Isteri tabah menjaga suami hidap kanser usus, perlu RM400 sebulan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Yan - Kehidupan seorang wa­nita tidak seceria dahulu apabila suami yang diharapkan untuk menyara keluarga hanya mampu duduk di rumah selepa...

Isteri tabah menjaga suami hidap kanser usus, perlu RM400 sebulan




Yan - Kehidupan seorang wa­nita tidak seceria dahulu apabila suami yang diharapkan untuk menyara keluarga hanya mampu duduk di rumah selepas disahkan menghidap kanser usus sejak lima bulan lalu.

Zauyah Khalid, 50, berkata, dia terpaksa menggalas tugas mencari nafkah sebagai pembantu kedai makan selepas suami­nya, Muhammad Zohir Ahmad, 62, tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja kampung.

Katanya, suaminya terpaksa menggunakan beg stoma untuk membuang najis sejak menjalani pembedahan pada Jun lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Kanser suami berada pada tahap dua. Sejak dibedah, dia sering mengadu sakit dan tidak lagi boleh bekerja menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan.

“Kini saya buntu memikirkan kos perubatan suami yang memerlukan RM400 sebulan untuk berulang alik ke HSAH dan membeli segala keperluan.

Keperluan seperti beg stoma, makanan khas yang lembut bagi mengelakkan suami bertambah sakit kerana ususnya rosak,” kata­nya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Titi Teras di sini semalam.

Tambahnya, segala wang simpanan telah habis digunakan untuk menanggung kos pembedahan dan rawatan selama suaminya ditempatkan di HSAH.

Dakwa Zauyah, dia tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi, ma­nakala dua anak lelakinya ber­usia 20 dan 25 tahun bekerja sebagai buruh, namun pendapatan mereka masih tidak mencukupi.

Katanya, dia juga resah apabila dimaklumkan perlu menyediakan sejumlah wang untuk membiayai kos pembedahan memasukkan semula usus suaminya oleh pihak HSAH dalam masa terdekat.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demi­kian melalui akaun bank berikut atas nama Zauyah Khalid atau menghubunginya di talian:


011-15495279
Progress:

RM50 raised

Goal: RM4000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini