Gadis mohon bantuan ubati tumor di mata - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Krai - Seorang gadis 19 tahun dari Sungai Durian, di sini, menderita tumor saraf mata sejak berusia 11 tahun. Malah, keadaan ...

Gadis mohon bantuan ubati tumor di mata


Kuala Krai - Seorang gadis 19 tahun dari Sungai Durian, di sini, menderita tumor saraf mata sejak berusia 11 tahun.

Malah, keadaan Nurshahira Junuh kini semakin serius menyebabkan dia sering pening sehingga tidak dapat bekerja. Katanya, sejak tahun lalu, mata sebelah kirinya tersembul keluar dan kini dia tidak dapat melihat seperti dahulu lagi.

"Saya teringin sangat nak kerja seperti orang lain lepas habis belajar tapi masalah penglihatan menyebabkan pergerakan saya terhad dan perlu ditemani jika mahu keluar rumah. "Walaupun saya ada kad OKU, tapi saya tak dapat bantuan bulanan," katanya yang kematian ayah sejak 11 tahun lalu.

Menurut Nurshahira, dia amat berharap dapat menjalani pembedahan dan kembali pulih seperti biasa. "Saya juga turut mengalami masalah bengkak kaki seperti ada lendir di situ dan perlu dibedah segera," katanya.

Sementara itu, ibunya, Rohani Ismail, 58, berkata, dia berharap ada pihak tampil membantu supaya mata anaknya dapat dibedah. Ditanya bagaimana Nurshahira menghidap penyakit berkenaan, ibu tunggal ini berkata, pada mulanya anaknya kerap demam sehinggalah berpanjangan hingga tempoh 10 hari.

"Saya bawa dia ke Hospital Kuala Krai dan lepas diperiksa, doktor dapati mata kiri Nurshahira tak dapat melihat. "Selepas itu, dia dirujuk ke HUSM Kubang Kerian, dan doktor beritahu anak saya perlu dibedah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, peluang untuk anaknya pulih hanya 50 peratus. "Oleh kerana bimbang mata Nurshahira tak pulih lepas dibedah, saya enggan dia jalani pembedahan dan telah tandatangani satu surat," katanya.

Katanya, sebagai suri rumah, dia tidak mampu membiayai kos rawatan anaknya. "Makcik juga ada penyakit jantung dan kencing manis. "Kos rawatan di hospital swasta juga tinggi dan menelan belanja kira-kira RM60,000 untuk menukar bola mata," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajkan Masyarakat Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim berkata, Nurshahira layak menerima bantuan setelah didapati tidak dapat bekerja jika tidak ditemani ketika keluar rumah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Rohani binti Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

1 ulasan:

Kongsi Portal Ini