Bayi ditinggalkan di surau - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





BATU PAHAT - Jemaah di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, di sini, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalka...

Bayi ditinggalkan di surau


BATU PAHAT - Jemaah di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, di sini, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di surau berkenaan.

Bayi yang dibaluti kain pelikat dan tuala itu ditemui oleh bilal surau awal pagi tadi selepas mendengar suara seakan-akan tangisan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pengadu kemudiaannya membuat laporan polis pada jam kira-kira 5.30 pagi berkaitan penemuan itu.

"Siasatan awal mendapati, semasa pengadu tiba di surau, dia terdengar suara tangisan bayi. Pengadu kemudiannya terlihat sebuah bungkusan yang diletakkan di atas tangga surau itu sebelum memeriksa.

"Bagaimanapun, pengadu yang juga bilal di situ terkejut setelah mendapati seorang bayi perempuan berada dalam bungkusan itu. Pengadu kemudiannya menghubungi Balai Polis Senggarang untuk memaklumkan kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Susulan daripada itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian.

Azhan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini menghubungi pihak polis IPD Batu Pahat di talian 07- 4343999 bagi membantu siasatan.

0 comments:

Kongsi Portal Ini