PADU pohon dana Projek Pembelian Alatan Bantuan Pernafasan Covid-19 - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia atau PADU memerlukan dana sebanyak RM290,000 bagi memenuhi permintaan terhadap kekuran...

PADU pohon dana Projek Pembelian Alatan Bantuan Pernafasan Covid-19



Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia atau PADU memerlukan dana sebanyak RM290,000 bagi memenuhi permintaan terhadap kekurangan alatan sokongan pernafasan di hospital seluruh Malaysia.

Dana itu diperlukan bagi mengisi tabung Projek Dana Pembelian Alatan Sokongan dan Bantuan Pernafasan (Covid-19) yang sudah dilancarkan pada 23 Mac lalu.

Presidennya, Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah berkata, projek dana itu bertujuan bagi membantu mengatasi kekurangan alatan khususnya alatan sokongan pernafasan akibat wabak pandemik Covid-19 di hospital seluruh Malaysia.

Katanya, sejak projek berkenaan dilaksanakan, ia mendapat sambutan menerusi dana yang sudah terkumpul hampir RM70,000.

Ia termasuk sumbangan daripada Tabung Mawaddah, Bank Muamalat Malaysia Berhad sebanyak RM37,500 bagi pembelian 10 set topi keledar Continuous Positive Airway Pressure (CPAP).

“Namun disebabkan kekangan kewangan, kami hanya membekalkan alatan mampu beli mengikut dana yang ada.

“Alatan bantuan pernafasan yang mendapat permintaan termasuk CPAP, Bilevel Positive Airway Pressure (BiPAP) , ‘high flow nasal cannula’ serta ventilator dan ia dikenalpasti menerusi wakil PADU yang bertugas di semua hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi sumbangan berkenaan, PADU sudah membeli 11 set topi keledar CPAP dan lima topi keledar BiPAP yang diagihkan ke enam hospital di Malaysia.

Hospital terbabit ialah Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor; Hospital Kuala Lumpur (HKL); Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah; Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak serta Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II masing-masing di Kota Bharu, Kelantan.

“Kini PADU juga turut mengelola projek memasang perisai muka plastik pada 300 perisai muka 3 dimensi (3D) hasil sumbangan daripada pihak 3D Printing Malaysia Community for Covid-19 dan sudah diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan kakitangan makmal Hospital Raja Perempuan Zainab II, HUSM dan Hospital Tumpat di Kelantan.

“Malah PADU turut melancarkan projek ‘Food Charity For Students USM-PADU (Covid-19) yang mana dana ini menyumbang bekalan makanan kepada penuntut di Kampus Kesihatan yang berada di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PADU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan sumbangan boleh salurkan menerusi akaun bank berikut atas nama Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) dengan rujukan CPAP Covid-19,” katanya lagi.

09-7602585
Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini