2020 tahun permulaan kejatuhan ekonomi dunia? - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





"Kekayaan melimpah ruah negara diletak dalam tangan beberapa kerat golongan elitis menyebabkan golongan bawahan yang susah semaki...

2020 tahun permulaan kejatuhan ekonomi dunia?

"Kekayaan melimpah ruah negara diletak dalam tangan beberapa kerat golongan elitis menyebabkan golongan bawahan yang susah semakin terhimpit."


Pakar ekonomi dunia hampir pasti menyatakan bahawa 2018 merupakan tahun yang ‘matang’ untuk berlaku kemelesetan ekonomi skala besar. Apa yang membimbangkan impak yang bakal paling dirasai adalah pada golongan bawahan miskin kerana mereka yang akan terjejas teruk kerana sumber pendapatan bergantung kepada ekonomi golongan atasan. Penjawat awam jangan terlalu selesa kerana anda juga bakal terjejas apabila kerajaan menghadkan perbelanjaan sementelah defisit meningkat.

Baru masuk bulan kedua 2018, ketidaktentuan pasaran saham ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat menjadi indikasi penting kepada keadaan kesihatan ekonomi dunia secara amnya. Kita tidak dapat tidak mengakui bahawa ekonomi Malaysia sangat terikat dengan keadaan ekonomi US kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada harga minyak mentah.

Kita tiada plan B untuk selamat dalam resesi ekonomi yang teruk. Malah kita tiada plan A pun. Apa yang dikomentarkan di media massa betapa harmoni dan berkembangnya ekonomi, “ekonomi Malaysia amat kukuh dan tidak terjejas” ialah kata-kata yang tidak berpijak di bumi yang nyata dalam hidup dalam alam fantasi.

Berikut merupakan antara indikasi penting yang boleh dipantau untuk mengenalpasti samada kemelesetan ekonomi global akan berlaku:-

  1. Spekulasi ekonomi yang tidak menentu seperti perubahan cuaca.
  2. Volatiliti pasaran saham yang dahsyat.
  3. Harga hartanah melampau tinggi akibat spekulasi dan tidak mendasarkan ratio yang sihat pendapatan per kapita negara.
  4. Hutang isirumah yang tinggi (lebih 80% setahun).
  5. Defisit perbelanjaan negara yang tinggi.
  6. Kuasa membeli rakyat marhaen yang lemah.
  7. Pengangguran tinggi dan pasaran kerja yang lemah.
  8. Politik dunia tidak stabil.
Persediaan yang boleh diambil untuk menghadapi kemelesetan ekonomi
  1. Mengadakan ekonomi komuniti  setempat. Apa yang paling penting dalam keadaan ekonomi yang teruk ialah keperluan asas. Makanan, air, pakaian, elektrik. Komuniti yang boleh mengeluarkan produk sendiri ialah komuniti yang kuat. Mereka dapat bertahan dalam apa keadaan kerana mereka tidak perlu mengimport barang dari luar. Bayangkan anda ada rumah di kampung, ada kebun buah, tanam sayur, ada bela beberapa ekor lembu, kambing, ayam, ada telaga air dari mata air, bekalan elektrik dari solar. Wow, anda pastinya orang paling beruntung dalam keadaan ekonomi meleset.
  2. Mempelbagai instrumen pelaburan selain dari matawang fiat. Paling selamat ialah emas dan cryptocurrency. Sebagai contoh, jika bank lumpuh, duit deposit anda akan dibekukan dan anda tak boleh buat apa-apa transaksi. Lihat Greece. Cuba melabur sedikit dalam cryptocurrency sebagai backup. Walaupun cryptocurrency sangat tidak stabil/volatile sekarang, tapi tak dapat dinafikan ia adalah matawang digital akan datang. Cryptocurrency itu sendiri bukanlah fraud atau scam, ia adalah teknologi yang legit, tapi orang mengambil kesempatan untuk scam menggunakan medium tersebut. Perkara baru mengambil masa untuk difahami dan diterima pakai orang ramai.
  3. Jika diperhatikan ekonomi kita ialah ekonomi yang sentiasa bergantung atas orang lain. Kita bekerja di bandar semua bergantung dengan orang lain. Dapat gaji bergantung dengan majikan, bantuan bergantung kerajaan, maklumat/teknologi bergantung kepada internet, sosial media. Makanan dan pakaian bergantung supermarket. Kita adalah total net user dan produces zero. Sebab itu kalau tahun baru cina, orang melayu lumpuh kerana ekonomi majoriti dimiliki dan dikuasai oleh bangsa cina. Kalau malapetaka menimpa, memang masyrakat akan lumpuh. Mereka tak mampu survive kerana tak diajar untuk survive. Lihat sahaja golongan muda dan internet, jika tiada connection ibarat tak makan. Tak senang duduk kerana mereka telah diajar dari kecil untuk sentiasa consume dan 99% yang diconsume itu kebanyakannya sampah (hiburan). Jiwa mereka seakan kosong kalau tak diisi sosial media.



Ekonomi kapitalis bakal runtuh, sosial ekonomi adalah penyelesaiannya.

Kapitalism mewujudkan jurang ekonomi yang besar, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Ekonomi konsumerism yang sentiasa menekan orang bawahan supaya sentiasa membeli dari golongan elitis adalah amat tidak sihat.

Mengapa boleh wujud beberapa kerat golongan billionaire yang amat kaya sedangkan berjuta di bawah hidup susah. Berapa banyak lagi yang diperlukan untuk puas dengan membolot kekayaan? Cukuplah sekadar bersederhana dan agihkan kekayaan yang lebih itu kepada golongan yang memerlukan. Hidup bukan sekadar hanya untuk kerja, consume dan mati. Ia lebih dari itu. 

Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis. Portal ini tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang mungkin ditanggung oleh pembaca.


0 comments:

Kongsi Portal Ini