Adik kecil bengkak saraf kepala dan jangkitan kuman pada paru-paru - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu long...

Adik kecil bengkak saraf kepala dan jangkitan kuman pada paru-paru


Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu longlai di katil hospital berperang dengan nyawanya.

Itu yang diharungi Nur Ar’yana Arissa, 2, selepas tragedi terjatuh dari pelukan ibu, Nur Amizah Muhammad, 29, di rumah mereka di Balok, Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Menceritakan kembali detik itu, dua beranak terbabit berada di dalam bilik dan secara tiba-tiba pelampung besar yang disimpan di atas almari dalam bilik berkenaan menggelongsor jatuh.

Katanya, dia yang mendukung anak tunggalnya itu sempat menepis pelampung berkenaan bagi mengelak dari menghempap Nur Ar’yana, malangnya dirinya gagal mengimbangi badan menyebabkan anaknya terlepas dari pangkuan.

“Nur Ar’yana jatuh dalam keadaan terduduk dan kepalanya pula pada terhantuk pada dinding almari. “Keadaan bertambah cemas apabila wajah Nur Ar’yana bertukar kebiruan dan menangis sekuat hati tanpa henti,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan panik itu, dia membawa anaknya ke hospital dan menghubungi suami, Mohd Nur Azimi Mahussin, 33, bagi memaklumkan kejadian.

Nur Amizah berkata, anaknya itu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, menyebabkan dia juga berpindah ke rumah mentua di Kutan Pasir Pekan, Tumpat, di sini, bagi memudahkan urusan menjaga anaknya itu.

“Pada malam raya lalu, keadaannya bertambah teruk menyebabkan dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan rapi sehingga sekarang. “Kepalanya membengkak akibat sakit pada saraf selain paru-parunya dijangkiti kuman serta hanya bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas,” katanya.

Beliau berkata, hospital itu kini umpama rumah kedua bagi mereka tiga beranak dan suamninya juga terpaksa bercuti tanpa gaji sejak November tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga anak mereka sambil dibantu keluarga yang lain.

“Dalam sebulan kami memerlukan lebih RM600 untuk beli keperluan dan kelengkapan Nur Ar’yana seperti lampin, susu dan tiub saluran pernafasan berharga RM381 setiap satu yang kerap perlu ditukar.

“Keadaan kewangan kami bertambah sukar kerana wang simpanan makin susut. Kami tidak makan pun tak apa, asalkan keperluannya cukup. Saya tidak putus berdoa dan minta semua berdoa agar anak saya pulih kerana saya sangat merindui keletahnya,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nur Amizah Muhammad atau hubunginya:

018-9143923
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini