Derita bapa hidap kanser tulang tahap 4 tanggung lima anak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Klang - Seorang bapa tunggal menjadi tempat bergantung lima anaknya yang masih bersekolah merayu bantuan untuk meneruskan rawatan kanser tu...

Derita bapa hidap kanser tulang tahap 4 tanggung lima anak




Klang - Seorang bapa tunggal menjadi tempat bergantung lima anaknya yang masih bersekolah merayu bantuan untuk meneruskan rawatan kanser tulang tahap empat dialaminya sejak empat tahun lalu.

Dia yang bercerai dengan isterinya kira-kira tiga tahun lalu kini terlantar dan tidak mampu bekerja selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk akibat serangan kanser.

Nor Mazaffe Mazlan,46, seorang bekas juruteknik dekat sebuah kilang di Pelabuhan Utara di sini, dikesan menghidap penyakit kritikal itu kira-kira pada 2018, namun keadaannya bertambah teruk dua bulan lalu dan pernah menjalani 38 sesi rawatan kanser.

Menurutnya, rawatan itu turut melibatkan radioterapi dan kemoterapi, bagaimanapun sel kanser dilapor masih menyerang dengan agresif.

“Kanser tulang menyebabkan bahagian tengkuk saya patah beberapa tahun lalu, saya terpaksa berhenti kerja dan bergantung kepada pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Pendapatan RM2,500 itu yang saya gunakan untuk membiayai diri dan keluarga ketika saya sudah terlantar dan tidak mampu bergerak seperti biasa dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nor Mazaffe menambah, kos rawatan seperti ubat, pengangkutan dan penjagaan menyebabkan pencen ilat yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan lain serta persekolahan anak-anak.

Sehubungan itu, dia berharap dapat menerima bantuan daripada pelbagai pihak yang sudi menghulurkannya untuk mengurangkan beban terutama persekolahan anak dan rawatan penyakitnya.

“Dalam keadaan lemah begini saya mengharapkan bantuan orang sekeliling yang sudi membantu. Kaki saya sebelah kanan tidak mampu saya gerakkan disebabkan sel kanser sudah merebak,” luahnya.

Orang ramai yang ingin membantu Nor Mazaffe boleh menyalurkan ke akaun bank atas namanya menerusi nombor akaun seperti berikut:

Progress:

RM00 raised

Goal: RM3000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini