Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuala lumpur

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan

Kuala Lumpur - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi seorang ibu, Roziyana Abdu...




Kuala Lumpur - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi seorang ibu, Roziyana Abdul Razak, 32, yang mana anaknya Muhammad Daiyan Faris Rayyan Khaire yang berusia lapan tahun mempunyai beberapa masalah kesihatan.

Wanita ini mengaku sedih melihat penderitaan anaknya yang menghidap penyakit hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak) menyebabkan kepalanya membesar sehingga 55 sentimeter (cm) dan masalah saluran darah antara otak ke jantung tidak normal sejak usianya lapan bulan. "Waktu tu anak saya nak dapatkan suntikan imunisasi dekat klinik kesihatan masa umur lapan bulan. Tapi bila doktor ukur kepala, saiznya terlebih besar untuk bayi umur dia.

"Jadi doktor pun buat surat untuk saya refer dekat HKL (Hospital Kuala Lumpur). Dekat sana segala ujian dibuat ke atas Daiyan. Ketika itulah baru saya dapat tahu fasal penyakit Daiyan. "Pihak HKL pun terus buat surat untuk pindahkan anak saya ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sebab kelengkapan di situ tak cukup. Sampai di sana, pembedahan perlu dibuat sebab salur darahnya tak normal," imbasnya. Menurut ibu kepada enam cahaya mata ini, pihak PPUM memasukkan coil (gegelung) berharga RM20,000 secara berperingkat di dalam kepala Daiyan.

Gegelung tersebut membolehkan proses membuang cecair di dalam kepala anak lelakinya menggunakan saluran tiub (probable tube) dilakukan. "Lepas masukkan coil dalam kepala Daiyan, barulah boleh guna shunt untuk cecair dalam kepalanya. Saya beli tiub tu dekat pembekal luar hospital sebab probable tube asal harganya RM4,500.

"Selain tu, Daiyan ada juga buat pembedahan tulang pinggul terkeluar untuk masukkan plate berharga RM5,400. Dia juga terpaksa buat mini button (gastro) iaitu tebuk perut untuk menyusu. "Tahun 2021, tiub dalam kepala Daiyan sudah tersekat, jadi sekarang dia kena pakai beg pula untuk diletakkan dalam kepala," ujar si ibu.

Bagaimanapun, kini Daiyan terpaksa hadir ke hospital secara berkala iaitu dua minggu sekali untuk menyedut air (tapping). Disebabkan beg yang digunakan oleh anaknya sudah tidak lagi berfungsi dengan baik, perkara ini menyebabkan sawannya tidak terkawal. Tambah si ibu yang menetap di Jelatek, Kuala Lumpur, saluran tiub tidak lagi boleh dipasang kerana kandungan protein dalam kepalanya tinggi dan tidak turun akibat pendarahan kecil dalam kepala. Selain bergantung harap kepada suaminya Khaire Abd Karim, 32, yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta untuk segala kos dan perbelanjaan, Roziyana juga menjual kek lapis untuk mendapatkan wang tambahan.

"Tujuan jual kek lapis ni sebab nak kumpul duit untuk jalani rawatan bulanan anak saya. Untuk beg susu saja pun dah menelan kos RM700.

"Saya jaga semua anak sepenuhnya dan segala kos perbelanjaan serta rawatan Daiyan kami tanggung sendiri. Hasil jualan kek tu memang saya asingkan untuk dia dan anak yang lain. "Kek tu memang saya buat sendiri. Bersyukur juga ada sambutan dan pelanggan semuanya gembira. Selain boleh beli secara terus, saya ada buat servis penghantaran menggunakan Lalamove," katanya. Susulan posting yang dibuat bagi mengiklankan jualan kek lapisnya, ia dalam masa sama mendapat perhatian netizen yang amat bersimpati dengan nasib Daiyan. Malah, mereka turut mendoakan agar Daiyan diberi kesembuhan segera dan tidak lagi menanggung derita kesakitan itu

"Setiap kali Daiyan menahan kesakitan, urat pada bahagian kepala, dahi dan mukanya akan kelihatan timbul dan ketika itulah emosi seorang ibu tersentuh melihat penderitaan dialaminya. "Di kesempatan ini saya memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Daiyan dan saya tabah menempuhi ujian," katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Roziyana di talian berikut atau menyumbang ke akaun bank di bawah atas nama Roziyana Abd Razak:

012-9733805
Progress:

RM500 raised

Goal: RM20000



Kuala Lumpur - Waris kepada Khayla Adha Mirza Imran, 6, kini buntu memikirkan kos bagi pembedahan anak bongsunya yang mengidap penyakit Ost...




Kuala Lumpur - Waris kepada Khayla Adha Mirza Imran, 6, kini buntu memikirkan kos bagi pembedahan anak bongsunya yang mengidap penyakit Osteogenesis Imperfecta (OI), kerana masih belum mencukupi.

Ibu kanak-kanak itu, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, berkata, kini, mereka memerlukan sebanyak RM43,000 lagi bagi mencukupkan keseluruhan kos pembedahan sebanyak RM80, 000.


Katanya, doktor pakar menjangkakan pembedahan itu akan berlangsung selepas Aidilfitri di sebuah hospital swasta di sini.


“Keadaan terkini Khayla semakin membimbangkan berikutan mengalami patah pada tangan, paha dan kaki secara tiba-tiba ketika bangun daripada tidur minggu lalu.

“Ketika kejadian, dia baharu sahaja pulih selepas mengalami patah tangan beberapa minggu lalu yang mengambil masa lebih sebulan untuk pulih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu media pernah melaporkan mengenai kanak-kanak malang berkenaan yang memerlukan sumbangan bagi merawat penyakitnya.

Akibat penyakit berkaitan tulang rapuh itu, Khayla hanya mampu duduk dan baring, manakala pergerakannya juga agak terbatas.

Berikutan penyakitnya yang jarang berlaku di Malaysia, hanya terdapat sebuah hospital swasta yang menawarkan pembedahan di kaki Khayla dengan anggaran kos sebanyak RM80,000.

Menurut Khairol Niza, dia berharap pembedahan berkenaan dapat dilakukan secepat mungkin berikutan anaknya itu yang akan bersekolah di Tahun Satu, pada tahun depan.


“Saya amat berharap pembedahan itu kelak akan memudahkan pergerakan Khayla di sekolah selain boleh bergaul dengan rakan sebaya.

“Besar harapan saya bagi melihat Khayla pulih walaupun tidak sepenuhnya, tambahan pula dia sering beritahu sudah tidak sabar hendak belajar di sekolah bersama rakan,” katanya lagi.

Bapa kanak-kanak itu terpaksa berhenti kerja sebagai pengurus keselamatan di sebuah kelab di Juru, pada Januari lalu berikutan keadaan Khayla yang memerlukan pengawasan, manakala Khairol Niza pula menjual roti di rumah bagi mengumpul wang pembedahan.

Bagi sebarang sumbangan. boleh hubungi Khairol Niza di talian berikut:


011-37127515
Progress:

RM97000 raised

Goal: RM140000



Kuala Lumpur - Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya da...



Kuala Lumpur - Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga, kata ibu seorang penghantar makanan GrabFood yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut semalam. 

Ketika kejadian berlaku, Syed Izzat Izzudin, 20, sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, di sini, sebelum dahan itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, di sini, semalam. 

Ibunya Inang Suhana Abu Bakar, 42, berkata Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian, adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga

“Saya sekarang ini memang sedih kerana tidak boleh terima kenyataan cara kematian dia. Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang) tetapi tidak sangka berlaku kepada anak sendiri,” katanya. 

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Seorang netizen memberikan komen nasihat berikut untuk semua penghantar makanan:

"Hujan ribut di Bukit Cheras. Sehingga menyebabkan pokok tumbang dan menghempap seorang rider GrabFood.

Pada semua rider. Bila hujan dah mula turun. Petir dan kilat sambung menyambung. Berhenti dan berteduh la di tempat yang selamat. Jangan kerana terlalu kejar order, nyawa di ketepikan.

Semoga di bulan yang mulia ini. Allah memberi rahmat buat kita semua seluas-luasnya.
Rider meninggal di tempat kejadian. Dan jenazah telah sampai di HUKM.

Kita membantu bagi mengurangkan beban waris. Semoga mangsa di tempatkan bersama golongan hambaNYA yang beriman. Amin."

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga arwah boleh salurkan sumbangan terus ke akaun bank ibu arwah atas nama Inang Suhana Abu Bakar atau hubunginya:


018-3769050
Progress:

RM150 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kuala Lumpur - Pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik popular, Bob Lokman memerlukan sekitar RM60,000 bagi menampung kos rawatan pem...


Kuala Lumpur - Pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik popular, Bob Lokman memerlukan sekitar RM60,000 bagi menampung kos rawatan pembedahan akibat masalah jantung yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, beliau memohon sumbangan orang ramai bagi memasang sejenis alat untuk mengawal degupan jantung iaitu automated implantable cardioverter defibrillator (AICD).

Justeru, bekas artis serba boleh berusia 56 tahun itu sangat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada individu yang prihatin sekali gus dapat menyembuhkan kembali kesihatan dirinya.




Posting tersebut mendapat 2,400 tanda suka dan 2,200 perkongsian selain komen warganet yang terus mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban beliau boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut milik isterinya Relawati Daud atau boleh menghubungi beliau:


019-2825555
Progress:

RM120 raised

Goal: RM20000



blog counter views

Kuala Lumpur - Sudah tentunya, sebagai keluarga pastinya akan turut merasa sedih apabila salah seorang ahli terpalit dalam kesusahan ya...



Kuala Lumpur - Sudah tentunya, sebagai keluarga pastinya akan turut merasa sedih apabila salah seorang ahli terpalit dalam kesusahan yang dihadapi. Lebih-lebih lagi, apabila mereka terpaksa menanggung derita mengidap penyakit kronik dan memerlukan sokongan yang berterusan daripada ahli keluarga.

Di laman Twitter, seorang kakak berkongsikan kisah derita yang ditangung adik perempuannya yang menghidap kanser tahap 2 sewaktu adiknya berusia 13 tahun lagi.

Rabiyatul Hidayah Muhammad Razi mengatakan adik sudah 24 kali menjalani rawatan kemoterapi dan pembedahan transplant telah dilakukan pada bulan Februari yang lalu.

Tanpa dijangka, adiknya disahkan menghidapi kanser tahap ke empat setelah mula setelah demam panas serta dibawa ke hospital dan buat pemeriksaan.

Menurut kakanya, Nurul Fatin Ielyqa yang merupakan calon SPM tahun ini, ialah seorang gadis yang periang dan sangat rajin biarpun sudah lama menghidap penyakit itu.

Tapi kadang-kala dia boleh jadi sensitif. Masa mula-mula tahu knser datang balik, dia menangis salahkan diri sendiri, cakap dia susahkan orang. Jelas si kakak.

Bercerita mengenai keluarga, Rabiyatul mendedahkan dia bersama ibu dan adiknya itu kini menetap di Sungai Buloh sejak Disember lalu di kediaman kakaknya.

Dia dan ibunya kini menetap bersama kakaknya di Sungai Buloh, kerana senang untuk berulang-alik rawatan Fatin di Ampang.

Dulu ulang-alik naik bas atau kereta sewa. Dan lepas penceraian (mak) kami tak ada ketua keluarga, jadi buat keputusan duduk dengan kakak. Jelas Rabiyatul.

Sebagai kakak, dia sangat bersyukur apabila ramai individu prihatin di luar sana yang mahu meringankan beban kos perubatan adiknya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Julizamilawati Suria binti Abdul Razak (Ibu) atau hubungi Rabiatul Adawiyah (Kakak):

012-3406028
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Kuala Lumpur - "Hampir setiap malam saya menangis dan berdoa kepada Allah untuk meringankan beban yang saya tanggung ketika ini,&q...



Kuala Lumpur - "Hampir setiap malam saya menangis dan berdoa kepada Allah untuk meringankan beban yang saya tanggung ketika ini," kata pesara tentera Azmi Mahmud, 55, yang menderita lima penyakit kronik yang menghalangnya bekerja untuk menyara keluarganya.

Azmi yang menderita penyakit buah pinggang yang rosak, penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan hati bengkak tidak lagi dapat bekerja selain bergantung sepenuhnya pada anak keduanya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Dia mengatakan dia mengalami kemalangan pada tahun 2008 ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menyebabkan dia patah kaki dan tulang belakang.

"Saya tidak dapat bekerja sejak itu dan terpaksa menjalani dialisis. Saya mendapat bantuan dari Baitumal sebanyak RM500 dan bantuan sara hidup tentera sebanyak RM300 setiap bulan.

"Bagaimanapun, jumlahnya tidak mencukupi kerana kos perubatan sahaja berharga RM1,500 setiap bulan kerana saya juga memakai lampin pakai buang," katanya.

Menurut Azmi, dia harus menebalkan mukanya meminta sumbangan daripada rakan atau jiran jika dia tidak mempunyai wang untuk melakukan rawatan dialisis.

"Pada masa ini saya memerlukan kewangan untuk membeli kerusi roda lebih besar bernilai kira-kira RM900 kerana yang ada tidak lagi sesuai," katanya.

Duda empat beranak itu mengatakan bahawa dia tidak mahu bergantung kepada anak-anaknya kerana ada yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab.

"Setiap malam saya menangis dan berdoa kepada Tuhan dan harapan saya adalah sekiranya ada orang yang sudi membantu membeli kerusi roda, saya bersyukur," katanya yang tinggal di PPR Laksamana Jalan Peel.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Orang yang ingin membantu dapat menyalurkan sumbangan terus ke akaun bank berikut atas nama Azmi Mahmud:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka. Impian pasangan ibubapa ini untuk melihat anak membesar dengan sihat hancu...


Kuala Lumpur - Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka. Impian pasangan ibubapa ini untuk melihat anak membesar dengan sihat hancur sekelip mata apabila anak yang normal sebelum ini disahkan sebagai pesakit kanser B-cells acute lymphoblastic leukemia.

Bercerita lanjut mengenai keadaan adik Nadhim Nubhan yang kini berusia 1 tahun 9 bulan, ibunya Nuratikah Mat Osman memberitahu ia dikesan pada penghujung tahun lalu.

Tahu Nadhim sakit 16 November 2019, seminggu sebelum anak sakit tu anak semakin tidak aktif, hilang minat dan kurang selera makan. Nadhim juga menunjukkan kulit yang bertambah pucat. Sebelum tu dia ada demam pada bulan Mac dan September tetapi ujian darah tidak menunjukkan gejala kesihatan yang serius hanya demam biasa.

Tanggal 16 November saya bawa ke klinik dan klinik refer untuk ke hospital dalam kadar segera. Malam tu saya bersama suami bawa anak ke emergency Hospital Selayang, ujian darah menunjukkan yang kurang normal dan hb platelet anak masa itu sangatlah rendah. Malam itu juga doktor bagitahu dia nampak sel kanser. Dan 17hb refer ke HUKM untuk rawatan susulan. 18 Nov anak menjalani procuder bone marrow untuk mengetahui sel kanser apa yang menyerang.

Akhirnya Nadhim di diagnosis sebagai pesakit kanser (B-cells acute lymphoblastic leukemia) dan menjalani rawatan intensif kemoterapi pada 19 Nov. Rawatan intensif perlu dijalani selama lebih kurang 8 bulan tapi malangnya kanser anak menyerang semula (relapse) pada 20 Mei 2020. Dan perlu menjalani kemoterapi yang lebih berat selama sebulan pada 3 Jun sehingga 1 Julai baru-baru ini.

Alhamdulillah ujian bone marrow dilakukan pada 15 Julai lalu menunjukkan progress yang baik dan anak harus teruskan rawatan yang lebih rapi supaya sel-sel kanser tidak dapat menyerang semula dengan ubat khas.

Ubat khas blinatumomad (blincyto) doktor suggest untuk cure kanser anak dari terus menyerang semula. Risiko sel kanser kembali adalah tinggi jika tidak di kawal.

Bagi mengelakkan risiko seperti yang saya nyatakan ubat blinatumomad (blincyto) mempunyai kesan sampingan yang rendah lebih rendah dari 5 peratus. Imunoterapi adalah sejenis terapi biologi. Terapi biologi adalah sejenis rawatan yang menggunakan bahan yang terbuat dari organisma hidup untuk merawat barah.

Nuratikah berkata, dia terpaksa membuka tabung dana untuk menyara kos ubat anaknya yang berjumlah RM74101.50 untuk kelangsungan hidup yang lebih cerah supaya ia dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Memandangkan suami, Nazwan bin Nayan hanya bekerja sebagai kakitangan kurier ia tak mampu nak menampung perbelanjaan kos ubat-ubatan ini. Harapan saya dengan terkumpulnya dana ini, kami suami isteri dapat melihatnya membesar dengan sihat dan ceria. Lagi satu sekiranya ada penderma yang 100% sepadan stem cells Nadhim akan melakukan BMT (bone marrow transplant).


Dana Ubat Nadhim Nubhan 
Status dana pada 19 Julai 2020 (Sasaran : RM74,101.50)
Jumlah Terkumpul (setakat 19/7/2020) : RM54,195
Dalam akaun peribadi ibu Nadhim : RM46,787
Ini bermakna baki yang masih diperlukan : RM19,906.50
Rayuan ini akan ditutup apabila jumlah yang diperlukan tercapai. Insyaallah.

Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan bagi kelancaran rawatan adik Nadhim boleh masukkan ke akaun tertera atau hubungi terus talian berikut. Sesiapa yang sudi menderma ke tabung ini silalah berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Nuratikah Binti Mat Osman (Ibu Nadhim):

013-2791843
Progress:

RM12000 raised

Goal: RM19900



blog counter views

Kuala Lumpur - Norrashid menemani anak kecilnya yang baru berusia 33 hari menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpu...



Kuala Lumpur - Norrashid menemani anak kecilnya yang baru berusia 33 hari menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Injap jantung kanan tidak berfungsi menyebabkan seorang bayi perempuan, Nur Aireeana Zahrah Norrasid yang baru berusia 33 hari terpaksa menjalani pembedahan baru-baru ini.

Bapanya, Norrasid Ayub, 46, berkata, penyakit anaknya itu dikesan enam jam selepas dilahirkan apabila bayi itu kebiruan.

Menurutnya, bayinya yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat itu kini dirujuk ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

"Empat hari lepas Nur Aireeana buat pembedahan pertama selepas kaedah memasukkan tiub ke jantung tidak berjaya.

"Awalnya pembedahan itu berjalan lancar cuma kelmarin doktor maklumkan yang keadaan paru-paru dia belum stabil dan masih ditahan di wad ICU kanak-kanak," katanya.

Katanya, dia masih menunggu perkembangan kondisi anaknya sama ada perlu menjalani pembedahan susulan atau dibenarkan pulang selepas ini.

"Dalam masa terdekat, saya tak pasti sama ada anak saya memerlukan apa-apa mesin atau alat sokongan pernafasan kerana masih menunggu hasil pembedahan pertama.

"Cuma doktor maklumkan anak saya perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan iaitu selepas usianya 8 bulan dan 7 tahun," katanya.

Norrasid yang bekerja sendiri memaklumkan, sehingga kini dia dan isterinya, Julia Shahdan, 39, yang masih berpantang bergilir-gilir menguruskan bayinya itu sepanjang menerima rawatan.

"Mengikut kata doktor, untuk melihat anak saya sihat seperti anak normal lain adalah rendah dan akan mengalami kesan sampingan semasa pembesarannya.

"Cuma sebagai ibu bapa, saya mahukan yang terbaik buat anak saya, panjang umur dan sihat serta dapat meneruskan kehidupan di samping keluarga," katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatan anaknya itu memerlukan dia perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan.

"Apabila masuk sahaja hospital sudah dikenakan caj, tidak termasuk kos pembedahan, scan dan lain-lain yang kos tersebut akan terus bertambah sehinggalah anak saya discaj.

"Dengan keadaan saya yang bekerja sendiri dan isteri yang tidak bekerja agak menyulitkan kami untuk menyediakan wang yang banyak secara mengejut.

"Tapi Alhamdulillah, sokongan rakan taulan dan saudara mara sedikit sebanyak membantu meringankan beban, saya juga menerima jika ada pihak yang sudi membantu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Norrasid Ayub:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak istimewa, Nur Ardhania Firha yang menghidap sindrom Apert memerlukan bantuan kos perubatan RM46,800 b...


Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak istimewa, Nur Ardhania Firha yang menghidap sindrom Apert memerlukan bantuan kos perubatan RM46,800 bagi menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 20 Julai depan.

Sindrom Apert yang dialami kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah dalam kategori yang sangat jarang terjadi pada individu lain pada nisbah 1 dalam 200,000.


Sindrom Apert adalah sejenis gangguan kongenital yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak, muka, tangan dan kaki. Gangguan dalam perkembangan janin menimbulkan kesan yang berpanjangan dan meluas.

Tulang kranial terjejas, serupa dengan sindrom Crouzon dan sindrom Pfeiffer. Craniosynostosis berlaku apabila tengkorak janin dan tulang muka terlalu cepat menyatu di rahim, sehingga mengganggu pertumbuhan tulang yang normal.

Menjenguk ke posting bapa kanak-kanak tersebut iaitu Mohd Fiqri Buang, dua keping gambar Nur Ardhania atau mesra dipanggil Nia atau Firha itu dimuat naik yang kelihatan sedang mendapatkan rawatan di hospital.


Ibu Nia iaitu Aisyah Yusof turut berkongsi cara melakukan sumbangan yang perlu disalurkan menerusi akaun Affin Bank Berhad kerana akaun Maybank miliknya telah disekat.

Maaf semua. Akaun Maybank kami suami isteri sudah kena sekat lagi. Dah cuba buat akaun semasa tetapi dari semalam service unavailable. Seperti yang anda tahu, akaun semasa boleh buat sendiri tak perlu ke bank. Tapi ibu pergi juga ke bank semalam. Masa pergi di kaunter pun sama juga tapi Alhamdulillah, sedikit sahaja lagi.

Firha pelik dah sehari ini tengok air mata ibu asyik mengalir saja. "Ape ibu angish". Baby...Ramai orang sayang awak. 20/7 kurang sebulan dari sekarang. Ibu takut. Tapi ibu tahu, ibu tak sendiri. Ibu ada Allah, ada family dan ada kalian.

Terima kasih semua. Ibu memang hati tisu. Korang hantar resit transfer pun ibu nangis. Allah takkan uji lebih dari apa yang kita mampu. In Sha Allah. Itu janji Allah. Semangat!!!

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Fiqri bin Buang:

Aisyah Yusof
Progress:

RM0 raised

Goal: RM46800



blog counter views

Kongsi Portal Ini