Keluarga daif hidup dalam pondok usang di paya yang kotor - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Batu Pahat - Ketika dia sarat mengandung, suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung. Itu nasib menimpa Lizawati Hashim, ...

Keluarga daif hidup dalam pondok usang di paya yang kotor


Batu Pahat - Ketika dia sarat mengandung, suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung. Itu nasib menimpa Lizawati Hashim, 36, yang tinggal dalam keadaan daif di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat.

Lizawati yang menunggu masa melahirkan anak keempat itu semakin tertekan kerana suaminya yang berusia 44 tahun yang terlantar di hospital sejak sebulan kini disahkan menghidap kanser peti suara menjadikan keluarganya hilang tempat bergantung.

Kehidupan wanita Orang Asli itu juga semakin sukar selepas suaminya koma dua hari pada minggu lalu dan dipindahkan ke Hospital Melaka menyebabkan dia tidak lagi mampu menjaga atau menjenguk suaminya itu.

Pondok hampir runtuh didiami keluarga Lizawati itu didirikan di tanah rizab JPS yang memberi ihsan buat mereka menumpang berteduh.

Lebih memilukan, keadaan pondok Lizawati bukan saja tidak sesuai didiami kerana senget dan hampir menyembah bumi malah ruangan dalam rumah juga digenangi air laut pasang sehingga peralatan terapung.

“Macam inilah keadaan rumah kami, bila air pasang, air laut masuk sampai ke paras lutut. Kebanyakan peralatan rumah termasuk tilam memang sentiasa basah digenangi air laut, namun kami empat beranak termasuk tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun sudah biasa hidup susah.

“Kami sekeluarga akan tidur di atas tong kosong yang disusun serta dialas kotak yang diikat pada dinding supaya bila air laut masuk rumah, kami tidak ditenggelami air laut.

“Persediaan tiga anak ke sekolah pun tiada, namun bersyukur ada NGO prihatin yang menyumbangkan baju serta kasut sekolah cuma saya masih tidak mampu membayar yuran serta membelikan buku tulis untuk anak-anak lagi,” katanya.

“JAKOA mencadangkan supaya saya sekeluarga menumpang di stor sekolah agama berhampiran atau surau buat sementara namun atas faktor keselamatan dan tidak mahu mengganggu murid sekolah dan jemaah surau, biarlah kami kekal di rumah sedia ada ini, ” katanya.

Ditanya bagaimana persediaan melahirkan anak keempat dalam suasana kediaman yang daif dan tidak sesuai untuk membesarkan bayi, Lizawati berkata, dia hanya mampu berserah kepada takdir.

“Anak kedua dan ketiga saya pun dibesarkan dalam pondok ini dalam keadaan seadanya. Cuma saya bimbang kerana bila-bila masa saja akan melahirkan anak kerana sudah cukup bulan.

“Saya beruntung kerana untuk makan dan minum, ibu serta adik banyak membantu walaupun mereka pun susah malah tiga anak turut menerima bantuan persekolahan RM100 setiap seorang daripada JKM dan ia membantu meringankan beban kami,” katanya.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini