Derita ketumbuhan di kepala, adik Umairah perlu bantuan segera - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia & Singapura yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Melaka - Usianya baru tiga tahun namun tubuh kecil itu diuji apabila dia disahkan menderita ketumbuhan di kepala. Akibat ketumbuhan itu, ke...

Derita ketumbuhan di kepala, adik Umairah perlu bantuan segera




Melaka - Usianya baru tiga tahun namun tubuh kecil itu diuji apabila dia disahkan menderita ketumbuhan di kepala.

Akibat ketumbuhan itu, keadaan mata kanan Ayu Umairah Mohd Zamberi tidak seperti kanak-kanak normal dan semakin membengkak.

Ibu kanak-kanak itu, Norhayati Mohamad, 41, berkata, dia hanya mengetahui penyakit anak bongsu daripada empat beradik ketika berusia tiga bulan.

"Ketika dilahirkan dia seperti bayi normal lain namun ketika usianya tiga bulan mula, perubahan mula berlaku antaranya mata kanan sering berair dan dahi membengkak malah berat badan turun mendadak.

"Selepas dibawa untuk pemeriksaan serta menjalani CT Scan (ujian imbasan tomografi berkomputer), doktor mengesahkan ada ketumbuhan yang menghimpit saraf antara mata dan otak Umairah," katanya.

Norhayati berkata, buat waktu ini doktor belum memutuskan sebarang prosedur pembedahan sebaliknya Umairah perlu dibawa untuk pemeriksaan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sudah pasti kos untuk ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur agak membebankan kerana saya tidak mempunyai pengangkutan. Sebelum ini kami berdua pernah menaiki bas untuk ke HKL.

"Saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji harian RM50 manakala suami pula tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit tibi," katanya yang mempunyai tiga anak masih bersekolah.

Menurutnya, sebagai ibu sudah pasti dia mengharapkan kesembuhan buat anaknya dan membesar seperti kanak-kanak seusia yang lain.

Sementara itu pihak berwajib akan merujuk dengan doktor pakar yang terbabit bagi mendapatkan status terkini mengenai rawatan dan prosedur pembedahan yang akan dilakukan.

"Kita mengharapkan rawatan akan dipercepatkan kerana keluarga menyuarakan rasa bimbang sekiranya pembedahan lambat akan beri kesan kepada penglihatan Umairah.

"Malah saya juga akan membantu kos ulang-alik mereka ke HKL termasuk penginapan selain turut menyerahkan bantuan awal," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu hulurkan sumbangan boleh melalui akaun bank berikut atas nama Norhayati Mohamad:

Progress:

RM1060 raised

Goal: RM5000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini