Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: ARTIKEL KHAS

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL KHAS. Papar semua catatan

Mansa Musa; Raja Mali yang sangat kaya dan dermawan merupakan seorang yang menjaga kebajikan agamanya, negaranya, bangsanya, keluarganya d...

Mansa Musa; Raja Mali yang sangat kaya dan dermawan merupakan seorang yang menjaga kebajikan agamanya, negaranya, bangsanya, keluarganya dan dirinya

Sayyidina Ali bin Abi Talib Ø¹Ù„ÙŠ بن أبي طالب telah berkata;

Simpan rahsiamu berdua sahaja: 
1. Dirimu 
2. Allah S.W.T 

Jagalah di dunia ini dua keredhaan: 
1. Ibumu 
2. Bapamu 

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua perkara: 
1. Sabar 
2. Solat 

Jangan risau dua perkara ini: 
1. Rezeki 
2. Ajal 

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah S.W.T

Dua perkara yang tak perlu diingati selamanya: 
1. Kebaikanmu terhadap orang lain
2. Kesalahan orang lain terhadapmu

Dua perkara yang jangan dilupakan selamanya: 
1. Allah S.W.T
2. Alam Akhirat 

Empat orang ini janganlah engkau jauhi: 
1. Ibumu 
2. Ayahmu 
3. Saudara lelakimu 
4. Saudara perempuanmu 

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya: 
1. Buntu (fikiran) 
2. Sedih 
3. Lemah 
4. Kedekut 

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka: 
1. Yatim 
2. Miskin 
3. Fakir 
4. Orang sakit 

Empat perkara yang memperindah dirimu: 
1. Sabar 
2. Tabah 
3. Tinggi ilmu (spiritual & fizikal) 
4. Dermawan 

Empat orang yang hendaknya kamu dekati: 
1. Orang yang ikhlas 
2. Orang yang setia 
3. Orang yang dermawan 
4. Orang yang jujur 

Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman: 
1. Tukang bohong 
2. Tukang curi/rasuah 
3. Tukang hasut 
4. Tukang adu domba 

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka: 
1. Isterimu 
2. Anak-anakmu 
3. Keluargamu 
4. Sahabatmu 

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi: 
1. Makan 
2. Tidur 
3. Malas 
4. Bicara berlebihan/gosip 

Empat hal yang jangan kamu putus: 
1. Solat 
2. Al-Quran 
3. Zikir 
4. Silaturrahim

Selamat Beramal Ø£Ù…ين

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati ...


Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Salah menghadiahkan jersi kepada peminat cilik di Mesir

Baru-baru ini muncul gambar Mohamed Abdel Karim, budak lelaki yang tinggal di Luxor, Mesir dengan memakai baju yang ditulis 'SALAH 10' di belakangnya dengan pena. Bintang Liverpool itu melihat rakaman tersebut di saluran televisyen Arab ONSport dan menghubungi penyampai Mai Helmy, meminta dia untuk mengirim baju baru Liverpool - lengkap dengan 'SALAH 11' di belakang. Helmy kemudian menyampaikan baju itu kepada Mohamed Abdel, yang difilemkan memakainya dengan bangga. Hadiah terbaru Salah tidak mengejutkan, memandangkan sifat amalnya kepada tanah airnya.

Beberapa orang remaja bermain bola di Pusat Belia Mohamed Salah di Mesir.

Datuk Bandar Nagrig, kampung di wilayah Gharbiya Mesir di mana Salah dibesarkan, baru-baru ini mendedahkan sejauh mana bintang berusia 25 tahun itu memberi kembali kepada masyarakatnya. Maher Shetia berkata: "Salah menyoroti kampung kecilnya di peta antarabangsa. Dia juga membina kempen amal dan akan membina sebuah sekolah yang menelan belanja berjuta-juta.


"Ini sebagai tambahan kepada sumbangannya kepada hospital Basioun dengan bilik berhawa dingin lengkap, unit inkubasi dan unit ambulans." Selepas penalti Salah menempah tempat Mesir pada Piala Dunia 2018 pada bulan Oktober, gabenor Gharbiya menamakan semula bekas sekolah Salah sebagai Sekolah Tinggi Industri Basioun 'Mohamed Salah'.

Salah membaca Al-Quran dalam pesawat selepas perlawanan.

Bintang Liverpool itu sebelum ini telah memenangi hati berjuta-juta peminat selepas membintangi perlawanan menentang Tottenham pada hari Ahad lepas, di mana beliau selepas perlawanan pergi ke tempat duduk peminat di hujung padang dan menghadiahkan jersinya kepada seorang peminat muda. Seorang budak lelaki dilihat di kamera memegang tanda kadbod sepanjang perlawanan dengan tulisan: "Mo Salah, bolehkah saya mendapatkan jersi anda?"

Salah menghadiahkan jersi kepada peminat cilik di Stadium Anfield, Liverpool.



Reaksi Salah terhadap peminat muda itu diterima baik oleh peminat di Anfield dan mereka yang menyaksikan secara langsung di televisyen di seluruh dunia. Pemain itu dipuji kerana tindakan serta prestasinya semasa perlawanan, selepas dia menjaringkan dua gol dalam keputusan seri 2-2 dengan Spurs. Salah menjaringkan gol liga ke-20 musim ini, memecah rekod Liverpool, dengan menjadi pemain pertama menjaringkan 20 gol dalam satu musim dalam hanya 25 pertandingan Liga Perdana.


* Impak Mohamed Salah sangat besar sehingga peminat Liverpool membuat lagu khas untuk beliau yang mana mempunyai lirik yang berbunyi "If he scores another few, then I'll be Muslim too." seperti yang diterangkan oleh video di bawah ini:




Miskin belum tentu hina, kaya belum tentu mulia. Sombong ialah pakaian orang yang buta hatinya. Kebanyakan manusia apabila diuji...

Miskin belum tentu hina, kaya belum tentu mulia. Sombong ialah pakaian orang yang buta hatinya.

Kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta mengeluh dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"(Al-Fajr 89:15-16)

"A man in debt is so far a slave. - Ralph W. Emerson" Dalam dunia kapitalism dan konsumerism ini, amat sukar bagi se...

"A man in debt is so far a slave. - Ralph W. Emerson"

Dalam dunia kapitalism dan konsumerism ini, amat sukar bagi seseorang individu untuk mengelak berurusan dengan bank samada untuk menyimpan duit hinggalah urusan untuk pergi haji. Jika ingin sama sekali tidak terlibat dengan bank agak mustahil dalam keadaan sekarang ini. Kalau ada mungkin dalam masa yang singkat, beberapa hari atau bulan, selepas itu pasti ada urusan yang melibatkan bank.

Artikel ini bukanlah untuk membenci bank atau mengelak bank kerana bank satu keperluan tetapi orang awam perlu sedar bahawa kebanyakan bank tidak peduli kepada pelanggan mereka, hendak mencari bank yang ‘baik’ agak mustahil. Bank dan kebajikan pengguna bukanlah sesuatu yang sinonim. Lihat saja statistik orang yang bankrap di Malaysia dengan pelbagai kes teraniaya, faktor kemanusiaan tiada dalam kamus bank.


YA bank akan menjaga anda dengan baik dan urusan dengan mereka amat mudah jika anda seorang yang kaya dan berkedudukan. Katakan apa sahaja, pasti mereka tunaikan dengan cepat tanpa apa masalah. “Encik ingin berapa? Kami boleh proses sekarang juga” Pinjaman mudah dengan bunga rendah, masalahnya adakah pelanggan kaya masih perlukan pinjaman bank? Ya dan tidak. Bagi bank, ‘high income person’ adalah pelanggan anggun kerana ia amat baik untuk repot hutang prestasi tinggi mereka untuk dibentang kepada pelabur.

Bank akan menekan golongan bekerja rendah hingga pertengahan yang terdesak untuk meminjam dengan repot kredit kurang memberangsangkan. Segala akta, klausa dan peraturan yang dilindungi undang-undang akan digunakan kerana apabila tak mampu bayar, senang bagi bank, tarik semuanya. Orang kebanyakan tiada peruntukan lantik peguam untuk lawan mereka dan akhirnya terpaksa akur dengan segala tindakan bank. Pendek cerita untuk selamat dari dijerat hutang bank, patuhi 10 langkah mudah dan efektif ini:

1. Elakkan berhutang secara am, melainkan untuk perkara yang amat mustahak dan sangat mahal seperti rumah.

2. Jangan berhutang untuk memulakan perniagaan. Seperti kata usahawan terkenal Mark Cuban, hanya orang gila yang meminjam bank untuk memulakan bisnes. Untuk berniaga bermula kecil, ‘bootstrap’ iaitu kumpul duit sendiri sedikit demi sedikit atau crowdfunding melalui keluarga dan rakan. Jangan apply loan SME Bank, PUNB, Tekun dan seangkatannya, ia akan menjerut anda di kemudian hari.


3. Jangan sesekali memiliki kad kredit. Majoriti belia di Malaysia bankrap kerana kad kredit.

4. Jangan jadi penjamin untuk sesiapa atas keadaan apa sekali pun. Menjadi penjamin adalah punca utama anda terjerat dengan CTOS dan CCRIS.

5. Jangan serahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Maklumat peribadi ini dijadikan komoditi jual-beli dalam pasaran antara bank, syarikat insurans, syarikat-syarikat telco, dan third party yang lain. Mereka akan mengganggu hidup anda melalui telefon dan surat tawaran kad kredit.


Adakah anda percayakan institusi kewangan di Malaysia?

Ya
Tidak
Created with PollMaker

6. Jangan subscribe insuran melalui introducer atau agen bank. Untuk beli insuran, pastikan anda faham dan betul-betul perlukan polisi tersebut.

7. Baca dan teliti sepenuhnya apa-apa agreement dari bank sebelum tandatangan.

8. Cuba elak berhutang untuk beli kenderaan. Jangan beli kenderaan diluar kemampuan anda. Yang terbaik ialah kereta terpakai dengan harga pasaran bawah RM20K dan kurang dari 5 tahun pembayaran. Biar kereta tidak gah asal tidak terbeban hutang. Ingat, kenderaan ialah liabiliti bukan aset.

9. Jangan guna MEPS untuk withdraw duit. Setiap transaksi 1.06 sen x setahun. Anda kira berapa kali anda guna dan sedekah kepada bank.

10. Cuba elak meminjam dengan PTPTN, Mara dan mana-mana agensi untuk melanjutkan pelajaran samada untuk anda atau anak-anak anda. Pendidikan merupakan bisnes bagi mereka, habis belajar kerja dapat atau tidak bukan masalah mereka, hutang sila bayar. Buktinya ada beratus ribu graduan menganggur terbeban hutang di Malaysia. Jangan jadi salah seorang dari beratus ribu itu.

Selamat beramal. Anda pasti tenang dunia akhirat.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis. Portal ini tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang ditanggung oleh pembaca.


Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol. Walaupu...

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.

Walaupun kurang dikenali di Nusantara, populariti Khabib Nurmagomedov semakin berkembang di seluruh dunia terutama di kalangan peminat sukan tempur UFC. Bintang UFC berketurunan Dagestan yang tidak pernah kalah itu (28-0 MMA, 12-0 UFC), akan bertemu dengan Tony Ferguson dalam pertarungan gelaran di UFC akan datang mungkin pada bulan Februari, sempat mengambil sedikit masa sebelum masuk ke kem latihan untuk berjumpa dengan superstar bola sepak Cristiano Ronaldo.

Nurmagomedov merupakan tetamu undangan kelab bola sepak Sepanyol Real Madrid pada hujung minggu, pengurusnya, Ali Abdelaziz, memberitahu media. Mereka mengambil sedikit masa untuk saling bertukar hadiah. "The Eagle" mendapat jersi Ronaldo dan sebagai balasan memberikan papakha (topi bangsa Avar) dan jersi beliau.


 Ronaldo mengucapkan Assalamualaikum di dalam video ini (Instagram: Khabib Nurmagomedov)

Nurmagomedov merupakan antara juara UFC yang mempunyai pengikut media sosial paling ramai. Dia kini mempunyai 18 juta pengikut Instagram, jauh kalau dibandingkan dengan 120 juta pengikut instagram Ronaldo. UFC 223 berlangsung 7 April 2018 di Barclays Center di Brooklyn, N.Y. Nurmagomedov lawan Ferguson merupakan pertempuran utama PPV (Pay Per View). Nurmagomedov bukan juara UFC pertama berkongsi interaksi awam dengan Ronaldo di media sosial; Juara UFC yang lalu Conor McGregor menerima kedatangan Ronaldo ke gimnya di Las Vegas pada Julai 2016.


Berikut merupakan sedikit biodata tentang Khabib Nurmagomedov:


Lahir                  

Agama
Gelaran
T.Tinggal
Bangsa
Tinggi
Berat
Kategori 
Sep 20, 1988 (umur 31)              
Dagestan ASSR, Russian SFSR
Islam
The Eagle
Makhachkala, Dagestan, Rusia
Avar, Dagestan, Rusia
5 ft 9 in (1.75 m)
156 lb (71 kg; 11.1 st)
Lightweight
Rekod perlawanan
Jumlah
Menang
Kalah 
28
28
0

21 Jan 2018 - Empat daripada setiap lima ringgit kekayaan yang dijana pada 2017 berakhir dalam kantong 1% paling kaya, sementara lebi...


21 Jan 2018 - Empat daripada setiap lima ringgit kekayaan yang dijana pada 2017 berakhir dalam kantong 1% paling kaya, sementara lebih separuh populasi termiskin tidak mendapat apa-apa, laporan yang diterbitkan oleh Oxfam pada hari Isnin. Sementara pemimpin politik global dan ahli perniagaan berkumpul untuk mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, laporan amal itu menyoroti sistem kapitalis global yang memberi penghormatan kepada orang kaya dan mengabaikan golongan miskin. 

Ia mendapati bahawa 3.7 bilion orang yang membentuk separuh termiskin di dunia tidak meningkat pendapatan mereka pada tahun 2017, sementara 82% kekayaan yang dihasilkan tahun lalu menjadi milik 1% elitis terkaya. "(Ia) mendedahkan bagaimana ekonomi kita memberi ganjaran kepada kekayaan dan bukan kerja keras berjuta-juta orang," kata pengarah eksekutif Winnie Byanyima, kepada Reuters. "Beberapa orang di bahagian atas menjadi lebih kaya dan kaya dan berjuta-juta di bahagian bawah terperangkap dalam jurang kemiskinan."


Byanyima menyalahkan "pengelak cukai" kaya sebagai punca utama ketidaksamaan global dan mendesak pemimpin dunia untuk menekan kawasan "tax haven" dan menyalurkan wang ke pendidikan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan untuk golongan muda.

  
Laporan tahunan oleh Oxfam mendapati bahawa jumlah jutawan meningkat pada kadar satu setiap dua hari antara Mac 2016 hingga Mac 2017, manakala di Amerika Syarikat tiga orang terkaya memiliki kekayaan yang sama dengan separuh penduduk yang paling miskin. Oxfam mengatakan pekerja wanita paling teruk terkesan akibat ketidaksamaan global kerana mereka secara konsisten mendapat upah kurang daripada lelaki dan biasanya mempunyai jawatan yang lebih rendah dan tidak terjamin.

Forum Ekonomi Dunia sebelum ini menganggarkan bahawa ia akan mengambil masa 217 tahun sebelum wanita memperoleh pendapatan sebanyak lelaki dan mempunyai perwakilan yang sama di tempat kerja. Menurut senarai terkaya Forbes 2017, lima orang terkaya di dunia ini adalah semuanya lelaki - dari pengasas Microsoft Bill Gates, kepada pelabur veteran Warren Buffett, bos Amazon Jeff Bezos, pengasas Inditex Amancio Ortega dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg. 

"Model ekonomi sekarang tidak berfungsi sama sekali," kata pengarang Oxfam, Iñigo Macías Aymar, kepada Yayasan Thomson Reuters. "Dengan cara ini kekayaan dibahagikan, kita benar-benar risau, ia tertumpu dalam tangan beberapa orang paling berkuasa. "Oxfam menyeru agar semua pekerja menerima gaji minimum, penghapusan jurang gaji jantina dan peraturan yang lebih tegas untuk tindakan kepada pengelak cukai.

Sumber: Fortune Magazine

"Kekayaan melimpah ruah negara diletak dalam tangan beberapa kerat golongan elitis menyebabkan golongan bawahan yang susah semaki...

"Kekayaan melimpah ruah negara diletak dalam tangan beberapa kerat golongan elitis menyebabkan golongan bawahan yang susah semakin terhimpit."


Pakar ekonomi dunia hampir pasti menyatakan bahawa 2018 merupakan tahun yang ‘matang’ untuk berlaku kemelesetan ekonomi skala besar. Apa yang membimbangkan impak yang bakal paling dirasai adalah pada golongan bawahan miskin kerana mereka yang akan terjejas teruk kerana sumber pendapatan bergantung kepada ekonomi golongan atasan. Penjawat awam jangan terlalu selesa kerana anda juga bakal terjejas apabila kerajaan menghadkan perbelanjaan sementelah defisit meningkat.

Baru masuk bulan kedua 2018, ketidaktentuan pasaran saham ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat menjadi indikasi penting kepada keadaan kesihatan ekonomi dunia secara amnya. Kita tidak dapat tidak mengakui bahawa ekonomi Malaysia sangat terikat dengan keadaan ekonomi US kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada harga minyak mentah.

Kita tiada plan B untuk selamat dalam resesi ekonomi yang teruk. Malah kita tiada plan A pun. Apa yang dikomentarkan di media massa betapa harmoni dan berkembangnya ekonomi, “ekonomi Malaysia amat kukuh dan tidak terjejas” ialah kata-kata yang tidak berpijak di bumi yang nyata dalam hidup dalam alam fantasi.

Berikut merupakan antara indikasi penting yang boleh dipantau untuk mengenalpasti samada kemelesetan ekonomi global akan berlaku:-

  1. Spekulasi ekonomi yang tidak menentu seperti perubahan cuaca.
  2. Volatiliti pasaran saham yang dahsyat.
  3. Harga hartanah melampau tinggi akibat spekulasi dan tidak mendasarkan ratio yang sihat pendapatan per kapita negara.
  4. Hutang isirumah yang tinggi (lebih 80% setahun).
  5. Defisit perbelanjaan negara yang tinggi.
  6. Kuasa membeli rakyat marhaen yang lemah.
  7. Pengangguran tinggi dan pasaran kerja yang lemah.
  8. Politik dunia tidak stabil.
Persediaan yang boleh diambil untuk menghadapi kemelesetan ekonomi
  1. Mengadakan ekonomi komuniti  setempat. Apa yang paling penting dalam keadaan ekonomi yang teruk ialah keperluan asas. Makanan, air, pakaian, elektrik. Komuniti yang boleh mengeluarkan produk sendiri ialah komuniti yang kuat. Mereka dapat bertahan dalam apa keadaan kerana mereka tidak perlu mengimport barang dari luar. Bayangkan anda ada rumah di kampung, ada kebun buah, tanam sayur, ada bela beberapa ekor lembu, kambing, ayam, ada telaga air dari mata air, bekalan elektrik dari solar. Wow, anda pastinya orang paling beruntung dalam keadaan ekonomi meleset.
  2. Mempelbagai instrumen pelaburan selain dari matawang fiat. Paling selamat ialah emas dan cryptocurrency. Sebagai contoh, jika bank lumpuh, duit deposit anda akan dibekukan dan anda tak boleh buat apa-apa transaksi. Lihat Greece. Cuba melabur sedikit dalam cryptocurrency sebagai backup. Walaupun cryptocurrency sangat tidak stabil/volatile sekarang, tapi tak dapat dinafikan ia adalah matawang digital akan datang. Cryptocurrency itu sendiri bukanlah fraud atau scam, ia adalah teknologi yang legit, tapi orang mengambil kesempatan untuk scam menggunakan medium tersebut. Perkara baru mengambil masa untuk difahami dan diterima pakai orang ramai.
  3. Jika diperhatikan ekonomi kita ialah ekonomi yang sentiasa bergantung atas orang lain. Kita bekerja di bandar semua bergantung dengan orang lain. Dapat gaji bergantung dengan majikan, bantuan bergantung kerajaan, maklumat/teknologi bergantung kepada internet, sosial media. Makanan dan pakaian bergantung supermarket. Kita adalah total net user dan produces zero. Sebab itu kalau tahun baru cina, orang melayu lumpuh kerana ekonomi majoriti dimiliki dan dikuasai oleh bangsa cina. Kalau malapetaka menimpa, memang masyrakat akan lumpuh. Mereka tak mampu survive kerana tak diajar untuk survive. Lihat sahaja golongan muda dan internet, jika tiada connection ibarat tak makan. Tak senang duduk kerana mereka telah diajar dari kecil untuk sentiasa consume dan 99% yang diconsume itu kebanyakannya sampah (hiburan). Jiwa mereka seakan kosong kalau tak diisi sosial media.



Ekonomi kapitalis bakal runtuh, sosial ekonomi adalah penyelesaiannya.

Kapitalism mewujudkan jurang ekonomi yang besar, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Ekonomi konsumerism yang sentiasa menekan orang bawahan supaya sentiasa membeli dari golongan elitis adalah amat tidak sihat.

Mengapa boleh wujud beberapa kerat golongan billionaire yang amat kaya sedangkan berjuta di bawah hidup susah. Berapa banyak lagi yang diperlukan untuk puas dengan membolot kekayaan? Cukuplah sekadar bersederhana dan agihkan kekayaan yang lebih itu kepada golongan yang memerlukan. Hidup bukan sekadar hanya untuk kerja, consume dan mati. Ia lebih dari itu. 

Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis. Portal ini tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang mungkin ditanggung oleh pembaca.


Kongsi Portal Ini