Bayi derita membesar menjadi kurang upaya kerana lemas ketika dilahirkan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Batu Pahat - “Doktor mengatakan anak saya akan membesar menjadi OKU kerana lemas ketika proses kelahiran,” kata Juliana Mohd Sapuan, 35...

Bayi derita membesar menjadi kurang upaya kerana lemas ketika dilahirkan


Batu Pahat - “Doktor mengatakan anak saya akan membesar menjadi OKU kerana lemas ketika proses kelahiran,” kata Juliana Mohd Sapuan, 35, ibu kepada kanak-kanak berusia 17 bulan yang kini terlantar di rumahnya di Taman Industri Sri Sulong di sini.

Beliau berkata, Qaireen Aryana Armeen yang turut ditebuk pada bahagian leher dan perut mengalami kerosakan paru-paru kiri selain salah satu saluran pernafasannya tertutup menyebabkan dia tidak boleh melepaskan topeng oksigen dan perlu memakainya setiap masa.

“Paru-paru kirinya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan dia pun tidak seperti kanak-kanak sebayanya kerana tidak dapat berjalan selain terlantar setiap masa.

“Pembedahan pada usianya yang masih bayi tidak boleh dilakukan kerana risikonya tinggi dan sebab itu selagi belum mencapai tahap memuaskan, anak saya perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Qaireen Aryana Armeen boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Juliana Mohd Sapuan atau hubunginya:

012-7938485
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini