Johan Tilawah Al-Quran Kedah hidap kanser otak dan hilang penglihatan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sik - Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018 yang kini bertarung dengan kanser otak berharap penglihatannya kembali pulih dem...

Johan Tilawah Al-Quran Kedah hidap kanser otak dan hilang penglihatan


Sik - Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018 yang kini bertarung dengan kanser otak berharap penglihatannya kembali pulih demi membaca ayat suci al-Quran.

Ibu, Che Anisah Md Saad, 43, berkata, anaknya Muhammad Azwar Mohd Ariff disahkan mengidap kanser otak pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, penyakit dialami menyebabkan tahap penglihatan murid SK Sik itu kabur selain pergerakannya lemah dan terhad.

“Azwar mempunyai dua impian, pertama dia berharap matanya kembali pulih untuk membaca al-Quran. Dia yakin penglihatannya akan pulih.

“Kedua, Azwar mahu ke Makkah apabila sihat seperti sediakala,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Kiat.

Tambahnya, kanser Azwar masih di peringkat permulaan di mana doktor memaklumkan ketumbuhan itu membesar sepanjang 8 sentimeter. Terdahulu, Azwar dan keluarga diziarahi aktivis kemanusiaan serta kumpulan Amal Qaseh.

Pertemuan hampir 30 minit itu bertukar hiba apabila Azwar yang diminta membaca beberapa potong ayat al-Quran mengalunkan ayat berkenaan dengan suara yang merdu.

Che Anisah berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu hanya mampu memeluk al-Quran.
“Penglihatannya yang kabur menghalang dia membaca al-Quran, jadi Azwar hanya mampu memeluk dan mencium al-Quran. Dia juga tidak dapat ke sekolah lagi.

“Dia juga hanya mengalunkan semua surahsurah dihafal sewaktu masih sihat,” katanya. Dalam keadaan lemah, Azwar tetap bersolat seperti biasa dan tidak pernah meninggalkan tuntutan wajib itu.

Anisah berkata, setiap bulan Azwar akan menerima rawatan lanjut di Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Alor Setar.

“Dia telah jalani pendedahan otak pada 23 Oktober tahun lalu. Doktor hanya membuang cecair dan mengambil sampel kanser.

“Anak saya sudah habis jalani semua rawatan kemoterapi dan radioterapi. Pada Jun ini, Azwar akan jalani MRI dan daripada situ tahap kansernya dapat diketahui,” katanya.

Sementara itu, aktivitis masyarakat, Rohaidatul Asma berkata, dia dengan kerjasama Amal Qaseh menyantuni 61 buah rumah penduduk Sik bermula Sabtu hingga semalam.

Menurutnya, setiap rumah diberikan bantuan barangan dapur bernilai RM150 hasil jualan amal dan kutipan. “Untuk adik Azwar kita turut menyumbangkan 10 tin susu yang diperlukannya,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Che Anisah Md Saad atau hubungi Mohd Ariff Ismail (ayah) di talian:

017-5517084
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini