Ibu tunggal bersama tujuh anak kecil hidup daif, mohon bantuan orang ramai - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak...

Ibu tunggal bersama tujuh anak kecil hidup daif, mohon bantuan orang ramai


Jerantut - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran bebanan yang terpaksa ditanggung seorang ibu tunggal tujuh anak yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga akibat kematian suaminya awal tahun ini.

Pada usia 37 tahun, Adicky Dzuliana Ab. Rahman yang tinggal di Taman Gemilang di sini melalui ujian besar apabila perlu menjadi ketua keluarga bagi menyara dan membesarkan tujuh anak lelakinya yang berusia tiga bulan hingga 12 tahun selepas suaminya Norhisam Adun meninggal dunia dalam usia 59 tahun akibat serangan jantung.

Adicky Dzuliana berkata, kehidupannya dan keluarga kini hanya semata-mata bergantung kepada ihsan saudara mara dan jiran.

“Arwah suami dulu berniaga kecil-kecilan berdekatan tempat tinggal kami di Kampung Melayu, Kepong, Selangor dan pendapatannya sekadar cukup untuk kami anak beranak.

“Namun selepas dia meninggal dunia, saya hilang tempat bergantung dan dibantu saudara sepupu berpindah ke sini dan sekarang perlu memikirkan bagaimana cara memperoleh wang belanja bagi membesarkan anak,” katanya di sini semalam.

Adicky Dzuliana yang berasal dari Kuala Krai Kelantan berkata, sebagai ibu dia sentiasa mengharapkan anak-anaknya berusia tujuh tahun, sembilan tahun, 11 tahun dan 12 tahun dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain agar mempunyai masa depan yang cerah.

Walau bagaimanapun katanya, atas pelbagai faktor termasuk desakan hidup menyebabkan empat anaknya yang sepatutnya bersekolah tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah sehingga hari ini.

“Bukan saya tidak mahu keluar bekerja, tetapi memikirkan anak-anaknya yang masih kecil perlu diberi perhatian penuh termasuk keselamatan di rumah malahan tidak mampu menghantar di bawah jagaan pengasuh dan tadika,” katanya.

Ujarnya, dia berterima kasih kepada keluarga saudara sepupunya kerana membayar sewa bulanan rumah mereka dan membantu barangan keperluan dapur untuk anak-anak serta ibunya berusia 77 tahun yang kini terlantar akibat strok.

Katanya, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jerantut yang telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM450 sebulan sejak Oktober lalu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adicky Dzuliana menerusi talian berikut atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Adicky Dzuliana.

017-3137935
Progress:

RM110 raised

Goal: RM2000



blog counter views


0 comments:

Kongsi Portal Ini