Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun derita buah pinggang bocor dan sawan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kulai - Demi menjaga anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang bocor dan sawan, Ridzauddin Abu Bakar, 42, terpaksa berhenti kerja sebag...

Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun derita buah pinggang bocor dan sawan




Kulai - Demi menjaga anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang bocor dan sawan, Ridzauddin Abu Bakar, 42, terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu e-hailing.

Ini kerana, Adam Akhtar Mursyid, 9, memerlukan perhatian sepenuhnya lantaran rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) perlu dilakukan setiap hari di rumah dan seminggu sekali di hospital.

Adam yang menderita sakit selepas buah pinggangnya didapati bocor sejak 31 Ogos 2018 bergantung kepada 16 jenis ubat bagi merawat komplikasi sebelum memulakan rawatan CAPD awal Februari lalu.

Ahmad Ridzauddin ketika ditemui di Taman Scientex, Senai di sini memberitahu, fungsi buah pinggang Adam yang sebelum ini belajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek Johor Bahru semakin merosot sejak akhir tahun lalu.

“Perut anak saya ditebuk bagi membolehkannya menjalani rawatan dialisis CAPD di rumah selama empat kali sehari iaitu setiap enam jam sekali.

“Sebelum ini dia terpaksa duduk di kerusi diletakkan atas tilam selain kerusi di tepi katil bagi membolehkan proses dialisis dan itu menimbulkan kesulitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Nasir Ishak yang menyumbangkan wang tunai dan katil hospital berharga RM2,000 bagi kegunaan Adam.

Menurut Ahmad Ridzauddin, anaknya turut dirujuk kepada doktor pakar Buah Pinggang Kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru serta Pakar Neurologi di sebuah hospital swasta kerana menghidap sawan.

Menurut beliau, anak tunggalnya itu pernah diserang sawan sebulan dua kali termasuk ketika dirawat di hospital dan di rumah.

Beliau dan isteri, Rafidah Aziz, 46, bagaimanapun bersyukur kerana anaknya tidak menolak menerima rawatan dialisis CAPD setiap hari di rumah dan rawatan setiap minggu di hospital.

“Saya dan isteri juga melakukan yang terbaik termasuk memastikan Adam Akhtar selesa dan dia tidak tertekan dengan keadaan semasa kerana ia boleh menjejaskan kesihatannya terjejas termasuk berisiko diserang sawan.

“Malah demi menjaganya, saya mengorbankan kerjaya saya sebagai pemandu e-hailing baru-baru ini.

“Saya merupakan bekas pekerja bank sebelum menjadi pemandu e-hailing, namun berhenti kerja kerana anak kerap keluar masuk hospital dan terpaksa menerima rawatan CAPD dialisis setiap hari di rumah dan menerima rawatan setiap minggu di hospital,” katanya.

Ahmad Ridzauddin berkata, kini keluarganya bergantung kepada pendapatan isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta untuk belanja harian, menanggung bayaran pinjaman perumahan, pinjaman sewa beli kenderaan dan perubatan anak.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, MAINJ akan melangsaikan bil hospital swasta tertunggak bagi rawatan kanak-kanak itu iaitu RM3,450.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian berikut:


016-7357007
Progress:

RM50 raised

Goal: RM5000



0 comments:

Kongsi Portal Ini