Bagaimana mengelak diri dari dijerat hutang dan bank - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





"A man in debt is so far a slave. - Ralph W. Emerson" Dalam dunia kapitalism dan konsumerism ini, amat sukar bagi se...

Bagaimana mengelak diri dari dijerat hutang dan bank

"A man in debt is so far a slave. - Ralph W. Emerson"

Dalam dunia kapitalism dan konsumerism ini, amat sukar bagi seseorang individu untuk mengelak berurusan dengan bank samada untuk menyimpan duit hinggalah urusan untuk pergi haji. Jika ingin sama sekali tidak terlibat dengan bank agak mustahil dalam keadaan sekarang ini. Kalau ada mungkin dalam masa yang singkat, beberapa hari atau bulan, selepas itu pasti ada urusan yang melibatkan bank.

Artikel ini bukanlah untuk membenci bank atau mengelak bank kerana bank satu keperluan tetapi orang awam perlu sedar bahawa kebanyakan bank tidak peduli kepada pelanggan mereka, hendak mencari bank yang ‘baik’ agak mustahil. Bank dan kebajikan pengguna bukanlah sesuatu yang sinonim. Lihat saja statistik orang yang bankrap di Malaysia dengan pelbagai kes teraniaya, faktor kemanusiaan tiada dalam kamus bank.


YA bank akan menjaga anda dengan baik dan urusan dengan mereka amat mudah jika anda seorang yang kaya dan berkedudukan. Katakan apa sahaja, pasti mereka tunaikan dengan cepat tanpa apa masalah. “Encik ingin berapa? Kami boleh proses sekarang juga” Pinjaman mudah dengan bunga rendah, masalahnya adakah pelanggan kaya masih perlukan pinjaman bank? Ya dan tidak. Bagi bank, ‘high income person’ adalah pelanggan anggun kerana ia amat baik untuk repot hutang prestasi tinggi mereka untuk dibentang kepada pelabur.

Bank akan menekan golongan bekerja rendah hingga pertengahan yang terdesak untuk meminjam dengan repot kredit kurang memberangsangkan. Segala akta, klausa dan peraturan yang dilindungi undang-undang akan digunakan kerana apabila tak mampu bayar, senang bagi bank, tarik semuanya. Orang kebanyakan tiada peruntukan lantik peguam untuk lawan mereka dan akhirnya terpaksa akur dengan segala tindakan bank. Pendek cerita untuk selamat dari dijerat hutang bank, patuhi 10 langkah mudah dan efektif ini:

1. Elakkan berhutang secara am, melainkan untuk perkara yang amat mustahak dan sangat mahal seperti rumah.

2. Jangan berhutang untuk memulakan perniagaan. Seperti kata usahawan terkenal Mark Cuban, hanya orang gila yang meminjam bank untuk memulakan bisnes. Untuk berniaga bermula kecil, ‘bootstrap’ iaitu kumpul duit sendiri sedikit demi sedikit atau crowdfunding melalui keluarga dan rakan. Jangan apply loan SME Bank, PUNB, Tekun dan seangkatannya, ia akan menjerut anda di kemudian hari.


3. Jangan sesekali memiliki kad kredit. Majoriti belia di Malaysia bankrap kerana kad kredit.

4. Jangan jadi penjamin untuk sesiapa atas keadaan apa sekali pun. Menjadi penjamin adalah punca utama anda terjerat dengan CTOS dan CCRIS.

5. Jangan serahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Maklumat peribadi ini dijadikan komoditi jual-beli dalam pasaran antara bank, syarikat insurans, syarikat-syarikat telco, dan third party yang lain. Mereka akan mengganggu hidup anda melalui telefon dan surat tawaran kad kredit.


Adakah anda percayakan institusi kewangan di Malaysia?

Ya
Tidak
Created with PollMaker

6. Jangan subscribe insuran melalui introducer atau agen bank. Untuk beli insuran, pastikan anda faham dan betul-betul perlukan polisi tersebut.

7. Baca dan teliti sepenuhnya apa-apa agreement dari bank sebelum tandatangan.

8. Cuba elak berhutang untuk beli kenderaan. Jangan beli kenderaan diluar kemampuan anda. Yang terbaik ialah kereta terpakai dengan harga pasaran bawah RM20K dan kurang dari 5 tahun pembayaran. Biar kereta tidak gah asal tidak terbeban hutang. Ingat, kenderaan ialah liabiliti bukan aset.

9. Jangan guna MEPS untuk withdraw duit. Setiap transaksi 1.06 sen x setahun. Anda kira berapa kali anda guna dan sedekah kepada bank.

10. Cuba elak meminjam dengan PTPTN, Mara dan mana-mana agensi untuk melanjutkan pelajaran samada untuk anda atau anak-anak anda. Pendidikan merupakan bisnes bagi mereka, habis belajar kerja dapat atau tidak bukan masalah mereka, hutang sila bayar. Buktinya ada beratus ribu graduan menganggur terbeban hutang di Malaysia. Jangan jadi salah seorang dari beratus ribu itu.

Selamat beramal. Anda pasti tenang dunia akhirat.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis. Portal ini tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan yang ditanggung oleh pembaca.


0 comments:

Kongsi Portal Ini