Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kuantan

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kuantan. Papar semua catatan

Kuantan - Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya Muhammad Hamzah bin Baain (bapa) kepada Muhammad Al Fateh ingin memohon s...


Kuantan - Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya Muhammad Hamzah bin Baain (bapa) kepada Muhammad Al Fateh ingin memohon sumbangan seikhlas hati kalian.

Ia bertujuan untuk membeli sepasang alat bantuan pendengaran untuk cahaya mata kami yang tersayang, Al Fateh.

Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Dukacitanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak zakat TIDAK DILULUSKAN, dan status permohonan JKM masih dalam proses.

Rentetan itu, kami terpaksa mencari sumbangan kilat daripada ahli keluarga terdekat agar dapat membeli alat bantuan pendengaran yang berharga RM6000 secepatnya.

Memandangkan Fateh sudah mencapai 2 tahun, dia perlu mula memakai alat dalam tempoh ini. Permohonan baru dan rayuan zakat telah kami kemukakan semula. Dan untuk mendapatkan jawapan itu akan mengambil masa yang agak lama.

Doktor menasihati supaya Fateh memakai alat bantuan sebelum umurnya mencecah 3 tahun agar perkembangan tumbesarannya dapat menjadi normal seperti kanak-kanak seusianya.

Jadi dengan cara memohon sumbangan ini, inshaAllah akan dipercepatkan proses mendapatkan alat bantuan pendengaran tersebut.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian membaca post ini. Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan kalian.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Zulhusni binti Mat Hassan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM6000

Kuantan - Sebulan selepas ulang tahun pertama kelahiran bayi mereka, kegembiraan pasangan muda ini berganti air mata apabila permata hati...


Kuantan - Sebulan selepas ulang tahun pertama kelahiran bayi mereka, kegembiraan pasangan muda ini berganti air mata apabila permata hati mereka disahkan menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau masalah sistem imun badan tidak stabil, Februari lalu.

Keletah dan gelak tawa Sheikha Zulaikha yang baru pandai bertatih menghiburkan hati Haffiszattul Nur Akmar Samsudin, 30, serta Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, selepas lebih setahun menanti kehadiran cahaya mata.

Akibat penyakit itu, perkembangan bayi mereka terbantut dan menjadi pasif, selain hanya badan semakin membesar dan perut membuncit. Sekali imbas Sheikha Zulaikha seperti bayi yang sihat dengan pipi dan tubuh montel, namun tiada siapa sangka dia menderita kerana perubahan itu hanya kesan ubat untuk melawan penyakitnya.

Bayi berusia 15 bulan itu antara 10 individu di Malaysia yang pernah direkodkan menghidap penyakit jarang jumpa ini berpunca daripada sistem imun tidak stabil dan terlebih aktif lalu menyerang badan sebelum merosakkan tisu serta organ.

Rawatan bagi penyakit ini sama seperti pesakit barah iaitu melalui beberapa sesi kimoterapi. Haffiszattul berkata, berat anaknya naik mendadak daripada 8.7 kilogram kepada 12.4 kg kesan rawatan kemoterapi setiap dua kali seminggu.

“Semua orang kata Zulaikha comel apabila melihatnya, saya sebak. Comel tapi sebenarnya sakit. “Dia jadi begitu gempal disebabkan kesan steroid ketika kemoterapi.

“Pada mulanya Zulaikha demam panas sebelum doktor mengesahkan dia menghidap HLH berpunca daripada jangkitan Virus Epstein-Barr dan menyebabkan hati dan limpanya membengkak 10 sentimeter,” katanya.

Katanya, pemindahan sum sum tulang dicadangkan pada 2 Mei ini berikutan Zulaikha hanya boleh bertahan dalam tempoh sebulan. “Zulaikha perlu menjalani 44 kitaran kemoterapi, tetapi baru masuk pusingan ketujuh, dia tidak dapat bertahan dan demam.

“Saya tergamam doktor memberitahu pemindahan sum sum tulang perlu dilakukan segera kerana jangka hayatnya dianggarkan sebulan saja. “Jika tidak nyawa anak saya dalam bahaya dan mungkin tiada harapan hidup lagi,” katanya.

Pensyarah kolej swasta di Kuantan, Pahang itu berkata, suaminya melalui ujian pengesahan bagi memastikan kesesuaian sebagai penderma anaknya. “Oleh kerana sukar mendapatkan penderma sum sum tulang dalam masa singkat, doktor mencadangkan suami sebagai penderma memandangkan kandungan saya baru memasuki tujuh bulan.

“Minggu depan, keputusan ujian keluar, saya harap sum sum tulang suami sepadan untuk bayi kami,” katanya. Menurutnya, buat masa ini, Zulaikha perlu menjalani kemoterapi untuk memastikan badannya stabil hingga tarikh pemindahan sum sum tulang dilakukan.

“Doktor beritahu peluang Zulaikha cuma 50 peratus saja dan jika berjaya dia tetap memerlukan rawatan sepanjang hayat. “Tetapi apa saja terbaik kami cuba ikhtiar dan selebihnya tawakal,” katanya.

“Kos rawatan termasuk ubat dan rawatan sebelum dan selepas pemindahan. “Buat masa ini, kami baru kumpul RM20,000 hasil sumbangan rakan, keluarga dan wang simpanan serta masih perlu RM130,000.

“Kami kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami kerana saya mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga dan menguruskan Zulaikha yang perlu ulang-alik ke hospital,” katanya yang menumpang di rumah saudara di Jalan Cochrane di sini.

Wanita itu berkata, besar harapan mereka sekeluarga melihat Zulaikha sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain.

“Pada usia begini Zulaikha sepatutnya aktif tetapi dia perlu dikuarantin. “Dia cuma boleh memanggil ‘umi’, satu perkembangan yang sepatutnya buat saya gembira, namun saya sedih sebab dia masih bertarung dengan penyakitnya. “Saya harap dugaan ini sementara, malah saya selalu berdoa, Zulaikha bertahan dan boleh hidup macam kanak-kanak lain,” katanya.

Kos rawatan termasuk pemindahan sum sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya dianggarkan RM150,000 yang memerlukan sumbangan orang ramai melalui akaun bank berikut atas nama Haffiszattul Nur Akmar:

Progress:

RM1000 raised

Goal: RM150000

Kuantan - Madrasah Kamaliah, Cherok Paloh memerlukan sumbangan kewangan untuk membina surau dengan harga RM200,000. Mereka juga memer...


Kuantan - Madrasah Kamaliah, Cherok Paloh memerlukan sumbangan kewangan untuk membina surau dengan harga RM200,000.

Mereka juga memerlukan kewangan untuk pembangunan pondok untuk diwakafkan kepada Madrasah.


Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank berikut atau hubungi mereka:

Madrasah Kamaliah
013-9843040
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000

Kuantan - Kepada yang ingin menderma darah di HTAA Kuantan. Lokasi tempat pendermaan berhampiran dengan makmal Patologi dan Fisioterapi. ...


Kuantan - Kepada yang ingin menderma darah di HTAA Kuantan. Lokasi tempat pendermaan berhampiran dengan makmal Patologi dan Fisioterapi. Parkir kereta juga disediakan.

Sumber: Persatuan Penderma Darah Kuantan

Kuantan - Gerak hati seorang penjaga tandas ingin memeriksa surau di Pantai Teluk Cempedak pagi ini, membawa kepada penemuan seorang bayi ...


Kuantan - Gerak hati seorang penjaga tandas ingin memeriksa surau di Pantai Teluk Cempedak pagi ini, membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki yang diletak dalam sebuah kotak di depan surau itu.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dengan tali pusatnya sudah dipotong, dijumpai Zahidah Abd Rashid, 45, pada kira-kira 10 pagi.

Menurut Zahidah, ketika hendak memulakan tugas pagi ini beliau tergerak hati untuk memeriksa tandas dekat surau untuk memastikan pintunya berkunci atau tidak.

Biasanya saya tidak periksa surau pada masa macam hari ini tetapi pagi ini saya berasa hendak pergi ke situ dan berasa pelik apabila ternampak sebuah kotak ditinggalkan di depan surau.

“Apabila saya menghampirinya terdengar bunyi dari arah dalam kotak tersebut dan saya sangkakan mungkin orang membuang anak kucing di situ, namun saya berasa amat terkejut apabila kotak itu dibuka, didapati dalamnya terdapat seorang bayi.

“Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan (saya), badan saya jadi menggigil dan panik sebentar sebelum bertindak memanggil rakan sekerja yang lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya seorang daripada rakannya kemudian menghubungi polis untuk melaporkan penemuan bayi itu.

Zahidah berkata beliau sempat memeriksa bayi itu sebelum polis tiba dan mendapati dia dalam keadaan bersih dan hanya ada sedikit tompokan darah di sekitar bahagian tali pusatnya.

“Saya rasa orang yang buang bayi ini tahu kawasan Teluk Cempedak ini tidak ramai pengunjung pada awal pagi kerana hari bekerja, sebab itu kawasan ini dipilih,” katanya yang baru sebulan bekerja di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi itu.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan bersih, cukup sifat dan sihat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.

“Ketika ditemui bayi itu diletakkan di dalam kotak yang beralaskan kain batik serta dibalut dengan sehelai tuala dan dia telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan lanjut ,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat sila hubungi Balai Polis Kuantan - 09-505 2222.

Kuantan - Seorang pelajar tingkatan lima yang kehilangan kaki kanan memerlukan bantuan kaki palsu baharu untuk memudahkan pergerakan teru...


Kuantan - Seorang pelajar tingkatan lima yang kehilangan kaki kanan memerlukan bantuan kaki palsu baharu untuk memudahkan pergerakan terutamanya ketika berada di sekolah.

Kaki kanan pelajar SMK Paya Besar, Nurul Hasrina Adnan,18, terpaksa dipotong akibat kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Seri Mahkota di Kuantan, pada 20 September 2016.

Dalam kejadian itu, Nurul Hasrina yang membonceng motosikal Honda EX5 bersama rakannya terbabit kemalangan dengan sebuah lori tanah dan kaki kanannya digilis yang terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya akibat jangkitan kuman.

Nurul Hasrina berkata, sebelum ini keluarganya ada membeli kaki palsu dengan harga RM13,000, namun tidak bersesuaian yang menyebabkan pangkal pehanya melecet dan berdarah.

“Kaki palsu ini ayah (Adnan Saari, 57) yang beli, masih ada hutang lagi dengan syarikat yang buat kaki ini kira-kira RM3,000... tetapi sayangnya saya tidak boleh pakai.

“Sebelum ini saya cuba pakai juga, tetapi tidak boleh sebab nanti melecet dan berdarah... sekarang hanya guna tongkat untuk lakukan aktiviti harian.

“Bahu saya pun rasa sakit akibat selalu menggunakan tongkat,” katanya di rumahnya di Taman Seri Mahkota, di Kuantan.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia amat memerlukan kaki palsu untuk memudahkan pergerakannya terutamanya ketika sesi pembelajaran di sekolah.

“Selepas tiga tahun kemalangan itu, sakit pada bahagian peha kanan yang dipotong masih terasa, saya sudah menjalani 11 pembedahan di bahagian terbabit,” katanya.

Katanya, dia berazam mencapai keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM walaupun banyak ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak hadir ke sekolah sejak 2016.

“Sebelum ini cita-cita saya adalah untuk menjadi anggota badan beruniform namun terpaksa dilupakan akibat tragedi kemalangan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Nurul Hasrina boleh menghulurkan sumbangan.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuantan - Sebaik mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya, Sapawi Mat Din, 44, adalah orang paling gembira kerana penantiannya u...


Kuantan - Sebaik mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya, Sapawi Mat Din, 44, adalah orang paling gembira kerana penantiannya untuk memiliki anak lelaki selepas mempunyai tiga anak perempuan akhirnya tercapai.

Namun, tarikh 27 Disember lalu yang sepatutnya menjadi hari gembira buat mereka sekeluarga bertukar kelam seketika apabila isterinya, Norayuza Abdul Rajab, 38, mengalami komplikasi ketika bersalin sehingga menyebabkannya koma sehingga hari ini.

Sapawi berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak bongsu mereka di Hospital Pekan, namun ketika berada di dewan bersalin tekanan darah Norayuza naik terlalu tinggi sehingga menyebabkannya sesak nafas.

“Saya dimaklumkan oleh doktor jantung isteri berhenti selama 20 minit hingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak, malah saya diberitahu anak dalam kandungannya juga tidak dapat diselamatkan.

“Isteri kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan saya dimaklumkan jantung bayi masih berdegup sebelum isteri selamat melahirkan bayi kami secara pembedahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Jawa, di Pekan.

Namun katanya, komplikasi yang berlaku ketika proses kelahiran menyebabkan anaknya mengalami kerosakan otak dan beberapa masalah lain.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang berkata, anaknya yang diberi nama Muhammad Samir Nasri kini masih menerima rawatan di Hospital Pekan dan selama hampir tiga bulan itulah dia berulang alik ke hospital untuk melihat anaknya.

Katanya, doktor memaklumkan otak anaknya tidak membesar seiring usianya, dia juga tidak mampu menelan air liurnya sendiri malah difahamkan beberapa ujian lagi akan dilakukan sebelum dia dibenarkan pulang.

“Isteri dibenarkan pulang 15 Februari lalu namun keadaannya masih tidak berubah, hanya terbaring... Meskipun mampu mengerdipkan mata namun dia sebenarnya berada dalam keadaan tidak sedar.

“Sebagai suami hati saya sayu melihatnya, sepatutnya kami gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga namun keadaan ini yang berlaku..saya reda,” katanya yang mempunyai tiga lagi anak berusia lapan hingga 14 tahun.

Sapawi berkata, Norayuza tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum hamil dan sepanjang tempoh kehamilan, isterinya mengalami tekanan darah tinggi namun masih terkawal.

Katanya, setiap hari dia akan berbual dan bercerita dengan Norayuza walaupun menyedari isterinya tidak dapat memberi tindak balas atau mendengarnya.

“Walaupun dia tidak lagi mampu bercakap atau bergerak namun saya bersyukur kerana dapat melihatnya setiap hari, sebab itu saya sentiasa berbual dengannya.

“Ketika saya bekerja, adik ipar dan sepupu akan membantu untuk menguruskan isteri saya. Apabila pulang, saya akan mengambil alih semula tugas itu,” katanya.

Jauh di sudut hati dia mahu melihat isterinya pulih seperti sedia kala walaupun doktor sendiri tidak memberi jaminan sama ada isterinya akan sembuh atau sebaliknya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuantan - Niat murni seorang pelajar bekerja sebagai buruh binaan sambilan untuk mencari pendapatan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ...


Kuantan - Niat murni seorang pelajar bekerja sebagai buruh binaan sambilan untuk mencari pendapatan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mengalami kemalangan selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika sedang bekerja di Sydney, Australia pada 17 Jan lepas.

Meor Muhammad Mustaqim Meor Ahmad Hussin, 28 pelajar jurusan pengurusan hospitaliti di Pacific Training Group (PTG), Sydney kini sedang menerima rawatan di Hospital St George di Kogorah, Sydney.

Menurut abangnya, Meor Ahmad Azizul Hakim, 31, adiknya yang merupakan anak ke sembilan daripada 11 beradik dan berasal dari Kampung Pelindung Maju, Beserah itu difahamkan mengalami kecederaan serius di bahagian pelvis akibat kejadian itu

"Kami sekeluarga dimaklumkan adik koma selama dua hari dan tahu tentang kemalangan itu dua hari selepas kejadian. Difahamkan dia telahpun menjalani satu pembedahan bagi memasang skru di bahagian tersebut (pelvis).

"Kos yang diperlukan dianggarkan dalam AUD 10,000 iaitu bersamaan RM32,000. Setakat ini kami berjaya mengumpul RM22,000 dan masih memerlukan baki sebanyak RM10,000," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya keluarganya kini giat mengumpul dana bagi menyelesaikan kos perubatan serta kos untuk membawa pulang adiknya ke tanah air segera.

Katanya lagi, dia akan berlepas ke Sydney esok bagi melihat keadaan adiknya walaupun kos yang diperlukan bagi membayar rawatan dan membawa adiknya pulang masih belum mencukupi.

"Besar harapan kami untuk membawa adik pulang dalam kadar segera kerana kos rawatan akan semakin meningkat jika terus berada di sana.

"Pengajiannya juga terpaksa ditangguhkan sementara waktu bagi menyelesaikan urusan rawatan. Jika dapat pulang, adik akan dibawa ke Hospital Melaka untuk mudahkan urusan penjagaannya (oleh kakak)," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubunginya di talian dibawah atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut di atas nama Meor Ahmad Azizul Hakim Meor Ahmad Hussin:

014-5206882
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000

Kuantan - Memakai baju kurung bunga yang sudah lusuh dan tudung ungu, Siti Endon Ismail, 56, keluar dari rumah kayu yang usang di Kampung...


Kuantan - Memakai baju kurung bunga yang sudah lusuh dan tudung ungu, Siti Endon Ismail, 56, keluar dari rumah kayu yang usang di Kampung Tengah di sini.

Sama seperti hari lain, dia membawa beg kanvas yang mengandungi kostum Hello Kitty, sebagai sebahagian daripada rutin kerja beliau.

Sebelum mengunci pintu rumah, dia melihat ke dalam dan bercakap dengan nada kasih sayang seorang ibu: "Jaga diri baik-baik ya anak, emak nak pergi kerja."

Adalah mudah untuk berfikir bahawa ibu tunggal mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anaknya, berdasarkan kasih sayang yang dipamerkannya.

Pada hakikatnya, dia mengucapkan selamat tinggal kepada kucingnya, yang dia anggap sebagai anak-anaknya.

"Kucing saya mencintai saya tanpa syarat," katanya, sambil menambah bahawa dia mempunyai lebih daripada 50 kucing di rumah, termasuk menyimpang.

"Saya sering pulang ke rumah untuk bekerja dengan hati yang berat. Sebelum saya pergi, saya pastikan saya membersihkan dan memberi makan kepada kucing, termasuk memberikan ubat mereka yang sakit dan meletakkan anak kucing itu ke dalam sangkar, "katanya di rumah dua bilik di sini semalam.

Bagi ramai, mudah untuk melihat bagaimana cintanya untuk kucing terbukti dalam apa yang dia lakukan - memakai kostum kucing Jepun yang popular.

Siti Endon, wajah di belakang kostum Hello Kitty di Teluk Chempedak, yang imejnya menjadi viral baru-baru ini, juga memiliki kostum kucing Jepun yang lain iaitu Doraemon.

"Saya mempunyai kostum Hello Kitty dan Doraemon, yang saya beli dengan harga RM600 setiap satu di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

"Jika salah satu pakaian koyak, saya akan membaikinya kerana saya tidak mampu membeli yang baru, yang boleh menelan kos sehingga RM1,000 bergantung pada kualiti bahan," katanya.

"Saya berada di pantai hampir setiap hari antara pukul 10 pagi dan tengah malam, dan sehingga awal pagi pada hujung minggu atau hari cuti umum. Ketika hujan, saya berlindung di kedai-kedai berdekatan. "

Semasa hujung minggu dan cuti umum, apabila pantai dikemas antara jam 10 malam dan 3 pagi, Siti Endon akan bersidang sehingga keesokan harinya kerana dia tidak mempunyai pengangkutan untuk pulang ke rumah.

"Tiada perkhidmatan Bas Rapid Kuantan selepas tengah malam. Jadi saya beristirahat di kedai-kedai berhampiran dan mengambil bas pertama pada 6.20 pagi untuk pulang ke rumah.

"Kedai makanan segera dan pengendali restoran di pantai mengenali saya. Mereka membenarkan saya berehat di tempat mereka. "

Apabila media tiba di rumahnya semalam, Siti Endon berpakaian kostum Hello Kitty merah jambu. "Saya memastikan bahawa pakaian berada dalam keadaan baik dan bahawa butang dan zip adalah utuh.

"Jika saya mempunyai kerosakan pakaian almari, hari saya akan hancur," katanya sambil menambah bahawa dia mempunyai empat set pakaian Hello Kitty di merah, merah jambu, kuning dan ungu.

Antara cabaran yang dia hadapi dalam "pekerjaan" beliau termasuk memakai pakaian Hello Kitty pada hari yang panas dan mengendalikan orang ramai yang agresif.

"Ada kalanya kanak-kanak menarik pakaian saya apabila mereka mahu mengambil gambar dengan saya. Ada juga yang menarik topeng kepala. Orang lain bertanya sama ada saya seorang gadis muda atau mengatakan bahawa saya kelihatan hodoh. "

Ia hanya apabila dia berada di rumah bahawa Siti Endon mendapati cinta tanpa syarat dari kucingnya.

"Setiap nama mempunyai nama. Terdapat Salim, Murni dan Karim. Saya cuba membawa mereka ke pantai dengan saya, tetapi pemandu bas akan memarahi saya. Kadang-kadang saya akan menyelinap mereka ke dalam bas dengan saya, "katanya dengan ketawa.

"Kadang, orang menawarkan untuk membeli kucing saya, tetapi saya tidak akan berpisah dengan mereka. Bagaimanakah saya boleh menjual anak-anak saya? "Katanya, sambil memeluk kucing coklatnya yang dipanggil Jimi.

Siti Endon berkata dia adalah satu-satunya wanita yang berpakaian di pantai. "Terdapat watak super hero di sini juga. Saya mengenakan caj kira-kira RM300 sejam untuk acara peribadi, tetapi kanak-kanak hari ini mahu melihat Ultraman. "

Siti Endon berkata dia tidak pernah menetapkan harga bagi orang ramai untuk mengambil gambar dengannya dalam kostum Hello Kitty. "Ada yang meletakkan wang di kotak saya, sementara yang lain berjalan pergi."
Beliau berkata beliau menerima RM300 sebulan dari Majlis Kepercayaan Agama dan Melayu Islam Pahang. Dia mengeluarkan RM400 untuk disewa bulanan.

"Apabila saya mempunyai wang pada masa akan datang, saya ingin menyewa sebuah kedai kecil untuk menjual makanan kucing, menyewakan pakaian dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kucing. Saya telah mendedikasikan hidup saya kepada kucing. Saya akan terus melakukan ini sehingga nafas terakhir saya. "

Sewaktu dia menyapu keringat di wajahnya, Siti Endon berkata dia akan bekerja semasa cuti Tahun Baru Cina. "Apabila saya boleh mendapat sedikit wang tambahan," katanya dengan senyuman.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Lumpur - Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wa...


Kuala Lumpur - Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wad KK3 Hospital Besar Kuala Lumpur.

Bajai Karat, 6, baru selesai menjalani rawatan kimoterapi dan kelihatan lemah sambil ditemani ibunya di Wad Kanser, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. Bajai dari suku kaum asli di Raub, Pahang itu adalah antara 24 kanak-kanak yang kini dirawat di wad berkenaan kerana menghidap kanser.

Kesakitan dan kemuraman mereka bagaimanapun sedikit terubat apabila dikunjungi pelawat yang hadir dengan pelbagai sumbangan bagi menceriakan kanak-kanak di wad itu, dan hari ini mereka dikunjungi Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mereka hadir bersama badut yang membawa belon dan mainan untuk anak-anak kecil itu. Hadir sama Penaung WeHuman Datuk Dr Fauzi Mohamad dan Pengerusi WeHuman Srizan Sahar. Bajai yang menghidap kanser darah, ketika ditemui baharu sahaja muntah selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Ibu kanak-kanak itu, Noresah Awet, 25, berkata anak bongsu dari tiga beradik itu telah menerima rawatan di Hospital Raub sebelum dirujuk ke HKL dan kini telah dua bulan mereka ‘berkampung’ di wad itu.

Rakan sebilik kanak-kanak itu, Zulalif Fadhi Zolkifli, 7, juga kelihatan teruja dengan kehadiran pelawat bersama badut itu. Ibunya, Rohana Abu Hassan, 41, berkata mereka sering berulang-alik dari rumah mereka di Telok Panglima Garang, Klang sejak Zulalif disahkan menghidap kanser darah pada September lepas.

Akibatnya Rohana yang berniaga kecil-kecilan menjual air dalam balang, telah empat bulan tidak dapat berniaga.

“Tahun ini sepatutnya dia masuk darjah satu, tapi Alif belum lagi berkesempatan ke sekolah…nampak dia bosan juga, tapi boleh dikatakan di sini hampir setiap minggu ada sahaja rezeki anak-anak di sini menerima pelawat,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang juga penasihat WeHuman ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu ber​​​​​​​harap NGO bukan sahaja membuat kunjungan dan memberikan sumbangan kepada pesakit, tetapi juga membantu mengurangkan beban keluarga yang ditinggalkan di rumah.

“Apabila ada seorang sakit, sudah pasti yang di rumah juga akan menerima kesan. Mungkin salah seorang ibu atau bapa terpaksa berhenti kerja…akan ada juga adik-beradik lain yang ditinggalkan di rumah,” katanya.​​​​​​​ Selain itu, Nadzim turut menggesa kerajaan supaya melihat kembali pemakanan rakyat Malaysia yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan masyarakat.

“Amalan pemakanan kita perlu dilihat dan dikaji secara serius yang berkemungkinan menjadi antara punca bertambahnya pesakit kanser di negara ini, selain masyarakat juga perlu menjalani gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan melalui:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

MOHON BANTUAN RAKYAT MALAYSIA TOLONG SEBARKAN. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Admin mohon laluan, saya nk jejak kasih ayah ka...


MOHON BANTUAN RAKYAT MALAYSIA TOLONG SEBARKAN.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Admin mohon laluan, saya nk jejak kasih ayah kandung kpd anak angkat saya seorg Mualaf bernama Jeffrey Yong b Daud @ Yong Hoh Kiew.
Alamat terakhir beliau ialah di ; No 112 Block A, Lorong Galing 28, OFF Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan, Pahang.
Sesiapa yg mgetahui di mana beliau kini @ sbarang maklumat yg boleh mbantu pencarian ini boleh menghubungi saya di no:
011-12390745 (Mad) @ 018-7715900 (Sue).
Saya berharap semua ahli masyarakat boleh membantu saya untuk menjejaki beliau. Terima kasih dan hanya Allah yg dapat membalas jasa baik anda semua.

Sumber: Sue Lie

Kuantan -  Ketabahan seorang suami Muhamad Khairil Azaha Nasaha, 34 tahun menjaga isterinya, Nurul Wahieda Abdullah, 30 tahun yang berala...


Kuantan - Ketabahan seorang suami Muhamad Khairil Azaha Nasaha, 34 tahun menjaga isterinya, Nurul Wahieda Abdullah, 30 tahun yang beralamat di No 37A Lorong 64,Taman LKNP, Bukit Setongkol 25200 Kuantan, yang mengalami masalah buah pinggang tahap empat.

Khairil Azaha Nasaha Setongkol, Kuantan bukan hanya menjaga isteri malah tiga orang anak tiri dan seorang anaknya bersama Nurul Wahieda. 

Dia hanya bekerja sambilan sebagai buruh kasar di sebuah pusat perindustrian dengan bayaran RM7 satu jam. Nurul Wahieda mendapat bantuan JKM sebanyak RM300 dan menerima subsidi rawatan dialisis dari Majlis Agama Islam Pahang namun ia masih tidak mencukupi.


Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat dengan menderma ke akaun bank berikut atas nama Nurul Wahieda Abdullah atau hubunginya:

017-3081610
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuantan - “Saya tidak sangka sama sekali sakit perut dialaminya seawal usia tiga tahun petanda awal dia menghidap kanser ovari,” kata Zal...


Kuantan - “Saya tidak sangka sama sekali sakit perut dialaminya seawal usia tiga tahun petanda awal dia menghidap kanser ovari,” kata Zaliza Muhamad Ghaus, 36.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap dua atau tiga bulan sekali, anaknya, Nur Aliz Darwisyah Samsul Hamizan berusia lapan tahun diserang sakit perut, tetapi setiap kali membuat pemeriksaan di klinik atau hospital hanya diberitahu menghidap gastrik biasa.

Ahli Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser ((PESONA) Kuantan itu hanya mengetahui anaknya menghidap kanser selepas mengadu sakit perut tiga hari berturut-turut pada Jun lalu.

Menurutnya, Aliz muntah dengan banyak ketika mereka berbuka puasa menyebabkannya dan suami, Samsul Hamizan Mohamad Salleh, 42, membawanya ke Klinik Keluarga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Indera Mahkota untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik ujian imbasan menggunakan mesin CT scan dilakukan, doktor mengesan ada ketumbuhan dalam perutnya.

“Doktor menasihatkannya supaya ke Hospital UIAM untuk ujian lebih teliti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua, Pantai Sepat di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut dijalankan di hospital itu, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada bahagian kiri ovarinya.

Katanya, satu pembedahan segera dilakukan terhadap anaknya itu bagi membuang ketumbuhan berukuran 15 sentimeter dan seberat dua kilogram bagi mengelak sel kanser merebak.

“Pembedahan itu dilakukan 2 Julai lalu tetapi ujian darah dijalankan pada 24 Julai lalu mendapati kanser ovari dihidapinya berada pada tahap empat.

“Buat masa ini, dia menjalani rawatan kimoterapi...terdapat empat pusingan rawatan perlu dilalui, dua daripadanya dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan baki dua lagi akan dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Selepas selesai empat pusingan rawatan itu, Aliz akan menjalani ujian CT scan sekali lagi bagi melihat sama ada sel kansernya masih aktif atau tidak... kami jangkakan ujian itu dibuat Oktober nanti,” katanya.

Zaliza berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Penor dekat sini, dinasihatkan tidak menghadiri sesi persekolahan sejak Jun lalu bagi mengelakkan keadaan kesihatannya terjejas.

Katanya, walaupun anaknya itu kerap merungut kerana rindukan kawan-kawannya di sekolah, Aliz memahami keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia ke sekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser  Pesona:

019-9323361
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuantan - Bersatu Bahagian Indera Mahkota menyokong sepenuhnya tindakan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merobohkan ...




Kuantan - Bersatu Bahagian Indera Mahkota menyokong sepenuhnya tindakan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merobohkan 'Tembok Besar China' di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

Ketuanya, Kamarul Ariffin Mohd Shahar memberitahu tindakan tersebut dilihat tepat pada masanya untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara.

"Saya mewakili barisan kepimpinan Bersatu Indera Mahkota menyokong sepenuhnya dengan gesaan yang disuarakan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu untuk merobohkan tembok tersebut.

"Kedaulatan negara ini telah menjadi taruhan. Kami bangga dan menyokong keberanian dan ketegasan yang dipamerkan oleh Tun M untuk memastikan maruah dan kedaulatan negara tercinta terus dipertahankan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Malaysia tidak sepatutnya tunduk kepada mana-mana kuasa asing hanya kerana kepentingan ekonomi.

"Dan kita tidak sepatutnya mengambil risiko terhadap masa depan Malaysia sehingga boleh menyebabkan kehilangan tanah air tercinta ini suatu hari nanti.

"Terima kasih kepada Tun kerana menyuarakan pendirian demi hak tanah air ini serta terus bersuara demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Hidup Tun M," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian berikutan kenyataan Tun M dalam sebuah wawancara bersama portal Malaysiakini hari ini. Tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer itu mengelilingi kompleks industri tersebut yang dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu.

Kuantan - Seorang peniaga capati meraih simpati orang ramai supaya membantu anak sulungnya yang mengalami kecacatan fizikal kekal unt...



Kuantan - Seorang peniaga capati meraih simpati orang ramai supaya membantu anak sulungnya yang mengalami kecacatan fizikal kekal untuk terus hidup. Sharif Majib, 50, berkata, dia tidak mampu menyediakan keperluan Sakinah, 25, sebaiknya memandangkan pendapatan diraih sekitar RM50 sehari.

Menurutnya, wang yang diperolehi hasil penjualan capati itu terpaksa digunakan bagi membeli keperluan harian, selain menyara tiga anaknya yang masih bersekolah.Malah, katanya, isterinya, Ragina Abdullah tak boleh bekerja kerana perlu jaga Sakinah.

“Jadi saya pencari rezeki tunggal dengan menjual capati. Duit yang saya dapat dari penjualan itu saya gunakan untuk wang saku anak yang masih bersekolah dan perbelanjaan makanan harian mereka sekeluarga,” katanya.

Selain Sakinah, Pasangan itu turut mempunyai dua lagi anak OKU iaitu Muhammad Hafiz, 18, dan Nur Afeefah, 15, yang mengalami masalah pembelajaran. Bapa kepada lima anak itu berkata, walaupun memperolehi bantuan bulanan JKM sekitar RM300, namun ia tidak mencukupi bagi menampung kos keperluan anak istimewanya itu.

Ini kerana, katanya, setiap bulan dia terpaksa membelanjakan wang sekitar RM1,000 hingga RM1,500 untuk membeli lampin pakai buang dan susu formula khas iaitu Ensure Fos.

“Kos itu amat tinggi bagi saya, tambahan pula Sakinah bergantung sepenuhnya kepada susu formula untuk dia teruskan hidup. Sebulan dia memerlukan kira-kira empat hingga lima tin.

“Harga untuk satu tin pula cecah RM80. Lampin pakai buang pula sekitar dua atau tiga bungkus sebulan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Sakinah, Sharif memaklumkan anak sulungnya itu pada awalnya dilahirkan normal. Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa hari dilahirkan, dia mengalami demam panas sehingga memberi kesan kepada fizikalnya.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan saya anggap ia ujian kerana Allah menganugerahkan saya tiga anak OKU,” katanya. Dia bagaimanapun berharap ada pihak yang sudi menderma bagi membolehkan anaknya menjalani hidup dengan selesa.

“Bantulah anak saya untuk dia terus hidup. Cukup untuk dia saja. Untuk anak- anak lain saya masih ada kudrat untuk menyara mereka,” katanya. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Sharif di talian berikut:

011-16389399
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kuantan - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman beralamat Lot 20436 Kg Kempadang, 25150 Kuantan, Pahang memohon sumbangan ...


Kuantan - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman beralamat Lot 20436 Kg Kempadang, 25150 Kuantan, Pahang memohon sumbangan orang ramai untuk operasi Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman.



Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Nur Iman, Kempadang Kuantan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut:

019-9175497
Progress:

RM10 raised

Goal: RM10000

Kongsi Portal Ini