Ibu mohon bantuan ubati anak kecil hadapi masalah paru-paru & jantung - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Sebak hati apabila melihat keadaan anak yang masih kecil ini ada masalah jantung sebelah kanan lemah dan paruparu juga s...

Ibu mohon bantuan ubati anak kecil hadapi masalah paru-paru & jantung


Kuala Lumpur - Sebak hati apabila melihat keadaan anak yang masih kecil ini ada masalah jantung sebelah kanan lemah dan paruparu juga sudah dijangkiti virus.

Tak mampu untuk membiayai kos rawatan, jadi ibu ini terpaksa meminta bantuan netizen bagi mengurangkan beban sebab dirinya juga tak dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. Untuk ketahui cerita penuh, baca perkongsian Puan Nur Rabitahani ini.

Mama tak dapat jual bunga, Mama ada ni jaga adik. Mama sedih sebab tak ada duit untuk rawat sakit adik. Maafkan Mama dik…. Mama tak tinggal adik walau seminit, mama terpaksa mintak bantuan kawan-kawan mama untuk hantar adik ke hospital IJN supaya adik sembuh. Mama tak kuat tapi terpaksa tempuh semua ni, air mata mama tak berhenti mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan Mama ni bila pandang adik. Assalamualaikum… saya Nur Rabitahani, Mama kepada Nur Jannah Wardina ingin memohon bantuan untuk anak saya dengan ikhlas hati kerana terpaksa dihantar ke IJN Kuala Lumpur dan berjumpa pakar di sana untuk mengetahui sama ada terpaksa melakukan operation jantung / tidak kerana jantung sebelah kanan baby lemah. Dengan keadaan baby paru-paru dijangkiti virus.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui no akaun bank berikut atas nama Nur Rabitahani binti Basroh atau hubungi beliau. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas segala kebaikan anda yang sudi membantu.

017-2418414
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

1 ulasan:

  1. Semoga sesiapa yang menolong memperoleh rezki yg murah dari Allah. Amin.

    BalasPadam

Kongsi Portal Ini