Bekas guru tabika perlu RM50k untuk rawatan kanser ovari tahap empat - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pontian - Bekas pembantu guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang menghidapi penyakit kanser ...

Bekas guru tabika perlu RM50k untuk rawatan kanser ovari tahap empat




Pontian - Bekas pembantu guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat merayu simpati orang ramai bagi membantu membiayai kos perubatannya berjumlah RM50,000.

Menurut Azmi Mohammad, 48, isterinya, Norizan Samat, 43, pernah bertugas di Tabika Kemas Kampung Serkat Timur sebelum berhenti pada 2019 setelah disahkan menghidap kanser terbabit.

Katanya, isterinya telah membuat pembedahan pada tahun sama di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bagi membuang ketumbuhan pada rahimnya diikuti dengan rawatan kemoterapi sebanyak enam kali.

Jelas Azmi, sejak itu dia kini tidak lagi bekerja sebagai operator kren kerana mahu memberikan tumpuan kepada isteri yang perlu membuat rawatan susulan.

“Selepas pembedahan yang dilakukan pada tahun itu, kan­ser tersebut merebak semula ditambah pula dengan kanser tiroid yang dikesan tahun lalu sehingga terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 kali.

“Rawatan kemoterapi yang dibuat juga tidak berkesan dan atas nasihat perubatan, isteri saya dinasihatkan menghentikan sesi kemoterapi selain tidak melakukan pembedahan selanjutnya,” katanya di Kampung Tanjung Piai, Serkat.

Tambah Azmi, dia kini bergantung kepada pendapatan sewa tanah yang dijadikan tapak pemancar sebanyak RM250 sebulan memandangkan jumlah sewaan keseluruhan sebanyak RM1,200 itu dikongsi bersama enam adik beradik yang lain.

“Dengan pendapatan tersebut saya gunakan bagi perbelanjaan seharian selain bantuan sebanyak RM200 sebulan yang diterima isteri daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),” ujarnya.

Katanya, dia yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun tidak dapat melakukan pekerjaan lain se­perti turun ke laut untuk menjaring ikan kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada isterinya.

Ujar Azmi, berikutan penyakit yang dialami oleh isteri tidak menampakkan hasil untuk pulih, dia telah merujuk kepada sebuah hospital swasta bagi rawatan seterusnya dengan kos sebanyak RM50,000 tidak termasuk ubat-ubatan dan kos lain.

“Saya tiada sebarang simpanan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM18,000 juga telah digunakan bagi membina rumah sebelum ini,” katanya.

Katanya, dia kini bingung dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perbelanjaan sebesar itu kerana isterinya amat memerlukan rawatan yang tidak dapat disediakan di hospital kerajaan.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Norizan Samat selain boleh menghubungi mereka:

010-5389944
Progress:

RM00 raised

Goal: RM50000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini