Penjual besi buruk rayu bantuan orang ramai, anak derita kanser paru-paru - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Melaka - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib dialami seorang penjual besi buruk dan barangan terpakai, Mohd Afrizal Zainuddin, ...

Penjual besi buruk rayu bantuan orang ramai, anak derita kanser paru-paru




Melaka - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib dialami seorang penjual besi buruk dan barangan terpakai, Mohd Afrizal Zainuddin, 40, yang terus cekal menjalani kehidupan.

Bukan sahaja nasibnya bersama enam beranak diuji dengan kesempitan hidup, tetapi anak sulungnya, Mohd Amirul Ridhuan, 17, pula disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat yang kini sudah merebak ke tulang.

Malah, perbelanjaan hariannya juga kini bertambah apabila isterinya, Siti Norlina Mohd Rashid, 36, baharu melahirkan anak kelima mereka berusia 10 hari pada 3 Ogos lalu.

“Kami dapat tahu anak sulung mengidap kanser pada pertengahan tahun lalu apabila dia kerap mengadu sakit kaki sebelum pemeriksaan di Hospital Melaka yang mengesahkan anak mengidap kanser paru-paru tahap empat.

“Selepas lebih sebulan dirawat, tidak lama selepas itu baharulah doktor beritahu kanser itu sudah itu sudah merebak pula ke tulang kaki kirinya menyebabkan ia berlubang dan anak terpaksa menggunakan kerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Semabok, Semabok di sini semalam.

Menurutnya, luluh hatinya memikirkan masa depan Mohd Amirul walaupun dia adalah anak isteri bersama bekas suami sebelum ini namun sudah dianggap seperti anak sendiri bersama empat anak-anaknya yang lain berusia lapan, tiga dan satu tahun serta bayi lelaki berusia 10 hari.

“Kalau sebelum ini, mungkin juga sedikit sebanyak saya boleh meletakkan harapan kepada Mohd Amirul untuk mengubah nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh, tapi rupanya ujiannya lebih berat daripada saya pada usia yang sangat muda.

“Sebab itu, sekarang ini selagi ada kudrat saya akan terus mencari rezeki dengan menjual besi buruk, buat kerja-kerja kampung atau ambil upah kait sawit selagi ia mampu menyara isteri dan anak-anak,” katanya sebak.

“Walaupun pendapatan saya hanyalah sekitar RM900 hingga RM1,200 sebulan, saya bersyukur kerana turut mendapat bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) RM300 sebulan, selain wakil rakyat dan penduduk kampung yang banyak membantu,” katanya.

Sementara itu, Siti Norlina berkata anaknya itu perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan lutut kaki kirinya rosak yang akan menyebabkannya lumpuh.

“Waktu anak disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat saya memang tak boleh terima takdir Allah ini namun perlahan-lahan menerima ujian ini.

“Sebagai ibu, rasa sedih teramat sangat melihat kesakitan ditanggung anak lebih-lebih lagi selepas dia menjalani rawatan kimoterapi,” katanya sebak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun bank berikut atas nama Siti Norlina Mohd Rashid.

Progress:

RM150 raised

Goal: RM5000



0 comments:

Kongsi Portal Ini