72 pelajar rayu dana pembinaan pusat tahfiz bernilai RM300,000 - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Simpang Renggam - Seramai 72 pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat di sini memohon ihsan pihak berkenaan bagi merealisasikan hasrat pemb...

72 pelajar rayu dana pembinaan pusat tahfiz bernilai RM300,000



Simpang Renggam - Seramai 72 pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat di sini memohon ihsan pihak berkenaan bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah kompleks madrasah di Parit Talibek Simpang Renggam yang dijangka menelan belanja lebih RM300,000.

Pengerusi tahfiz berkenaan, Muhamad Hisham Hamzah berkata, sehingga kini pihaknya berjaya mengumpul RM26,000 bagi membina kemudahan asrama pelajar dan guru selain dewan makan di kawasan tanah seluas dua ekar itu.

Katanya, sebelum beroperasi di Simpang Renggam, pihaknya terpaksa keluar dari bangunan disewa di Kulai kerana diminta pemiliknya dan sejak itu mereka dibenarkan untuk menumpang di Wisma Firdaus Simpang Renggam oleh seorang insan prihatin sehingga 2028 nanti.

“Sekarang pembinaan di tapak baru 30 peratus untuk asrama pelajar dan guru dalam kapasiti 70 orang selain dewan makan.

“Diisebabkan kena berpindah dari Kulai ke Simpang Renggam, kami menggunakan sebanyak RM70,000 untuk menyiapkan kelengkapan di Wisma Firdaus ini mengikut spesifikasi Jabatan Bomba.

“Sekarang ini kita baru buat kutipan semula, dan berjaya kumpul RM26,000 dan tujuan utama kita buka madrasah untuk ambil lebih ramai anak yatim , orang susah untuk diberikan pengajian percuma,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, hampir 50 peratus pelajarnya terdiri daripada golongan anak yatim piatu dan asnaf yang dipilih selepas berita kedaifan mereka tersiar di media sosial.

“Ada anak dan keluarganya tidur selama seminggu di taman permainan, kita terima anak anak itu belajar di madrasah secara percuma, keluarganya pula dicarikan pekerjaan.

“Kami mengajar al-Quran dan kitab fekah, tauhid, jawi, akhlak dan bahasa arab mengikut sukatan pelajaran JAKIM,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Ekonomi Golongan B40 Johor Datuk Mohd Fadel Alwi berkata, pihaknya akan berhubung dengan jabatan kerajaan berkaitan bagi merujuk kes itu dan memohon sumbangan orang ramai bagi meringankan beban pasangan terbabit.

“Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi talian di bawah
atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Nur Syafaat,” katanya.

 
019-7168086
Progress:

RM100 raised

Goal: RM100000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini