Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kedah

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Pendang - Seorang graduan Politeknik Ipoh yang dahulunya ceria dan aktif kini hanya terlantar akibat diserang strok sejak April lalu. ...



Pendang - Seorang graduan Politeknik Ipoh yang dahulunya ceria dan aktif kini hanya terlantar akibat diserang strok sejak April lalu.

Nur Atiqah Noor Azman, 23, terpaksa dijaga seperti bayi selepas tidak lagi mampu bergerak apabila sedar daripada koma hujung April lalu.

Ibunya, Latifah Abdul Razak, 49, berkata, penyakit Nur Atiqah mula dikesan pada Jun tahun lalu selepas mulutnya menjadi herot secara tiba-tiba.

"Dia kemudian menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik di Hospital Sultanah Bahiyah dan doktor mendapati terdapat tompok-tompok darah beku di belakang kepalanya.

"Nur Atiqah diberikan ubat cair darah dan perlu menjalani rawatan susulan di hospital hampir setiap minggu.

Pada 9 April lalu dia tidak sedarkan diri dan menjalani rawatan membuang darah cair dan tempurung kepala kiri yang kini disimpan dalam perut untuk sementara waktu," katanya yang tinggal di Kampung Asam Jawa, Padang Pusing.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima anak itu berkata, setiap hari menjadi rutin dia dan suami Noor Azman Ramli, 50, untuk memberi anak sulung mereka minum susu dan mandi serta bergilir-gilir menunggu untuk membuang kahak setiap kali Nur Atiqah batuk.

Katanya, Nur Atiqah atau lebih mesra dipanggil kakak sepatutnya sudah bekerja selepas menjadi graduan Politeknik Engku Omar, Ipoh Perak dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat.

"Sekarang semuanya berubah, kakak bergantung kepada susu khas dan diberi minum melalui tiub, saya dan suami bergilir berjaga malam untuk pastikan kahaknya dapat disedut setiap kali dia batuk, jika kami leka, ia boleh membahayakan nyawanya.

"Setiap bulan hampir RM900 diperlukan untuk membeli susu khas kakak, selain itu kami juga perlu sediakan lampin pakai buang dan peralatan lain termasuk air khas untuk mencuci kahaknya dengan jumlah keseluruhan RM600.

"Suami saya menoreh getah dengan pendapatan RM400 sebulan, dia terpaksa buat banyak kerja termasuk mengambil upah memotong rumput, menyembur racun di sawah bagi memastikan keperluan kakak cukup," katanya.

Bagaimanapun Latifah merasa sedikit lega apabila mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Bagi orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh salurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Latifah Abdul Razak atau menghubunginya:

019-4079829
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500



blog counter views

Pokok Sena - Kanser esofagus tahap tiga yang ditanggung sejak Mei tahun lalu menyebabkan tukang cuci, Sufiza Osman, 40, terpaksa makan...



Pokok Sena - Kanser esofagus tahap tiga yang ditanggung sejak Mei tahun lalu menyebabkan tukang cuci, Sufiza Osman, 40, terpaksa makan bubur nasi dan minum susu melalui tiub.

Sufiza berkata, gajinya setiap bulan digunakan untuk pengangkutan ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selain membeli susu khas berharga RM80 setin.

Kehidupan seorang tukang cuci di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, dekat sini berubah sejak Mei 2019 selepas disahkan menghidap kanser esofagus iaitu kerosakan akibat asid dalam perut.

Sufiza Osman, 40 yang kini sedang bercuti sakit tiga bulan bakal melakukan pembedahan pada September ini namun lokasi hospital dan kosnya masih belum lagi diketahui.

Menurutnya, simpanannya sudah habis digunakan untuk menampung kos rawatan yang digunakan untuk berulang-alik ke HSB dan Hospital Pulau Pinang malah gajinya setiap bulan juga banyak diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

"Gaji saya adalah sebanyak RM1,200 sebulan namun selepas ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, gaji bersih saya sekitar RM900.

Dari jumlah itu, sebanyak RM200 diperuntukkan untuk membeli susu khas dan selebihnya untuk kegunaan kos kimoterapi dan sebagainya di Hospital Pulau Pinang.

"Saya kini hanya mampu makan bubur nasi dan susu khas melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung saya," katanya di rumahnya di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, badannya semakin lemah dan rambut juga gugur selepas menjalani kimoterapi di Hospital Pulau Pinang setiap dua minggu malah berat badannya juga susut dari 79 kilogram kepada 49 kilogram.

"Saya buntu untuk mencari wang bagi menampung kos pembedahan pada September nanti. Suami saya, Azizan Ismail, 47 hanya memperoleh gaji sekitar RM380 sebulan hasil bekerja menoreh getah secara pawah.

"Dengan pendapatan sekitar RM1,270 sebulan, kami juga perlu menampung tiga anak yang masih sekolah rendah dan menengah termasuk seorang anak yang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia sekarang," katanya lagi.

Tambah Sufiza, dia perlu segera menjalani pembedahan untuk kembali menjalani kehidupan normal kerana sepanjang tempoh menghidap penyakit tersebut, sukar untuknya membuang air besar yang bercampur dengan darah.

Kepada mereka yang mahu menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Sufiza Binti Osman bagi membantu kos pembedahan atau hubungi beliau:

017-5243037
Progress:

RM1235 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Alor Setar - Dugaan hidup yang melanda tiada siapa boleh menduga, hanya mampu berdoa dan berserah mengharapkan yang terbaik dari Ilahi. S...


Alor Setar - Dugaan hidup yang melanda tiada siapa boleh menduga, hanya mampu berdoa dan berserah mengharapkan yang terbaik dari Ilahi. Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam.

“Tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik HUSM Kubang Kerian Kelantan, semuanya kos yang tinggi.

Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut. Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah. “Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.

Lebih malang lagi, tulang yang tukar itu retak patah atas skru, terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru. Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.

“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.

“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tidak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput dan patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.

Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini. Di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar baru-baru ini, cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula. Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan? “Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajaiban mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.

“Menurutnya, memang susah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih” ujar Norliza lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Norliza Bt Husain atau boleh menghubungi di talian:

017-5202434
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Muda - Berat mata memadang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang ibu ...


Kuala Muda - Berat mata memadang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang ibu tunggal, Puan Rogayah Binti Hasan yang membesarkan 6 orang anak. Menerusi perkongsian Natipah Abu memberitahu bahawa 4 daripada 6 orang anak Puan Rogayah kini sedang sakit.

Jika dipandang dari luar , rumah itu tiada bezanya dengan rumah kampung yang lain. Namun bila pintu dikuak dan langsir diselak, barulah kita sedar betapa hebatnya dugaan buat si ibu yang menjadi ketua keluarga setelah kematian suami tercinta akibat sakit jantung 16 tahun yang lalu itu. Pemergian suami telah meninggalkan dia dan 6 orang anak. 

Namun takdir Allah, 4 dari anaknya kini sakit. Hanya anak sulung dan anak ke 5 saja yang sihat. Ketika kita sampai, dia tiada di rumah. Kata Arisa, anak ke 5 yang baru menamatkan pengajian di IPTA itu, ibu baru sahaja keluar. Lalu kita pun memutuskan untuk menunggu. Jangkaan kita barangkali si ibu ke pasar dengan motosikalnya untuk membeli barangan keperluan dapur. Lama menunggu, si ibu pun pulang. Rupanya sejak diumumkan rakyat Malaysia kini dibenarkan merentasi sempadan, si ibu tanpa jemu ke sana-sini mencari kereta sewa untuk membawanya ke Kuala Lumpur.

Tujuannya ke sana ialah untuk membawa pulang anak ke 3, Ani berusia 26 tahun, yang telah melarikan diri ke Kuala Lumpur sejak bermulanya PKP. Wanita malang itu, mempunyai dua orang anak dan telah diceraikan oleh suami sejak bertahun lalu kerana ‘gila meroyan’. 

Awal Ramadhan, si ibu menerima panggilan telefon dari seseorang di Kuala Lumpur dan memaklumkan tentang Ani yang dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan marayau-rayau di sana. Malangnya sehingga hari ini, tiada kereta sewa yang sudi membantu menunaikan hasrat si ibu.

Nasir merupakan satu-satunya anak lelaki dan anak ke 4 dalam keluarga itu, sudah lama menderita sakit kencing manis kronik. Akibatnya, telah merosakkan buah pinggang dan menggangu fungsi jantung Nasir. Nasir yang punya tiga anak itu, kini tidak lagi mampu bekerja untuk menyara hidup. Mujurlah isterinya pandai mencari rezeki dengan menjual segala macam jualan di atas talian. 

Di satu sudut lain rumah pula itu pula, terbaring sekujur tubuh anak bongsunya, Dayah 19 tahun, mengidap cerebral palsy. Anak itu memang tidak mampu bercakap sepatah pun walau untuk memanggil ibu. Biarpun matanya terbuka tetapi dunianya kelam, dia buta. Dayah hanya makan bubur nasi dan minum susu sahaja. Komunakasi Dayah hanyalah tangisan.

Sedekah Jumaat kita hari ini, selain bertujuan untuk memenuhi permintaan dan hajat ibu bagi mendapatkan kerusi roda dan katil khas buat Dayah, kita juga ingin membantu urusan membawa pulang Ani ke Kedah.

Anggaran kos untuk kedua kerusi roda dan katil khas ialah RM3K manakala RM2K lagi untuk perbelanjaan dan membantu urusan kepulangan Ani. Kita harap, dapatlah mengumpulkan RM5K untuk ibu ini. Kata ibu yang menerima bantuan JKM ini, beliau sudah lama mengimpikan keperluan khas itu utk memudahkan dia yang sudah berusia 63 tahun itu menguruskan Dayah. Semoga dengan sedekah jariah yang kita panjangkan kepada Puan Rogayah binti Hasan, akan meringankan segala urusan dan penanggungannya.

Jika ingin membantu ibu tunggal dan anak OKU ini, boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Natipah Abu:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Baling - Siapa sangka serangan strok boleh terjadi kepada remaja berusia 15 tahun tanpa apa-apa tanda. Bermula dengan sakit kepala dan s...


Baling - Siapa sangka serangan strok boleh terjadi kepada remaja berusia 15 tahun tanpa apa-apa tanda. Bermula dengan sakit kepala dan sering muntah, seorang gadis kini hanya mampu terlantar di atas katil akibat strok sejak lima tahun lalu di rumahnya di Kampung Sungai Tembak, Baling, Kedah.

Nurul Izati Ahmad, 20, dilahirkan dalam keadaan sihat dan mampu ke sekolah seperti remaja lain sebelum ini, namun pada usianya 15 tahun, dia kerap sakit sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Ibunya, Noraini Ahmad, 55, berkata pada kali terakhir dia mengadu sakit kepala dan muntah, mereka membawanya ke hospital dan mendapatkan rawatan selama tiga hari sebelum dia diserang strok.

Katanya, Nurul Izati kemudian tidak sedarkan diri dan koma selama dua bulan.

Dia berkata, Nurul Izati yang merupakan anak keempat daripada enam beradik kemudian mula sedar namun disahkan mengalami masalah saluran otak tersumbat dan masih diserang sakit kepada sehingga kini.

Noraini berkata, anaknya menerima bantuan daripada pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan namun tidak mencukupi untuk menampung keperluannya.

"Dia bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang satu tin berharga RM90 dan hanya mampu bertahan selama tiga hari.

"Keperluan untuk beli susu dan lampin pakai buang sahaja mencecah RM1,500 sebulan. Dengan pendapatan suami, Ahmad Ismail, 58, sebagai penoreh getah, kami memang tidak berkemampuan," katanya.

Ahmad berkata, selain itu, mereka juga tidak mempunyai wang tunai RM2,000 untuk menyelenggara mesin bantuan pernafasan Nurul Izati.

"Dengan keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan, pak cik tak dapat menoreh sangat. Pendapatan amat terjejas. Tak ada duit untuk selenggara mesin itu.

"Kalau ada pilihan, pak cik sanggup buat kerja lain walaupun di luar kawasan. Tapi tak boleh, sebab tak boleh tinggalkan rumah untuk jangka masa lama kerana mak cik perlu bantuan untuk uruskan anak," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Noraini Ahmad atau menghubunginya:

013-4886708
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Padang Terap - Siti Fatimah Azizan sangat bersyukur dengan pekerjaannya sebagai tukang cuci di ibu pejabat polis daerah, kira-kira 10k...



Padang Terap - Siti Fatimah Azizan sangat bersyukur dengan pekerjaannya sebagai tukang cuci di ibu pejabat polis daerah, kira-kira 10km dari rumahnya di luar bandar Kedah.

Dia, bersama enam tukang cuci lain, memperoleh RM1,000 sebulan. Baginya, cukup untuk meletakkan makanan di atas meja untuk dirinya dan lima yang lain di rumahnya.

Namun, tiga minggu yang lalu, semuanya berubah menjadi pahit. Dia sedang menunggang motosikalnya ke tempat kerja ketika dilanggar oleh pacuan empat roda.

Kaki kirinya hancur di tiga tempat, sehingga tidak ada pilihan doktor perlu mengamputasinya dari paha ke bawah. Dia juga patah lengan atas kirinya, yang memerlukan dimasukkan plat logam, dan patah jari kelingkingnya.

Kecederaan parah membuatkan dia berada di hospital selama sembilan hari.

Kini, ibu tunggal berusia 34 tahun harus memikirkan untuk mencari jalan bagaimana menjaga ibu bapanya, dua anaknya yang masih kecil dan anak sepupu yang ditinggalkan bawah jagaannya setelah satu-satunya adik perempuannya meninggal pada bulan Mac.

"Itu berita buruk selepas berita buruk bagi saya," katanya di rumahnya di Kampung Banggol Dogol.

"Bolehkah saya mendapatkan pekerjaan dengan satu kaki hilang? Saya terus tertanya-tanya tentang perkara itu. "

Fatimah bercerai pada tahun 2012. Dia mempunyai beberapa adik-beradik lain tetapi mereka tinggal jauh dan tidak dapat menolong kerana kekangan di bawah perintah kawalan pergerakan.

Ayahnya yang berusia 78 tahun cacat dan ibunya yang berusia 70 tahun tidak sihat. Mereka memelihara ayam dan itik di belakang rumah mereka dan mendapatkan bantuan RM350 dari jabatan kebajikan.

Tetapi, Fatimah tetap bernasib baik. Bekas rakan sekolah, bekas rakan sekerja dan ahli keluarga telah membantunya untuk membelikannya makanan dan barang keperluan lain. 

Sebilangan daripada mereka malah binakan tandas kerana satu-satunya bilik cuci di rumahnya adalah di luar rumah.

Pada masa ini, dia berkerusi roda. Walaupun dia memiliki sepasang tongkat penopang, dia tidak dapat menggunakannya kerana lengannya masih belum sembuh.

"Mandi atau menggunakan tandas memang sukar," katanya. "Ini akan membantu jika saya mempunyai selusur di bilik mandi saya sehingga saya dapat menopang diri saya sendiri."

Fatimah kini menerima bantuan dari Perkeso. Terdapat makanan di atas meja tetapi tidak ada yang lain.

Dalam jangka masa panjang, dia berharap dapat dilengkapi dengan kaki palsu. "Saya harap saya dapat mencari nafkah dan terus menyokong keluarga saya," katanya.

Orang ramai yang ingin menolong Siti Fatimah boleh hubungi talian berikut:

010-3105986
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kubang Pasu - Ia manifestasi kasih sayang anak solehah kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang yang membawa ke ...



Kubang Pasu - Ia manifestasi kasih sayang anak solehah kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang yang membawa ke syurga. “Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.

Ibunya, Siti Zabedah Saidin, 74, dan bapa, Osman Jusoh, 80, adalah orang kurang upaya (OKU) fizikal terlantar dan langsung tidak berupaya melakukan apa-apa, termasuk menguruskan diri mereka sendiri.

Zulina berkata, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hilang pekerjaan.

“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.

“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, hari ini.

Intan Zulina atau lebih mesra dipanggil Kak Chik, berkata dia sangat bersyukur mempunyai anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.

Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.

Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya semasa bulan Ramadan.

Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.

“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan, wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.

“Anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM, duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Intan Zulina binti Osman, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon berikut:

011-26437074
Progress:

RM100 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Jitra - Seorang peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek, di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang...



Jitra - Seorang peniaga pasar malam dari Kampung Telok Malek, di sini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuannya berusia 3 tahun disahkan menghidap leukemia sejak Julai tahun lepas.

Nur Afiza Mohd Yusoff, 31, berkata sejak mengetahui anak sulungnya, Nurul Izati Husna menghidap penyakit tersebut kehidupannya bersama suami Mohd Buyamin Samsuddin, 41, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada Nurul Izati Husna selain seorang lagi anak lelaki berusia setahun.

“Sebelum ini, saya dan suami menjual makanan dan minuman di pasar malam dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan, namun selepas mengetahui anak sakit kami jarang keluar berniaga kerana sentiasa menemani dia yang sering lemah dan tidak bermaya terutama selepas rawatan kimoterapi.

“Disebabkan jarang berniaga kami tidak mampu lagi menjual makanan kerana kekurangan modal dan jika ada kesempatan kami hanya menjual minuman sebagai sumber pendapatan kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Beliau berkata, kehidupan dia dan suami berasa sangat terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain.

“Kami perlu berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setiap minggu untuk pemeriksaan darah dan perlu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) empat kali sebulan untuk rawatan kimoterapi,” katanya.

Justeru, dia sangat mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung dan memastikan anaknya dapat terus diberikan rawatan.

Sementara itu, nasib yang menimpa Nurul Izati Husna mendapat simpati daripada sebuah badan bukan kerajaan Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang berkunjung ke kediaman keluarga itu dan menghulurkan sumbangan.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan wang tunai disampaikan pengasas CSM Zuraini Kamal yang turut berharap lebih ramai pihak menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Kita harap orang ramai dan pihak korporat dapat menyumbang bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kerana Nurul Izati Husna akan terus mendapatkan rawatan di HPP dan HSB yang memerlukan kos yang banyak,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mohd Buyamin atau menghubunginya:

016-6767919
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500



blog counter views

Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan ...


Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan keperluan mereka sekeluarga termasuk rawatannya selepas disahkan mengidap kanser kulit tahap empat, bulan lalu.

Dia yang menetap di Kampung Kolon, di sini, berkata, suaminya Mohd Yusof Awang, 47, yang bekerja sebagai penoreh getah tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai tanggungan tiga anak berumur antara lima dan 20 tahun.

“Hidup kami terus berubah dan makin terhimpit dengan suami terpaksa meninggalkan kerjanya dan membawa saya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menjalani rawatan radioterapi di sana kerana doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan sel kanser telah merebak ke otak.

“Pada 24 Febuari ini saya akan ke HPP lagi untuk pemeriksaan seterusnya dan memerlukan RM500 kos rawatan tidak termasuk kos pengangkutan dan makan minum suami. Ini yang membingungkan kami disebabkan masalah kewangan kami hadapi,” katanya.

Sharifah Sharimah, yang sebelum ini menjual nasi lemak, berkata, kesihatannya semakin merosot dan hanya mampu terlantar di rumah sekali gus kini mengharapkan pendapatan suaminya sepenuhnya untuk memenuhi keperluan keluarga.

Sehubungan itu, beliau sangat mengharapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dapat mempertimbangkan bantuan bersesuaian yang boleh diberikan kepadanya untuk meringankan beban suaminya.

Sementara itu, Mohd Yusof, berkata, isterinya itu pernah mendapat bantuan daripada LZNK selama setahun antara September 2016 hingga Disember 2017 selepas didapati terdapat ketumbuhan pada bahagian dada pada 2015 dan perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu,

“Waktu itu doktor kesan kanser kulit ini pada tahap awal dan selepas pembedahan membuang ketumbuhan itu dilakukan, isteri saya nampak semakin pulih pada 2017 dan dia tidak lagi pergi mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan pada tahun berikutnya, dan kami pun berhenti mohon bantuan zakat.

“Tetapi tidak sangka tahun ini kanser tersebut sudah merebak ke otak hingga menjejaskan pergerakan isterinya. Sekarang, saya sangat memerlukan bantuan daripada JKM dan zakat bagi menampung keperluan isteri saya ini,” katanya.

Sementara itu, nasib Sharifah Sharimah mendapat perhatian daripada Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB), Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Sharifah Sharimah atau menghubungi Mohd Yusof:

013-8406931
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kongsi Portal Ini