pihak yang sudi membantu membaiki rumah pusaka didiaminya bersama tujuh anak. Ruziana Yusof, 46, berkata, kini dialah yang menguruskan keluarga dan mengharapkan belanja dari anak keduanya yang bekerja di Pahang.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghulurkan bantuan melalui akaun bank berikut atas nama Ruziana Yusof:
Taiping - Update dari Puan Norsalwati, ibu kepada adik Faiz yang menghidap penyakit kanser mata. Untuk makluman, saya diberitahu bahaw...
Memohon bantuan penyakit kanser mata
Taiping - Update dari Puan Norsalwati, ibu kepada adik Faiz yang menghidap penyakit kanser mata. Untuk makluman, saya diberitahu bahawa keadaan kesihatan adik Faiz tidak mengizinkan.
Ketumbuhan di bahagian mata adik Faiz semakin membesar, adik Faiz sekarang berada di Hospital Besar Taiping untuk pemantauan lanjut.
Dijadual pada hari isnin ini doctor akan melakukan scan di bahagian otak. Untuk melihat samada ketumbuhan tersebut merebak ke bahagian otak atau tidak.
Adik Faiz juga berada dalam keadaan yang sangat lemah, hampir 2 minggu tidak makan, hanya bergantung pada susu yang dimasukkan melalui tiub.
Saya harap ada yang sudi untuk membantu meringankan beban keluarga adik Faiz, sumbangan boleh disalurkan kpd ibu adik Faiz, Puan Norsalwati:
019-4212600 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Assalamualaikum dan salam jumaat buat rakan-rakan semua. Mari kita bersama ringankan beban anak kecil ini dengan memberikan sumbangan...
Memohon sumbangan meringankan beban adik kecil ini
Assalamualaikum dan salam jumaat buat rakan-rakan semua. Mari kita bersama ringankan beban anak kecil ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun bank berikut atas nama Nurjulaiha binti Baharudin atau hubunginya:
019-8432802 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Pemohon: Mariam Ahmad (Ibu) Nama Pesakit: Siti Zaleha Lokasi: Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan Tujuan: Kedaifan hidup,...
Ibu mohon bantuan ringan beban kehidupan anak hilang upaya
Nama Pesakit: Siti Zaleha
Lokasi: Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan
Tujuan: Kedaifan hidup, hanya mampu merangkak dan mengengsot berikutan serangan sawan yang dialami semasa kecil sehingga mengakibatnya hilang upaya untuk berjalan.
Orang ramai yang bermurah hati ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atau menghubunginya:
014-5240255 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Pemohon: Qarl Muhammad Ziqri Abdul Hafiz Tujuan: Pembedahan jantung berlubang berjumlan RM120,000. Sumbangan boleh disalurkan ke ak...
Memohon bantuan untuk pembedahan jantung berlubang
Pemohon: Qarl Muhammad Ziqri Abdul Hafiz
Tujuan: Pembedahan jantung berlubang berjumlan RM120,000.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Abdul Hafiz Mohd. Asri atau hubunginya:
013-9181004 | |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)