Bayi hidap penyakit saluran jantung perlu sumbangan RM25,000 - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuantan - Kos rawatan berjumlah RM25,000 perlu ditanggung keluarga Maya Alisha Mohd Hasrol, bayi berusia 19 bulan, mungkin menjadi pengha...

Bayi hidap penyakit saluran jantung perlu sumbangan RM25,000


Kuantan - Kos rawatan berjumlah RM25,000 perlu ditanggung keluarga Maya Alisha Mohd Hasrol, bayi berusia 19 bulan, mungkin menjadi penghalang kepada usaha membuka saluran jantung yang disahkan sempit sejak dilahirkan.

Berbaki hanya 20 hari lagi tempoh untuk  menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara bagi menentukan nasib kelangsungan hidup.

Menurut ibu bayi itu, Rozita Radzali, 33, anaknya disahkan menghidap jantung berlubang dan saluran jantung sempit ketika usia kandungannya mencecah enam bulan.

“Maya dilahirkan di rumah sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan ditahan lebih sebulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Dia kemudian dirujuk ke IJN dan perlu menjalani dua pembedahan segera bagi memastikan dia pulih dan membesar seperti bayi lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Indera Mahkota 8, Kuantan.

Rozita berkata, masalah kesihatan dihadapi anaknya yang dilahirkan pra matang menyebabkan Maya Alisha tidak mampu berjalan selain hanya berbaring di buaian selepas mengambil ubat.

Katanya, selain tidak mempunyai selera makan, anak perempuannya juga memerlukan susu formula berharga ratusan ringgit bagi membantunya aktif.

“Saya dan suami Mohd Hasrol Hasan, 37, berniaga secara ‘car boot sale’ di Taman Kerang dengan pendapatan kira-kira RM100 sehari.

“Selain itu, kami perlu menanggung tujuh anak berusia lima bulan hingga 14 tahun yang mana empat daripadanya masih bersekolah,” katanya.

Beliau berkata, Maya akan menjalani pembedahan pertama pada 21 Oktober ini dan dia bersama suami sedang berusaha mencukupkan jumlah RM25,000 termasuk memohon bantuan zakat.

Katanya, kini mereka hanya mempunyai kira-kira RM1,000 hasil sumbangan orang ramai selepas mengetahui kisah penderitaan anak keenamnya itu di Facebook.

“Saya berharap jumlah ini dapat dicukupkan untuk Maya jalani pembedahan pertama. Jika tidak saya tidak tahu apa nasibnya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Rozita Radzali, atau menghubungi beliau:

01111033943
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM25000

0 comments:

Kongsi Portal Ini