Empat beranak hidup kekurangan berteduh di bangsal goreng pisang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Gua Musang - Empat beranak hidup serba kekurangan apabila menjadikan sebuah rumah bangsal menjual pisang goreng di Simpang Jalan Aring ...

Empat beranak hidup kekurangan berteduh di bangsal goreng pisang



Gua Musang - Empat beranak hidup serba kekurangan apabila menjadikan sebuah rumah bangsal menjual pisang goreng di Simpang Jalan Aring di sini sebagai tempat berteduh sejak 22 tahun lalu.

Mek Som Kadir, 56, menggalas tugas sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga selepas suaminya, Kamaruzaman Mat Janal, 60, jatuh sakit sehingga terpaksa berhenti kerja sejak tahun lalu.

Pasangan itu turut tinggal di dalam bangsal itu bersama dua anak perempuan mereka iaitu Siti Norelyana,17, dan Siti Norelyani,16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku di sini.

Menurut Mek Som, rumah bangsal itu boleh roboh menyembah bumi pada bila-bila masa kerana struktur kayunya yang tidak kukuh dan semakin mereput.

Katanya, dia tidak pernah merungut kerana rumah bangsal itu syurga buat diri dan keluarganya selepas tidak mampu untuk memiliki kediaman yang lebih selesa.

“Saya menjual pisang goreng, petai dan buah-buahan tempatan dengan pendapatan RM500 sebulan di dalam rumah ini

“Saya bersyukur apabila dua anak ringan tulang membantu berniaga dan tidak pernah mengeluh dengan keadaan tempat tinggal kami yang serba kekurangan,” katanya.

Menurut Mek Som, suaminya tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap penyakit paru-paru, kencing manis dan tibi.

Jelasnya, setakat ini, suaminya belum mendapat sebarang bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah, Hizani Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima permohonan daripada pesakit warga emas terbabit.

Beliau berkata, pihaknya bersedia membantu orang yang memerlukan serta berharap keluarga berkenaan datang ke pejabat JKM daerah bagi membuat permohonan.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank milik Kamaruzaman Mat Janal (suami) atau menghubungi Mek Som:

017-8021656
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini